Wednesday, February 2, 2011

Chicken Chop






































Jom pekena chicken chop..he..he, sekali sekala tukar selera org putih apa salahnyer kan....bukan sahaja budak2 yg tersangat gemar makan, mak budak ngan bapak budak pun suka juga tau....Dah lama tak buat sebenarnya, dulu2 buat versi lain sikit, ayam disalut breadcrumbs....kali ni just celup telur then salut tepung dan goreng. Resepi kuah/sos ni dulu2 sebenarnya dapat ilham dari seorang sepupu ida, Dik Miza....dia bekas student Uitm dlm kursus masak2, sekarang dah jadi tokey kedai dah....mekasih ye dik miza...cuma adjust sikit...emmm...yummy!

Bahan-bahan:

BAHAN KUAH @ SOS

  • 3 ulas bawang putih......dikisar/ditumbuk/cincang halus
  • 1 1/2 sd besar tepung gandum
  • 1 1/2 sd teh serbuk pati ayam
  • 2 sd besar butter
  • 1 sd teh serbuk lada hitam......boleh dilebihkan kalau nak pedas
  • Opptional....1 1/2 sd teh garlic seasoning( kalau tak der lebihkan 1 ulas lg bawang putih )
  • 11/2 sd besar mayonis
  • 1 sd besar kicap pekat @ boleh juga letak sos worcestershire..ida tak der stok
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 3 sd besar susu segar
  • Air secukupnya ikut kepekatan kuah/ lebih kurang 2 cawan @ lebih
Cara-cara:

  • Panaskan butter, tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan tepung gandum ( tanpa bancuh dgn air ) kacau dgn whisker sekejap supaya tidak berketul
  • Masukkan bahan2 lain, kecuali garam...terus kacau lagi dgn whisker.
  • Perasakan garam, jika kuah terlau pekat boleh tambah sedikit air panas.
  • Sedia dihidangkan bersama ayam tadi.
  • Set chicken chop boleh dihidangkan mengikut citarasa sendiri, ida just tambah fresh fruits dan juga kepingan kentang segera yg digoreng.
BAHAN AYAM

( A )
  • 6 ketul boneless chicken...ida pakai boneless leg meat siap2 potong saiz yg sesuai
  • 4 ulas bawang putih *
  • 4 hiris nipis halia *
  • 1/4 labu bawang besar*
  • Garam secukup rasa sahaja.....jgn terlalu masin
  • 1 sd teh serbuk lada sulah
  • Opptional...1 sd teh garlic seasoning
( B )
Bahan salut ayam:
  • Tepung beras + tepung gandum secukupnya...sama banyak dua2
  • 1 biji telur...dikocok sedikit
Cara-cara:
  • Ayam dibersihkan.....ida buang kulit
  • Kisar bahan bertanda *
  • Gaul ayam bersama bahan2 A dan perap sekejap sahaja pun ok.
  • Celup ayam satu persatu ke dalam telur dr bahan ( B ), lumurkan dengan campuran tepung dan goreng di dalam minyak yg banyak yg dipanaskan terlebih dahulu. Toskan.

10 comments:

  1. Salam tengahari Ida,

    dah mkn lunch belum? Kak nur tergoda tengok CC tu...minta izin ya ambil resipi...thanks for sharing dear!Nampak tempting betul...kecur knur tengok.

    ReplyDelete
  2. Sila2 kak Nur....mmg utk sharing pun...kalau ada terkurang tu mintak maaf ye kak

    ReplyDelete
  3. aayyaaa...mau msk apa ini mlm?

    fenin...fenin...

    nak wat ayam.smlm dah msk ayam.ada idea tuk msk mlm?

    ReplyDelete
  4. Ida,resepi nya akak ambil ya..memang tercari2 resepi chicken chop ni tau..

    ReplyDelete
  5. salam ida..sedapnye npk chicken chicken chop..bila sng2 nnt nk cuba resipi ida ni plk..tq

    ReplyDelete
  6. kak ida....family mas suka tau chicken chop...
    terliurnya tengok chicken chop akak tu....

    ReplyDelete
  7. ida..akak pernah buat guna breadscrumps jugak..
    nak cuba yang ida punya resepi pulak ye,,insyaallah..tq ida,,

    ReplyDelete
  8. anie...msk jer la apa2 janji boleh kenyang..hi..hi
    k'anim...sila2..ida bubuh ikut kesedapan tekak ida
    k'zai....cuba k'zai...sedapp ni
    mas....sama la,mas..anak2 akak pun suka...kalau buat steak karang..diaorg tak mkn sgt daging2 ni..ayam jalan jer
    k'erna....versi ni ok jugakk kak..sebenarnya, dua2 pun sedapp kn kak..sila2

    ReplyDelete
  9. sedapnya lambat datang ni sure dh abis ni kan..hehe

    ReplyDelete
  10. nieza,,,mmg dah jadi baja dah pun he..he, lain kali k..

    ReplyDelete