Thursday, January 26, 2012

Kuey Teow Kantonis

Assalamualaikum.......slm di hari Jumaat yg mulia....semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan, dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

 Quick n3....menu ni dh berkurun buat, hari ni baru sempat ida share kt sini.

Kuey Teow Kantonis

Sumber : mamawandiha.fotopages.....tqvm Madiha ya
Resepi asal : Yee Mee Kantonis ( ida tukar kpd kuey teow ) kalau nk buat yee mee boleh rujuk kt link atas ye

Bahan-bahan
  • Kuey teow secukupnya ( ida guna yg kering, so ida rebus hingga sedikit lembut & toskan....selepas tu ida siram dgn air paip supaya ia tidak melekat )
* Jika menggunakan kuey teow yg basah.....celur seketika
  • 200 gm udang basah ~ kopek kulit 
  • 250 gm isi ayam ~ dihiris
  • 3 keping fish cake ~ hiris(ida letak tauhu goreng jer)
  • 5 ulas bwg putih ~ diketuk lalu dicincang halus 
  • 1 cm halia muda ~ hiris halus memanjang 
  • 1/4 labu bawang besar..dadu ( ida tambah )
  • 2 pokok sawi ~ ida letak kobis panjang
  • ½ cawan tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air 
  • 4 biji telur 
  • 2 sudu besar minyak bijan ( ida letak 1 sb jer )
  • 2 sudu besar minyak masak @ secukupnya
  • garam secukup rasa 
  • 1 sk gula.... ida tambah
  • lada sulah secukupnya ( ida letak 1 sk )
  • Sedikit serbuk lada hitam utk tabur...ida tambah
  • 1 cawan air rebusan ayam ( ida ganti dgn 1 sk serbuk pati ayam )
  • 2 biji cili hijau / cili jeruk secukupnya ( ida tak buat )
  • air secukupnya untuk mendapatkan kuahnya. (agak2 je ni.. tak sukat pun.. tengok pekat kuah yg kita nak) 

Cara membuatnya

  • Panaskan 2 sudu minyak biasa & 1 sudu minyak bijan dlm kuali.Tumiskan bawang putih, halia hingga agak garing ( jgn sampai jd coklat tua) dan masukkan pula bwg besar...tumis seketika.
  • Masukkan isi ayam & sedikit air dan garam dulu....msk seketika. Masukkan air secukupnya dan serbuk pati ayam.
  • Masukkan air tepung jagung, lada sulah dan gula, garam secukup rasa sambil dikacau2 agar tepung tak bergentel. Biarkan mendidih.
  • Masukkan tauhu, sayuran2 tadi dan udang...biar seketika hingga sayur sedikit layu. Kalau rasa kuah terlalu pekat boleh tambah air lagi. Biar mendidih.
  • Akhir sekali masukkan telur dan dikacau2 sedikit.Tuang kuah ke atas kuey teow yg dicelur/rebus tadi lalu taburkan dengan cili jeruk atau cili hijau( ida tak der ), daun sup/daun bawang/bawang goreng, serbuk lada hitam dan nikmati hidangan ini panas2.

    Oishiiii katta !!!

    17 comments:

    1. salam ida...akak mmg suka mkn kuetiaw ni, ala2 menu diet kan, tp kenyang....hihihihhi

      ReplyDelete
    2. kak ida....
      nakk sepinggang..he3

      ReplyDelete
    3. ehhhh..silapp taip...
      sepinggan yerkk.....

      ReplyDelete
    4. badan tengah x berapa sedap ni kalau dapat kuey teow ida ni mau baik...

      ReplyDelete
    5. Sedapnya kalau dapat sepinggan ni...:)

      ReplyDelete
    6. aduhai mmg nampak sedaaaaap sangat tu kak ida. geram .. kalau dapat sepinggan alangkah bahagianya. hehe

      ReplyDelete
    7. Pernah buat sekali. Not bad tapi hubby kurenggg sikit.

      ReplyDelete
    8. salam kak ida...nampak sedap laa... gambo pun makin cantik... tengok kue tiaw kantonis ni teringat zaman keje dulu..kue tiaw kantonis ni mmg signature dish chef sy..setiap kali entertain guest, mmg x putus2 introduce diowang dengan KTC ni..sebulan sekali belanja staff pun mesti dowang request KTC.... :) rindunya saat2 tu... ^__^

      ReplyDelete
    9. sedapnya...terliur tgk...mitak sepinggan...hehehe

      ReplyDelete
    10. Salam Kak Idah..ni salah satu menu kegemaran my family..tapi klu kat Sabah kena panggil Wattan Hor..memang sedap sangat.

      ReplyDelete
    11. kuay teow kantonis 6 pinggan!!!!

      hehehe

      ReplyDelete
    12. wahhh kuey teow pulakk...berbunyi dah perut ni..menanti2 entry cheese cake kak ida yang mabeles tu hehe

      ReplyDelete