Monday, June 4, 2012

Blueberry Cheese Tart

Salam......
Hari ni baru berkesempatan menaip kt sini.....beberapa hari lepas agak bz sikit.
Okes..hari nk tayang b.cheese tart aja..udah lama dok dlm list, tak terbuat2, baru terlaksana beberapa hari lepas.. Waduhhh....rasanya, sedap yg amat rupanya! nyesal tak try awal2 dulu he.he. Tapi sekali sekala aja la...karang lg byk ternakan lemak kt badan nii  huhuuu

Resepi Cheese Tart
Boleh juga intai step by step : Dapur K'Azlita, Masam Manis...tqvm

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.( dlm 20 -25 minit )
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling ke dalam kulit tart.( ida letak blueberry jam )
  • Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Kejadiaannya tak munggil, maybe cheese dh terbiar lama kt suhu bilik...boleh la. Kaler lak agak kekuningan sbb telur kuning tu kuning sgt.

Cara-cara:
  • Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  • Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!( ida letak blueberry jem )
  • Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.Picit biar penuh membuncit.
  • Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  • Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  • Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi. Boleh tengok SINI @ SITU.thanks akak2 berdua.
  • Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  • Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  • Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya( K'Azita Zain ) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Exceli ida tak der acuan tart bulat yg sebenar, ida guna acuan silicon jer, herok pekok jadinya..huhuu yg 3 segi tu jer la, tapi ida lebih suka bulat2 kecik..comel jer nmpk

11 comments:

  1. comel dan sedap...:) ita suka tart ni.. guna silicon memang mancabar..:)

    ReplyDelete
  2. comeiiii...QH lum sempat lg nk try cheese tart ni..

    ReplyDelete
  3. salam kak ida.. omey! yg segitiga tu pun comel je. adehh. bila laa tun nk main ngan cistat jugak nih.

    ReplyDelete
  4. comelnyaaa...rasa nak ngap jer...

    ReplyDelete
  5. assalam ida..dah pun buat cheese tart ye..sedap kan..acik cuma order je cheese tart ni

    ReplyDelete
  6. aaa kak ida cantik plakkk bentuk segitiga gitu....oishisou..

    ReplyDelete
  7. salam ziarah ida...tat ni mmg sedap gler..tambah plak kalo tgh suam2 tu...mmg lupa donia!

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ida..cantek je blueberry cheese tat itu...dan semestinya enak banget..

    ReplyDelete
  9. comel je bundo tengok...
    mesti rasanya comel gak.

    ReplyDelete
  10. cantek pulak tgk acuan dia...sedapnyeee...tak pernah buat lagi versi cheese, tapi pernah makan kat rumah orang, habis 3-4 ketul saya kerjaksn..

    ReplyDelete