Thursday, January 12, 2012

Donut Taufu Lembut


Assalamualaikum semua....apa khabar?????
Nampaknya tahun baru, hanya jarang2 ada n3 dari HCT......gambar banyak, cuma masa dan keadaan cukup tidak mengizinkan untuk b'blogging seperti dulu. Ida terpaksa akur dgn keadaan.....yang wajib dan penting harus didahulukan. Blogging just for fun, tak boleh serious sangat.......nanti takut terleka.....konon2 salah satu azam tahun baru heeeeeeee

Donut memang kuih kegemaran keluarga esp. anak2 ida...........kejap jer lesap....kalau buat mesti ida doublekan adunan.


Pelbagai resepi donut harus dicuba, so kali ni ida buat donut taufu lembut pulak......
Resepi donut taufu lembut ni ida amik dari Ros@jintanmanis.com.......mekasih banyak2 yer ros, dah lama nak buat, baru terlaksana akhirnya.....sungguh lembut dan gebussss donut ini.....


Donut Tofu Lembut
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Dicuba oleh : Happy Cooking Time
 
Bahan-bahanya
  • 300 gram tepung gandum
  • 125gram taufu lembut
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 160ml susu suam@air suam ( ida kurangkan sikit )
  • 40gram shortening
  • 4 sudu besar gula
  • 6gram yis
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

Cara-cara:

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

TIPS DARI Ida :
Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :

  1. JIKA ULI TANGAN Letak mangkuk doh yg ditutup dgn kain lembab berhampiran dgn heater / pemanas udara sebelum dicanai
  2. Selepas dicanai/dibentuk letak doh juga berhampiran dgn pemanas udara. ATAU
  3. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan doh yg sudah dibentuk ke dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik


TQVVM for visiting here..........

13 comments:

  1. Hr tue dh buat donut mayo
    Ingat esok nk try buat donut ni plak
    My son suka giler ngan donut taw akak ngeee

    ReplyDelete
  2. wahh... gebus! gemok2! geram je tun nengok donat kak ida nih.

    ReplyDelete
  3. akak ni dah lah suka donut..
    bertambah2 suka bila melihatkan gambar yang cantik!
    cantik ida gambar ni akak suka!

    ReplyDelete
  4. Waduh...gebu banget donutnya...enak..enak..

    ReplyDelete
  5. Assalam kak ida, sedapnya tgk donut akak yg gebus ni:)

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi Ida,
    banyaknya donut! nak tumpang makan 2 biji donut yang mnontel tu!

    ReplyDelete
  7. Selalu buat donut kentang..nx time leh cuba donut ni pula..tq for sharing :)

    ReplyDelete
  8. mas dah try resepi donut ni..
    memang best...
    lembut gebu jerk kan kak donut tu....

    ReplyDelete
  9. gebu nya donut nie...nampak sungguh menggiurkan untuk dimakan hehehe..

    ReplyDelete
  10. salam kak ida..mmg nampak gebus sangat donut taufu akak ni.. mmg sedap donut yg guna taufu..saya pernah buat juge tp bkn resepi ros, resepi makyong... bes kan kak... ade mase leh try yg nni pulak :)

    ReplyDelete
  11. ida..salam rindu...lamanya mieza tak jenguk sini...donut ida nampak sungguh tembam..cantik naiknya donut tu..lama sungguh mieza tk buat donut..air tangan ida mmg tak pernah gagal utk menggoda mieza..huhuhu

    ReplyDelete
  12. datang bawak tupperware ni..:)nak mintak donut...

    ReplyDelete