My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, May 29, 2010

Minced Beef Blackpepper Steak


Bahan-bahan Steak:
1 mangkuk daging kisar
2 ulas bawang putih dikisar halus
3 hiris halia dikisar halus
1/4 labu bawang besar dikisar halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula halus
1 sudu teh garam @secukup rasa
sedikit daun sadri dicincang halus
sedikit daun bawang dicincang halus
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar mayonis

Cara-cara:
Semua bahan digaul sehingga sebati
Bahagikan kepada 3@4 bahagian
Setiap bahagian leperkan nipis secara memanjang
Bakar sehingga masak. (Boleh dibakar di dalam kuali non-stick atau dipanggang)


Bahan utk sos blackpepper:

2 ulas bawang putih-dikisar halus
1 1/2 sudu bsr tepung gandum
1 sudu bsr butter
1/2 cwn susu segar
1 1/2 cwn air@ikut kepekatan kuah
Brown sos/kicap pekat hitam(saya guna kicap biasa je,sbb di Jepun ni susah nak dptkn yg halal)
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Sedikit gula/1/2 sudu teh
2 sudu bsr sos lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam/terpulang kpd citarasa msg2
1/2 sudu bsr sos tomato

Cara-cara:

Cairkan butter,tumiskan bwg putih kisar sehingga sedikit kekuningan
Kemudian masukkan t.gandum,kacau seketika
Tambahkan susu segar,air serta bahan2 lain.Kacau hingga agak2 sederhana pekat.
Jika terlalu pekat,boleh tambah lagi sedikit air panas
Sesudah cukup rasa boleh padamkan api.
Sedia dihidangkan bersama steak daging kisar tadi
*Ia boleh dihidangkan dgn pelbagai cara mengikut citarasa masing2.Saya hidangkan bersama nasi jagung mentega & salad buah strawberry
~Selamat Mencuba~
Dari Dapur Ida






Thursday, May 27, 2010

Serimuka Labu Fukuoka

Ini kuih serimuka pertama hasil tangan di Fukuoka.....
Isi labu Jepun ni berbeza sedikit dengan labu M'sia...ia seakan-akan ubi isinya..pejal
Bahan2 utk lapisan bwh(pulut):
3 cwn beras pulut-direndam 2 jam
1 cwn santan pekat
2 cwn air
@ 3 cwn santan cair
2 - 3 sudu bsr gula @ secukup rasa
2 sudu teh garam@secukup rasa
Cara-cara:
Cara 1:
Sebatikan santan,air,gula & garam
Masukkan beras pulut ke dlm loyang lebih kurang 20cm
Tuangkn campuran santan ke dlmnya,kacau sebati dgn beras pulut
Kukus sehingga masak/lebih kurang 40 minit
Bila sudah masak,mampatkan pulut yg dlm loyang tadi dgn cara menekan dgn sudu/sudip
Cara 2:
Kukuskan beras pulut kosong dlm masa 30 minit
Angkat, tuangkan ke dalam mangkuk besar
Masukkan santan.air,garam&gula..gaul sebati
Kukus semula sehingga masak(lebih kurang 30-40 minit,dr separuh masa mengukus..kacau sedikit,kemudian teruskan mengukus)*Jika pulut kurang masak,boleh tambah sedikit air panas ,kacau & kukus lagi
Apabila sudah masak,tuangkan ke dalam loyang & mampatkan ia
*cara no.2,pulut bila sudah masak ia lebih pejal
Bahan utk lapisan atas(labu):
2 cwn labu-yg direbus & dilenyek
1 cwn santan pekat(saya guna santan dlm kotak tu je)
1/2 cwn air/santan cair
1 1/2 cwn tepung beras@1 cwn t. beras & 1/2 cwn t.gandum(saya guna semua t.beras)
Setengah(1/2)-3/4 cwn gula
1 sudu teh garam
Cara-cara:
Gaul sebatikan semuanya
Tuangkan ke atas pulut tadi & kukus lagi sehingga masak/lebih kurang 40 minit
*Biarkan sejuk baru potong,jika tidak potongan tidak cantik
Selamat Mencuba
Dari Dapur Ida