Tuesday, February 7, 2012

Daging Beriani

ASSALAMUALAIKUM semua........
Dah tarik gebar ker semua........bestnyer sejukkk2 ni, kalau boleh nak dok dlm selimut tu jer. Sebelum ida nak lelapkan mata, ida nak share resepi satu menu lauk daging pada malam ni. Malam-malam baru sempat nak update. 
Ida masak ikut citarasa lidah ida jer ni. Ida guna rempah beriani Pakistan + sikit rempah M'sia. Tekak kami memang dah terpaut dgn rempah Pakistan ni. Memang sedap sgt2. Kalau buat nasi beriani...fuhhh!! lagi la. Patut la nasi beriani kt restoren Pakistan sedap2. 3 hari lepas, ida ada juga masak nasi Beriani Ikan..tapi guna rempah beriani ikan la....memang sedap. Nanti2 ida n3 kt sini.
Dah lama dah ida masak daging ni sebenarnya, baru berkesempatan utk letak dia dlm carta sini. Banyak projek tergendala sebenarnya nihh........masa sgt mencemburui daku...ho..ho

 
DAGING BERIANI
Bahan-bahan:
  • 500 gm daging...dipotong dadu besar
  • 3 sb rempah beriani Pakistan / India (rempah ni pedas tapi sedap sangat)
  • 1 sb rempah  beriani Malaysia ( ida guna cap Faiza )
  • 200 mls santan pekat ( ida guna yg dlm tin ) atau boleh letak plain yogurt
( pssst : Jika letak yogurt, masukkan sejurus selepas rempah beriani ditumis dan kurangkan air asam jawa ) 
  • 1 btg serai...diketuk
  • Sedikit gula melaka / boleh letak gula pasir secukup rasa
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Kentang secukupnya ...dikupas dan dipotong 4
  • Tambahan air utk kuah ( jgn terlalu cair, nanti rasa kureng )
Bahan kisar
  • 3/4 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 hiris nipis lengkuas...tak letak pun tak pe
BahanTumis:
  • 1/2 inci halia*
  • 4 ulas bwg putih*
  • 1/4 labu bwg besar atau 4 ulas bwg merah* ..Hiris bahan bertanda *
  • 2 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum cengkih
  • 1 sb minyak sapi
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara;
  • Panaskan minyak masak bersama minyak sapi.
  • Tumis bhn tumis hingga naik bau & sikit garing.
  • Masukkan bhn kisar dan serai...tumis hingga msk
  • Masukkan rempah beriani,  masukkan 1/2 cwn air panas..tumis hingga naik minyak
  • Masukkan separuh santan serta sedikit air...biarkan mendidih sekejap baru masukkan daging
  • Renihkan daging hingga  empuk bersama sedikit kuah tadi
  • Masukkan baki santan, sedikit air, kentang dan biar mendidih hingga kentang empuk ( tambah air jika terlalu kering, masak kuah pekat2 baru sedap )
  • Sesuai dihidangkn bersama nasi berperisa esp. nasi beriani @ apa2 nasi pilihan

15 comments:

  1. kak ida, nampaknya semakin menarik gambar2 di HCT ni, terliur dibuatnya... :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ida

    sedap sungguh nampak this lauk! cicah ngan roti perancis pun power jugak arr!

    ReplyDelete
  4. resepi yang sedap dan gambar yang menarik..

    ReplyDelete
  5. panjang nyerr bahan2 dia. rajin betul kak ida. kalu tun, bila nengok panjang ngat bahan tu, mula la nk surrender. hihi

    ReplyDelete
  6. nie if ayu masak sahih darl suka sebab dia mmg suka makanan jenis ni...ala-ala india hahahaha

    ReplyDelete
  7. salam ida...bestnya kalau mkn dgg beriani tu ngan nasi berperisa kan...terliur pulak...ekekeekekkee

    ReplyDelete
  8. sedapnya daging beriani ida tu... boleh tapaw ke k.gee ckit tak...nti k.gee tukar dgn pajeri nenas yer

    ReplyDelete
  9. nampak menyelerakan sungguh daging tu kak.
    saya pun suka beriani pakistan..bila balik malaysia,makan jenis yg kita punya,saya tak lalu nak makan..haha..

    ReplyDelete
  10. nampak sedap daging beryani ni...makan ngan nasi beryani sdap ni...:)

    ReplyDelete