Thursday, November 3, 2011

Ala2 Popcorn Chicken versi ida yg sgt simple..

Salam semua!!...apa khabar, mekasih yg tidak terhingga di atas komen2 manis kawan2 pada n3 sebelum ni, terima kasih tidak terhingga juga kpd para pengunjung.
N3 menu simple jer ni, menu yang budak2 suka terutama anak2 ida. Diaorang ni kalau nmpk jer ayam dibuat sebegini, kalau boleh nak ratah cam tu jer.....mmg sedap dan ranggup. 
Resepi : Happy Cooking Time
Bahan-bahan :

  • 5 keping boneless chicken
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/4 labu bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 - 1 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 2 sb mayonis
  • 1 cawan tepung tempura
  • -+ 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1/2 cawan breadcrumb / serbuk roti....boleh letak lebih
  • Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu
  • Kisar bahan bertanda *
  • Gaul ayam dengan bahan *, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, mayonis dan garam secukup rasa....perap ayam seketika 
  • Bancuh tepung tempura bersama air, garam, dan campurkan breadcrumb.......kacau sebati #
  • Gaul ayam bersama bancuhan tepung di atas#
  • Panaskan minyak 
  • Goreng ayam di dlm minyak yg banyak hingga masak dan garing. Selamat mencuba.
*Sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk tambahan dalam hidangan kita. Anak2 pasti suka...

13 comments:

  1. aduiiii....enak banget ni Ida... biarpun resepi untuk budak2, tapi mak budak lagi sukaaa....

    ReplyDelete
  2. salam ida, kegemaran anak2 ni. thanks for the recipe

    ReplyDelete
  3. salam Ida....my peberet....hihihi

    ReplyDelete
  4. As'salam Ida

    Bukan budak2 jer yang suka mak budak dengan bapak budak lagi suka...hehehe

    Baguslah idea Ida ni,anak2 k.ct memang gemar makan ayam, sesuai sunggguh dengan resipi dari Ida ni. kalau sesekali buat macam ni mesti diaorang tu suka kan :)

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi Ida
    mantap betul resepi ni...Rahel pun suka..cicah ngan sos cili sambil online..

    ReplyDelete
  6. kak ida, kalau makan sambil nengok tb kejap aje abes ni...

    ReplyDelete
  7. ini bukan lauk tambahan lagi dah..ini dah jadi makan bertambah-tambah...

    ReplyDelete
  8. ida..popcorn ida ni soooo very tempting tau..sedapnya dicicah sos..waaaa laparrrrr..ini bukan budak2 je suka ni..mieza pun dah meleleh..nak c&p resepi dulu..kang terlupa..nak wat juga laaaa

    ReplyDelete
  9. sukaaaaaaa
    sat gi nak tulih kat buku recipe plak sebab si adam bab2 makan gini dia mmg suker....tq kak ida...:D

    ReplyDelete
  10. IDA..Anak2 memang suka ni..insyaallah nak cuba jugak nanti..terima kasih ida.

    ReplyDelete
  11. ala kak ida...ayam kite baru je habis...erm....boleh buat lenkalii ni...simpan dulu resepi ni....

    btw, selamat hari raya kak ida...

    ReplyDelete
  12. Alahai... simple tapi sedaaap... dah tergoda dah nie...masuk list dulu.. kalau irfan nie mmg suka maakn nie..

    ReplyDelete