My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, January 31, 2012

Column baru dlm Majalah Jelita Feb,2012

 
Credit this pic to Majalah Jelita (Rasmi)



Dah beli ker???.....column baru...review blog masak2 ( Blog Review ). Tahniah kepada yang tersenarai......tahniah kepada E-na ( Lovely Kitchen ), kepada adik Rai ( Sweet Vanilla ) dan HCT............DAN TQVVM kepada writernya ( Cik Norashikin Md.Nor ) dan MAJALAH JELITA.

Daging Masak Halia

ASSALAMUALAIKUM...........sorry tak der celoteh byk mlm ni.
Daging Masak Halia
By : Ida @ Happy Cooking Time

  • 350 gm daging...dihiris
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 inci halia (dihiris halus )
  • 4 ulas bawang putih ( dihirs nipis )
  • Batang saderi secukupnya...dihiris
  • Cendawan shitake fresh secukupnya
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • air secukupnya sebagai kuah / ikut kepekatan yang diingini
  • 1 sk gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Optional....serbuk perasa ( kali ni ida tak letak )
  • 1/4 sk serbuk lada hitam
  • 1/2 sk serbuk lada sulah

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak, goreng bawang, halia hingga naik bau.
  • Masukkan daging dan sedikit air.....biar separuh masak.
  • Masukkan batang saderi, serbuk lada, sos tiram dan air.
    tunggu sehingga masak dan masukkan garam 
  • Perlahankan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan cendawan.....kacau seketika.
  • Sedap dimakan bersama nasi putih.
TQ VERY2...MUCH for visiting here.......minta maaf byk2 dari ida sbb masa sgt tdk mengizinkan utk visit sume.

Nasi Goreng Tomyam

ASSALAMUALAIKUM......

Bahan diadaptasi dari resepi 'bihun goreng tomyam' yg lepas.

 Bahan-bahan:
  • 2 pinggan penuh nasi putih ( ida guna nasi beras Jepun aja ni )
  • 20 ekor udang....buang kulitnya
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang putih*...kisar
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana* atau boleh letak bawang merah ...kisar
  • 3 ulas bawang putih...dicincang halus
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 3 sb pes tomyam
  • Tambahan cili api -jika nak lebih pedas
  • 3 helai daun limau purut - dipotong kasar
  • Sayur-sayuran ( ida letak sayur kobis jer - dhiris )
  • Optional ...batang saderi ( dihiris nipis )
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sk serbuk pati ayam 
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan bahan yg dikisar...tumis hingga sedikit garing.
  • Masukkan  perencah tomyam. Tumis seketika.
  • Masukkan udang dan goreng sekejap baru masukkan telur.....kacau
  • Masukkan sedikit garam dahulu & juga daun limau purut .....kacau
  • Masukkan nasi dan sayuran....masak & kacau sebati hingga sayur sedikit layu.
  • Perasakan garam secukupnya. Boleh tambah cili api yg diketuk sedikit jika nak lebih pedas ( ida tak letak )
  • Hidangkan ke dalam pinggan telur goreng dan daun salad.
 *Boleh letak daging ayam atau daging lembu sebagai bahan tambahan.



On hurry.....sbb nak n3 satu lagi resepi...okes selamat menjamu mata.

Monday, January 30, 2012

Kek Ciffon Bercoklat Oren

ASSALAMUALAIKUM.....apa khabar semua??? Sebelum nak tarik gebar yg tebal, mlm ni ida nak n3 satu resepi kek ciffon ni......baru nak berjinak2 dgn menciffon. Hasilnya pon tak segebu cam tuan punya resepi buat. Harus dicuba lagi ni nmpknya. Resepi kek ciffon ni yg biasa jer..... tak der la topping2nya. Ida jer pandai2 buh topping tu. Resepi dari sorang staff kt campus asben. Ms Jane ni mmg gemar membaking......satu hari tu dia siap buat cooking demo lagi kt lab asben ni, dia buat kek ni la..tapi asben ida & the geng jer la yg tgk & lepas tu mkn. Kata asben ida, kek yg Ms Jane buat tu lembut dan gebu sgt.....maknanyer ida belum pas lagi mencipon ni.

Kek ciffon ida sebelum dimekap.......kecik jer la.  Kalau tgk dari bahan2nya pon hanya 3 biji telur aja....mmg dh tau kecik kan. Nak lebih bsr, nak kena doublekan la adunan asal ni. Biasanya sebiji kek ciffon menggunakan 5 - 6 biji telur kan.


Kek Ciffon ( ida translate dari resepi asal )
Bahan-bahan :
  • 3 biji telur
  • 80 gm tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 100 gm gula 
  • Sedikit garam halus*
  • 50 mls minyak sayuran ( salad oil )
  • 50 mls air ( ida letak susu segar )
Cara membuatnya :
  • Ayak bahan bertanda *
  • Asingkan kuning telur dan putih telur.
  • Masukkan separuh gula ke dalam kuning telur dan separuh lagi ke dalam putih telur.
  • Pukul campuran putih telur tadi hingga meringue ( kental/kaku ).( apabila diterbalikkan mangkuk, telur putih tadi tdk jatuh )...ketepikan
  • Masukkan minyak sayur, air/susu, bahan ayak ke dalam mangkuk kuning telur......Campur sebati.#( ida masukkan minyak dan air/susu......kacau dulu baru masukkan bhn ayak..kacau lagi sebati )
  • Tuang meringue ( putih telur yg dipukul ) ke dlm bhn atas #........campurkan sebati perlahan-lahan.( ida kacau secara kaup balik )
  • Tuang adunan ke dlm acuan kek ciffon ( 16 - 18 cm ) Ida pakai loyang biasa saiz 20 cm & ida letak gelas yg dibalut dgn cooking sheet kt tgh loyang utk jadikan lubang....sbb loyang kek ciffon belum beli.
  • Bakar dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu selama 30 - 35 minit dlm suhu 180 C.
  • Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan biar ia sejuk baru buat topping cam ida buat / apa2 topping kegemaran.
Topping Bercoklat Oren
  • 120 gm coklat masakan putih
  • 40 mls whipping cream
  • 1 1/2 sb jus oren pekat sunquick
  • 1/2 sb mentega
  • Optional......sedikit pewarna kuning telur
  • Hiasan : Buah limau dlm tin & manik warna
Cara membuat :
  • Panaskan whipping cream seketika ( 5 minit ) secara double boiler
  • Masukkan coklat putih ke dalam whipping cream.....biar seketika hingga coklat jadi lembut, baru dikacau.
  • Masukkan butter, jus oren pekat & pewarna.......tutup api & kacau sebati. Angkat.
  • Tungggu coklat agak sedikit pekat baru curahkan ke atas kek dan hias.
psst : Jika musim sejuk, tak perlu tunggu lama utk coklat memekat, terus curah pun boleh sbb coklat cepat menjadi pekat pada cuaca sejuk.
Minta maaf la, sbb gambar kek yg slicenyer tak dpt nak tunjuk sbb kek ni hari tu utk bawa ke rumah kawan. Ida ada la rasa gak kek ni masa kat rumah kwn ida tu. Lembut dh ada cuma gebunya belum cukup...itu komen asben ida la, sbb dia dh rasa dari air tgn tuan punya resepi ni buat.

Walaupun belum 100 % perfect ida menciffon tapi bila ada lelehan coklat berperisa oren ni.....fuhhh!! mabeless jadinya.Ok la, tak leh lama2.....dh nak titon, esok nk bangun masak sarapan dan bentou/bekal asben & anak2 pulak. Rutin biasa hari2 di Jepon kecuali hari cuti. Kalau hari cuti, sekadar buat bekpes jer la pagi.

Saturday, January 28, 2012

Kuih Cara Manis

 Assalamualaikum....

 Kuih Cara Manis.....kuih kegemaran anak2. Kali ni ida buat sukat timbang pulak bhnnyer....versi sukat cawan boleh tgk n3 lepas kt SINI.
Bahan-bahan :
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 mls santan pekat
  • 700 mls air-+
  • 2 biji telur
  • sedikit essen vanilla
  • 1/2 sd besar gula
  • 1/2 sd teh garam / secukup rasa
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Optional......sedikit pandan emulco
  • gula secukupnya sebagai inti
  • sedikit minyak masak utk sapu pd acuan
Cara-cara:
  • Masukkan semua bahan dalam blender, blend sehingga sebati @ di dalam bekas kacau guna whisker tgn tepung gandum & telur dgn sedikit air dahulu hingga sebati baru masukkan lebihan air dan santan serta bhn2 lain.....tujuannya utk elakkn tepung kurang berketul/tidak berketul.( tapis jika masih nmpk adunan berketul )
  • Panaskan acuan kuih cara.( ida pakai acuan takoyaki letrik aja ni )
  • Sapu sedikit minyak pada setiap lubang acuan *
  • Tuangkan adunan penuh di dalam setiap lubang acuan.
  • Biar seketika sehingga nampak bahagian tepi kuih mula sedikit masak, baru sudukan 1/2 sd teh gula pada setiap kuih tersebut.
  • Tutup acuan untuk kuih lebih cepat masak.
  • Setelah masak, cungkil keluar kuih cara tadi. Ulangi langkah yg bertanda * dan seterusnya sehingga adunan habis.
 Rupanya agak kurang cantik sbb pakai acuan takoyaki aja ni....tak kisah la kan asal dapat gak merasa.

Thursday, January 26, 2012

Kuey Teow Kantonis

Assalamualaikum.......slm di hari Jumaat yg mulia....semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan, dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

 Quick n3....menu ni dh berkurun buat, hari ni baru sempat ida share kt sini.

Kuey Teow Kantonis

Sumber : mamawandiha.fotopages.....tqvm Madiha ya
Resepi asal : Yee Mee Kantonis ( ida tukar kpd kuey teow ) kalau nk buat yee mee boleh rujuk kt link atas ye

Bahan-bahan
  • Kuey teow secukupnya ( ida guna yg kering, so ida rebus hingga sedikit lembut & toskan....selepas tu ida siram dgn air paip supaya ia tidak melekat )
* Jika menggunakan kuey teow yg basah.....celur seketika
  • 200 gm udang basah ~ kopek kulit 
  • 250 gm isi ayam ~ dihiris
  • 3 keping fish cake ~ hiris(ida letak tauhu goreng jer)
  • 5 ulas bwg putih ~ diketuk lalu dicincang halus 
  • 1 cm halia muda ~ hiris halus memanjang 
  • 1/4 labu bawang besar..dadu ( ida tambah )
  • 2 pokok sawi ~ ida letak kobis panjang
  • ½ cawan tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air 
  • 4 biji telur 
  • 2 sudu besar minyak bijan ( ida letak 1 sb jer )
  • 2 sudu besar minyak masak @ secukupnya
  • garam secukup rasa 
  • 1 sk gula.... ida tambah
  • lada sulah secukupnya ( ida letak 1 sk )
  • Sedikit serbuk lada hitam utk tabur...ida tambah
  • 1 cawan air rebusan ayam ( ida ganti dgn 1 sk serbuk pati ayam )
  • 2 biji cili hijau / cili jeruk secukupnya ( ida tak buat )
  • air secukupnya untuk mendapatkan kuahnya. (agak2 je ni.. tak sukat pun.. tengok pekat kuah yg kita nak) 

Cara membuatnya

  • Panaskan 2 sudu minyak biasa & 1 sudu minyak bijan dlm kuali.Tumiskan bawang putih, halia hingga agak garing ( jgn sampai jd coklat tua) dan masukkan pula bwg besar...tumis seketika.
  • Masukkan isi ayam & sedikit air dan garam dulu....msk seketika. Masukkan air secukupnya dan serbuk pati ayam.
  • Masukkan air tepung jagung, lada sulah dan gula, garam secukup rasa sambil dikacau2 agar tepung tak bergentel. Biarkan mendidih.
  • Masukkan tauhu, sayuran2 tadi dan udang...biar seketika hingga sayur sedikit layu. Kalau rasa kuah terlalu pekat boleh tambah air lagi. Biar mendidih.
  • Akhir sekali masukkan telur dan dikacau2 sedikit.Tuang kuah ke atas kuey teow yg dicelur/rebus tadi lalu taburkan dengan cili jeruk atau cili hijau( ida tak der ), daun sup/daun bawang/bawang goreng, serbuk lada hitam dan nikmati hidangan ini panas2.

    Oishiiii katta !!!

    Kuih Kaswi Gandum

    Assalamulalaikum.......sorry pic agak kelam sikit sbb hari mendung semalam. Kuih minum petang smlm.

    KUEH KASWI GANDUM 
    Sumber : Izah Muffin Lover
    Resepi : Chef Hanieliza.fotopages
    TQVM utk izah dan chef liza


    Bahan Sirap
    5 cawan air
    1 cawan gula merah
    1 cawan gula pasir
    *Izah tambah beberapa helai daun pandan ( ida tak der)
    Masakkan semua dan sejukkan
     

    Bahan adunan:
    2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
    1 sudu kecil kapur kueh [optional]
    Kelapa parut ( yang muda)...ida terpaksa guna kelapa kering jer
    Sedikit garam
    Cara:
    1.Panaskan kukusan.
    2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
    3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.( ida kukus dlm acuan kecik2 dan kukus 15 minit )
    4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
    5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.

    psst : kuih kaswi mmg mcm lembik sms panas, pasti sejuk suam2 dulu baru keluarkan dari acuan / potong
    6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
    7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi
    .

    Lama tak buat, dulu2 kt M'sia ada gak buat, tapi entah mana resepinya dh....kena la google semula. So ida pilih resepi yg ni. Sangat sedap kuih ni.......elok lembutnya. Ida pernah makan yg mak mertua kakak ida buat...fuhhh sgt sedapp, mmg pure org tua2 buat..tapi sayang, dulu2 tak rajin lak nk tanya resepinya....balik nanti ingat nk tanya kakak ida, kut2 dia ada simpan resepi kuih ni, sbb kakak pun pernah buat.

    Wednesday, January 25, 2012

    Sausage + Crabstick Pizza

    ASSALAMUALAIKUM......
    N3 resepi pizza yg buat paling latest........jangan jemu tengok erkk....hari tu pizza tuna bersosej, hari ni pizza sausage + crabstick pulak.

    Buat dari doh roti aja, resepi yang yani letak kt MyR dulu.....Mekasih byk2 ye yani, dah selalu buat roti pakai resepi ni. Sambil buat roti, buat pizza juga. So, pizza pun lembut jadinya. Roti sosej bercheese yg tak sempat nk snap gambarnyer pun sebab licin sekelip mata saja.

    Resepi asal doh roti sosej mini by : Yani,MyR

    Bahan-bahan doh  :( Jika utk pizza sahaja 1/2 adunan sudah cukup )
    Doh ni ida doublekan dari resepi asal. 
    • 500 gm tepung roti
    • 220 - 240mls air......guna air suam lebih baik jika uli tgn dan jika berada di negara 4 musim yg cuaca sudah sejuk walaupun menggunakan BM .....sukatan air telah diedit dr resepi asal
    • 40 gm gula ( ida letak 30 gm )
    • 8 gm garam....letak 1 sd teh
    • 50 gm mentega ( ida guna soft marjerin )
    • 6 gm yis kering
    • 16 gm susu tepung
    • 60 gm telur/ telur saiz LL...lebihkan sikit dr resepi asal

      Bahan-bahan topping pizza:

      • Sosej yg mencukupi......direbus seketika & potong panjang/bulat2 pun boleh
      • Crabstick secukupnya...dipotong2
      • Sos pizza/boleh ganti dgn sos tomato + sos cili sikit + oregano + mix herb ( cth sos pizza di Jepun boleh klik SINI )bila2 bila ida snap gambar botol sos tu, ida letak pic kt sini
      • Mozarella cheese yg parut
      • Capsicum hijau/merah.......di potong nipis
      • Bawang besar......didadukan
      • Oregano
      • Tambahan ...serbuk lada hitam
      • Jika suka juga boleh letak mayonis
      cara-cara:( Macam biasa ,ida pakai breadmaker(BM) aja )
      • Masukkan bahan2 ke dalam acuan BM dan diakhiri dengan yis.
      • Pilih menu dan tekan start. Tunggu sehingga siap baru keluarkan doh dari BM.
      • Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin
      • Bahagikan doh kpd 2 - 3 ketul mengikut saiz dulang.
      • # Sediakan dulang pembakar.
      • Ambil satu bahagian doh tadi,leperkan di atas dulang tadi sehingga memenuhi dulang tersebut. Lebihkan sikit bahagian tepi , kemudian lipat masuk agar menjadi tebing @ lebih tebal sedikit.
      • Selepas itu mari kita mulakan mekapkan pizza ini
      • Base dia sapu ngan sos pizza, tabur mozarella cheese, susun sosej & crabstick, sapu sos pizza lg, tabur bawang besar, susun capsicum, tabur serbuk lada hitam,tabur mozarella cheese dan akhir sekali tabur oregano
      • Biarkan seketika supaya doh naik sekali lagi dalam 30 - 40 minit
      • Panaskan oven terlebih dahulu
      • Bakar pada suhu 200 C lebih kurang 15-17 minit @ atau jika suka lebih garing boleh lebihkan masa

        Kalau nak uli ngan tangan pun boleh, kat bawah ni salah satu lagi cara uli tgn :
        • Di dalam bekas yang besar, campurkan semua bahan kering kecuali yis. Gaul sebati.
        • Kemudian baru masukkan yis, gaul rata. Masukkan pula air, mentega/ marjerin.
        • Gaul dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal & tidak melekat di tangan.Lebih lama menguli akan mendapat hasil yg lebih baik.
        • Selepas itu tutup bekas tadi dgn kain/plastik,  perapkan doh selama 1 jam sehingga naik 2 kali ganda
        • Setelah siap, tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
        • Bahagikan doh mengikut saiz yg sesuai.
        • Utk seterusnya bolehlah follow step yg bertanda # dan seterusnya ke bawah.
        Hot from oven!!....
        Kali ni letak cheese lebih....makan sambil pejam mata, dan tak pikir panjang lagii.....

        Gambar2 pizza ni diambil di hari yg matahari tenggelam timbul, tenggelam yg byk...jenuh nk menunggu.......musim2 sejuk ni, susah nak jumpa hari yg terang-benderang dgn sang mentari. Sekali sekala aja....nasib2 la.

        Tuesday, January 24, 2012

        Donut Mayo

        Assalamualaikum & slm sejahtera........n3 seterusnya

         Donut mayo....resepi Ros@Jintanmanis.com.TQVM yer ros....izinkan ida share kt sini pulak.

         Sedap, lembut dan gebuss......sejuk pun masih lembut.
        Donut Mayo
        Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

        Bahan-bahannya:( ida buat doublekan adunan kt bawah )
        • 330 gram tepung gandum ( ida guna tepung high protien/tepung roti lebih sedap )
        • 1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
        • 1 sudu besar susu tepung/skim milk
        • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
        • 140ml air suam ( ida letak lebih kurang 80 mls jer )
        • 1 1\2 sudu besar marjerin
        • 3 sudu besar gula ( ida kurangkan sikit )
        • 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
        • sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
        Cara membuat :

        1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

        2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

        3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

        4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, ( ida leperkan sikit doh, pas tu ida buat lubang dgn penutup botol spice/boleh juga guna penutup air mineral @ kadang2 ida guna acuan  donut, tapi lebih suka buat cara pertama ) biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

         Donut ida yg tergaring sedikit.......

        Laksam.....lamanya tak makan

        Salam.....n3 hari ialah menu laksam ya. Dah lama tak makan dan buat laksam. Hari tu teringin lak nak makan. Pernah ada n3 sebelum ni pasal Laksam. Dulu adunan tepungnya ida buat resepi Yani, MyR....ok resepi ni.  Kali ida buat hanya guna tepung beras shj, tak campur lain tepung...pun sedap. Rasanya mak ida buat dulu2 tak campur lain2 tepung....ingat2 lupa dah. Tapi sekarang kalau kat belah2 kelate, kita juga boleh beli laksam dan laksa siap masak tanpa kuah. Balik rumah just buat kuahnya je. Kalau malas nk buat kuah, boleh terus beli set laksam/laksa tu. Balik rumah terus makan jer. Ahhhh....rindunya kampung halamanku...huhuuu

        KUAH LAKSAM
        BY : Ida @ Happy Cooking Time
        • 600 gm isi ikan.....direbus dan dikisar ( ida beli isi ikan yg dicincang jer )
        • 1 1/2 tin santan pekat segera / 600 mls santan pekat segar...nk lemak lagi boleh lebihkan
        • 2 labu kecil bawang besar*
        • 4 ulas bawang putih *
        • 2 inci halia*
        • 1/2 inci lengkuas*
        • 1 batang serai...dihiris nipis2*...utk resepi kali ni ida kisar 1 btg serai bersama bhn lain
        Kisar/blend bahan yg bertanda *
        • 1/2 sd besar lada hitam tumbuk/serbuk lada hitam yg kasar.....boleh dilebihkan
        • 2 batang serai...diketuk
        • 3 sd besar gula lebih kurang / mencukupi
        • Garam secukup rasa
        • 2 asam keping
        • Tambahan air yg mencukupi...jgn terlalu banyak takut kuah cair.
        CARA2:
        • Campurkan semua bahan ke dalam periuk
        • Masak sehingga mendidih
        • Perasakan garam.
        SAMBAL BELACAN
        • Ambil segenggam cili api, tambah sebiji cili besar,  belacan, gula dan garam. ( boleh ganti juga dgn cili kering yug direbus seketika )
        • Tumbuk @ kisar menggunakan blender kering
        • Perahkan air asam limau / lemon secukupnya
        LAKSAM dipotong bulat2 & sedia dimakan bersama kuahnya, sambal belacan serta hirisan ulam-ulaman seperti daun kesum, kobis, timun, kacang panjang ( kali ni tak der ) dan juga taugeh.
        Note : Kalau yg real org Kelate  mkn laksam...dlm pinggan laksam tu mesti tambah seketui kecik belacan beserta bahan2 lain. Belacan ketui tu utk dimakan bersama laksam....sedap tau.

        LAKSAM ( hanya pakai tepung beras shj )
        BY : Ida @ Happy Cooking Time
        • 3 cawan tepung beras
        • 4 1/4 cawan air suam -+ ( sukatan air boleh adjust )
        • Sedikit garam
        Cara2:
        • Panaskan air di dlm pengukus sehingga mendidih
        • Masukkan tepung & garam ke dlm mangkuk, masukkan 2 cawan air dahulu.....kacau sebati pakai whisker tgn.
        • Tambahkan baki air...kacau sebati
        • Sapu acuan/pinggan dgn sedikit minyak, ambil 1 senduk adunan / secukupnya..tuang ke dlm acuan.( ikut nak tebal mana, tapi jgn tebal sangat takut masa nk gulung ia pecah )
        • Letak acuan ke atas rak pengukus dan kukus selama 5 minit. Bila dah masak, sejukkan sebentar baru gulung.
        • Ulangi sehingga habis.

        Ulam-ulaman kat sini yang tak banyak pilihan yang ada....letak mana yang ada jer. Kalau tak suka letak semua ulam2 tu pun tak per. Kalau ada kacang panjang lagi sedap ni. Kacang panjang kat Jepun belum sampai musim dia lagi. Pst buat E-na....pokok kesum tu masih memberi jasa. Tqvm!!
        Kali ni sambal belacan ida kaler ijau aja, sbb stok cili api merah frozen udah abisss. Buat mana yang ada jer la. Nak buat ngan cili kering pun boleh juga. TQVVM kpd yg masih sudi singgah kat sini. Tuan rumah tak sempat nak buat BW.

        Monday, January 23, 2012

        Pizza Tuna Bersosej......dohnya resepi dr dapur K'Ummi

        Assalamualaikum.......sejak dua menjak ni asyik buat pizza lak.....ada jugak yg tak tersnap pun gambar pizza yg dibuat. Pas tu suka plak letak inti tuna nih....sedap pizza ni bila letak inti tuna, lagipun penyediaan inti tak renyah berbanding nak buat inti ayam atau daging. Pizza yg ni pun rasanya yg gambar yg last week punya pizza. Selalunya ida buat pizza utk buat breakfast...buat petang, esoknya panaskan semula. Buat mesti lebih, sebiji tak cukup....kadang2 3 biji sekali buat. So ida kena la lebihkan doh yang dibuat.1 biji memang harus selesai malam tu jugak. Diaorang ni memang tak leh nampak pizza.

         Resepi doh pizza ni ida amik dari dapur kak Ummi, Kuantan....doh pizza daging kari. Mekasih byk2 kak ummi....ida share kt sini plak yer. Sebenarnya ni dah kali ke-2 kut rasanya buat doh ni, yg sebelum2 ni tak sempat nak snap gambar bagai pun....Doh ni hanya menggunakan minyak zaitun sebagai bahan pelembut beserta bahan asas yang lain. Satu resepi doh pizza yang sangat ringkas, senang dan cepat.......sedap dimakan ketika panas2. Jika hendak dimakan dgn segera dan masa suntuk.....resepi doh ni mmg sesuai dibuat.

        Resepi Asal : Pepperoni and Meat Pizza
        Sumber doh : Ummi @ Home Sweet Home
        Bahan (Doh Pizza):- ( ida buat 3 adunan dr resepi ni )
        Satu adunan
        • 2 cawan tepung (k'ummi guna tepung high protein, ida pun)
        • 1 sudu besar yis kering (mauripan)
        • 1/8 sudu kecil garam
        • 1 sudu besar gula kastor
        • 1/2 cawan air suam
        • 2 sudu besar minyak zaitun
        Cara Membuat:-
        UNTUK DOH: 
        • Masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. 
        • Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) 
        • Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. 
        • Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung.
        • Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 in.( pastikan canai jgn terlalu tebal)

        BAHAN TOPPING TUNA BERSOSEJ ( lebih kurang utk 3 biji pizza )
        by : ida @ HCT
        ( tuna ni juga boleh dimasak dahulu dgn menumis sedikit bawang putih & bawang besar jika suka, kalau tdk boleh jer ikut cara bawah ) 
         
        • 4 tin kecil tuna dlm tin( plain )......disejatkan sedikit airnya
        • mayonis
        • Sos tomato secukupnya*
        • Sos cili secukupnya*
        • Sedikit serbuk lada hitam kasar
        *Sos cili dan sos tomato dicampur bersama
        *Ambil sedikit  @ 4 sb sos yg dicampur tadi , 3 sb mayonis, sedikit serbuk lada hitam.... gaul dgn tuna,tambah garam jika perlu
        *kalau ada sos pizza, guna sos pizza & tak perlu letak sos cili dan sos tomato tu
          • Sedikit serbuk oregano dan italian herb( mix ) jika ada
          • Keju mozarella halus / boleh juga letak mix cheese halus
          • Capsicum...didadu
          • 1 biji bawang besar... didadu/hiris/
          • Beberapa batang sosej....direbus seketika kemudian dihiris nipis2
        Cara hias pizza
          CARA HIAS PIZZA
          • Ambil doh yg dicanai leper dan ratakan sebahagian sos pizza/campuran sos tadi ke atasnya. Tabur sedikit keju mozarella
          • Susun bahan untuk pizza atasnya dimulai dengan tuna, bahan2 lain dan sapu lagi sikit sos serta tabur sikit aja keju mozarella ( ida tabur sikit jer dulu sbb esok ida akan bakar semula )
          • Rehatkan selama 40 minit lagi supaya doh naik.
        ( ida rehatkan 15 minit dlm oven yg dipanaskan terlebih dahlu sbb cuaca agak sejuk kt sini supaya doh naik lagi baru bakar atau boleh rehatkan di depan pemanas udara.) 
        • Panaskan oven dan bakar lebih kurang 14 minit ( ida bakar sekejap sbb esok akan bakar semula ) Jika nak makan terus boleh tabur semua cheese & bakar lebih kurang 18 - 22 minit dlm suhu 180 C ) Untuk yg bakar 14 minit tadi, esoknya tabur cheese sebanyak mana yg suka dan boleh bakar semula dlm suhu 180 C selama 12 - 14 minit.( panaskan dulu oven )
        • ATAU boleh juga ikut cara resepi asal....bakar dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit dlm suhu 250 C. ( len kali nk try cara bakar yg ni )
        • Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
        Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :

        1. JIKA ULI TANGAN Letak mangkuk doh yg ditutup dgn kain lembab berhampiran dgn heater / pemanas udara sebelum dicanai 
        2. Selepas dicanai letak doh juga berhampiran dgn pemanas udara. ATAU
        3. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan doh yg dicanai leper dan sudah diletak topping ke dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik

         
         Cheese tu ida letak sikit jer k, kalau suka lebih cheese boleh letak banyak k.

        Dialog anak-beranak semasa makan pizza terkini, tapi bukan pizza yg ni...selepas pizza ni, baru 2 hari lepas ida ada buat pizza lagi...pizza sardin dan sausage + crabstick pizza. Nanti bila2 ida n3.

        Anak ida yang sulung :  Macam ummi tak pernah buat la pizza masa kt M'sia dulu
        Ida : Dulu2 mana ummi pandai buat pizza kakak.
        Abah mencelah : Ummi dulu banyak tunjuk2 kat kedai jer kakak

        He..he....betul la juga tu, kat M'sia kerja...masa sangat terhad untuk mencuba resepi2. Masak pun yang asas2 jer. Tunjuk2 kat kedai pun banyak jugak. Alhamdulillah syukur......dengan sedikit ruang masa yang ada di sini, dapat ida main masak2. Mekasih yang tidak terhingga kepada semua di atas perkongsian ilmu masak2 ni.