Friday, June 17, 2011

Nasi Goreng Belacan & Ayam Dadu Berkicap


Salam buat semua........jom kita layan gambar nasi goreng belacan pulak, menu b/fast 2 hari lepas. Goreng nasi simple2 jer, tak der letak lauk2 lain dah hanya pecahkan telur dalamnya sbb nak cepat. Nasib baik ada masak 'ayam dadu berkicap' ni pagi tu, selain telur goreng, boleh combine ayam ni sekali masa makan.
Kalau ayam boneless tu, ida selalu dadukan pas tu masak apa2 yg sesuai dgnnnya untuk anak-anak bawa bekal, abahnya kadang2 tumpang sekali kalau tak ada lauk lain. Aroma belacan dlm nasi ni mmg mengasyikkan......masa menumis, kalau orang Jepun lalu belakang umah rasanya mereka tutup hidung kut, bagi kita wangi kan....


Tak mo pot pet banyak sgt.....jom layannn

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk besar nasi putih
  • 5 ulas bawang putih....ditumbuk/kisar
  • 1 labu bawang besar @ 8 ulas bawang merah..ditumbuk/kisar
  • Sedikit belacan....sebesar ibu kaki ( kisar bersama bawang )
  • 2 biji telur
  • Garam secukupnya
  • 5 biji cili api
  • Sayuran spt carrot, kobis dan cili merah
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
CARA:
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing
note : Jika tumbuk, tumbuk asing2 bawang putih dan bawang besar. Masa nak tumis, tumis bawang putih terlebih dahulu lagi sedap.
  • Tambah sedikit garam dahulu.
  • Tolak ke tepi kuali bahan tumis...pecahkan telur ke dalamnya, biarkan seketika baru dikacau hancur.
  • Masukkan serbuk perasa jika suka.
  • Masukkan nasi, kacau sekejap
  • Akhir sekali masukkan sayuran yang dipotong, cili api yg diketuk/dihiris, garam secukupnya dan kacau sekejap baru padamkan api.
AYAM DADU BERKICAP

Bahan-bahan:
  • 6 keping boneless chicken
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 sd besar kicap pekat..boleh letak lebih
  • 2 sd besar sos tomato
  • 1 sd besar sos tiram
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sd teh serbuk lada hitam
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukupnya
CARA:
  • Ayam dibuang kulit, didadu dan dibersihkan
  • Potong bawang putih dan halia nipis serta halus
  • Bawang besar dipotong dadu.
  • Panaskan sedikit sahaja minyak di dalam kuali.
  • Tumis bawang dan halia sehingga naik bau serta sedikit garing.
  • Masukkan kicap, sos tomato, sos tiram, serbuk lada hitam dan lada sulah.....kacau
  • Masukkan terus ayam, gula, air asam jawa serta 1 cawan air.....kacau sehingga masak dan sedikit kering.
  • Perasakan garam dan padam api.

13 comments:

  1. salam ida...masak sempoi2 pun lagi sedap..tambah plk ada aroma cik belacan tu...lagilah tak toleh kiri kanan dah..

    ReplyDelete
  2. salam ida...menyelerakan tu dengan aroma belacan....huh lapar

    ReplyDelete
  3. salam kak ida.. nampak menarik gambar pun lawa nak mkan pun berselera yek.. suka tgk deko2 akak.. ye ke akak.. umur berapa ye

    ReplyDelete
  4. assalam ida,
    kalau dah namanya belacan...mmmm mmmg mengundang selera kita...

    ReplyDelete
  5. Salam kak! sedapnyerrr! kita dah lamaaaaaaaaaaaaaa tak buat nasi goreng belacan :D mmg sedap! letak kangkung ke pastu kacang panjang :D ni yg terasa nak buat jugak niiii :D tgk cili tertonggeng tuuu haaaa... geram betul rasa nak ngap jerr :D

    ReplyDelete
  6. akak..nasi goreng sepinggan..
    sedappnya tengok..

    ReplyDelete
  7. ida, tumpang makan sini arini, boleh tak? heee

    ReplyDelete
  8. k'zai...tu la,cik belacan wajib ada kat mana 2 dapur pun

    Ucu...haa..mmg berselera

    Ita...ahaa..menarik ke ita, boleh la,mekasih.. deco ikut suka..kalau nmpk cantik maknanya rajin, kalau sebaliknya malas la tu...

    ReplyDelete
  9. baunya sampai sini..anta la spinggan..kite tunggu :)))

    ReplyDelete
  10. kak ida : geng belacan jugak rupenye..mmg membuka selera betol aroma belacan ni.lebih2 lagi bila part menumis tu...hadoi....menusuk hidung!

    ReplyDelete
  11. amie...emmm, ida suka belacan2 ni

    ikaa...alah ika ni, sebut2 kacang panjang ngan kangkung plak...ishhh, lama tk mkn, sini puas cari tapi tak der....cili tertonggeng tu pun yg frozen jer ika..

    Mas..gomenne..dh yilek la mas

    K'Nor..bole2 nasi lauk lain bole tak..hak ni dh abisss

    ReplyDelete
  12. Del..hantau pinggan kosong jer ..he.he

    nani....betul tu, part menumis...mmg org jepun bole pengsan kut..

    Ummi Alesya....haa...mmg sedap, ditambah lak dgn kepedasan cili api tu...fuhh

    ReplyDelete