Thursday, February 17, 2011

Snickers Cheese Cake for my birthday boy ...


17.02.2011 my boy turn 5 yrs old...Happy Birthday my dear..ida buat cheese cake ni untuk dia bawa ke tadika tadi....hari tu kakak dia bawak, dia pun nak bawak jugak. Resepi amik kat rumah Hotmama ( Loving Each Other )...resepi asal kat umah K'Wan Citarasawan. Thanks a lot to both of u. Dah 2x buat sebenarnya...pestaim, tak deco pun...& tak amik gambar pun. Memang sedap yg amat! Sib baik ada coklat snickers kat sini.


Ni la dia birthday boy..kuar sebagai model iklan kat sini jap....acara potong kek secara sempoi jer....sambut anak-beranak jer ni. Tu kek yg ke-2, utk celebrate kat rumah....kek apa..nanti ida n3 kemudian k..


Nama AQIL ditulis dlm bahasa Jepun...bhs jepun tak dak L, so bila disebut dr ejaan tu berbunyi
'Akiru'


Sebelum dimekapkan.......sebenarnya ida ada campur sikit oreo chocolate bars dlm tu...sbb tu ada nmpk tekstur itam2.

Lelehan yang menggoda rasa......
Tergoda tak?....
Bahan-bahan:

BASE
  • 100 gm biskut oreo....ida pakai biskut macam chipsmore
  • 30 gm mentega dicairkan
BAHAN KEK
  • 300 gm cream cheese ....dlm suhu bilik
  • 60 gm gula caster
  • 1 sd besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sdbsr jus oren/lemon.....ida letak jus pekat oren sunquick jer
  • 100 mls UHT whipping cream
  • Ida tambah.....sedikit essen vanilla
  • 100 gm coklat snickers dicincang kasar......ida tambah oreo chocolate bar sikit
TOPPING CHOCOLATE GANACHE
  • 100 gm coklat masakan dicincang kasar.....ida pakai semisweet bitter chocolate
  • 50 mls UHT whipping cream
  • Ida tambah 1/2 sdbsr butter
  • Ida tambah sedikit gula halus utk kurangkan rasa pahit coklat....1/2 sdbsr
HIASAN: Coklat snickers,kekacang/parutan coklat putih.....ida just letak coklat snickers dan tabur sikit oreo chocolate bar cincang

LOYANG..loose base tin 7 inch....ida pakai loyang 20 cm

CARA-CARA:
  • Kisar biskut hingga hancur .Masukkan butter cair,gaul rata sehingga boleh dikepal....ida pakai blender kering saiz besar sikit, masa kisar ida terus masukkan butter cair.
  • Masukkan ke dalam loyang, ratakan dan tekan hingga padat.
  • Bakar di dlm oven selama 10 minit pada suhu 160 C....ida bakar 5 minit jer. Biarkan sejuk dahulu sebelum dicurah adunan kek.
  • Pukul cream cheese dan gula hingga licin serta tidak b'ketul. Masukkan telur, jus oren/lemon, whipping cream dan essen vanilla...pukul hingga sebati.
  • Masukkan coklat snicker yg dicincang @ dadu...kaup balikkan sahaja dgn spatula.
  • Kemudian tuang ke atas dasar biskut dlm loyang tadi.
  • Bakar secara 'bain marie'/steam bath' pada suhu 160 C selama 40-50 minit atau sehingga masak/permukaan sudah kekuningan...ida lebihkan sedikit masa. Di saat akhir proses bakar, ida tutup permukaan kek dgn aluminium foil utk elakkan atas kek terlampau hangus...
  • Tutup api ketuhar..renggangkan sedikit pintu ketuhar, biarkan kek di dlmnya hingga sejuk
  • Keluarkan kek,dan simpan di dlm peti sejuk selama 5 jam/semalaman.....ida terus ganache setelah sejuk
  • TOPPING : Panaskan whipping cream secara bain merie/double boiler...masukkan coklat masakan .....ida tambah 1/2 sd besar butter..kacau hingga coklat larut..tutup api. Biarkan suam sedikit.
  • Keluarkan kek dari loyang boleh tanggal tadi.
  • Curahkan coklat ganache ke atas kek.....ratakan/hias ikut kreativiti
p/s: Bakar secara Bain merie/steam bath/water bath.....ialah meletakkan loyang kek ke dlm loyang lebih besar yg mengandungi air panas. Pastikan loyang kek( sbb loyang boleh tanggal@spring form ) dibalut kemas dgn aluminium foil utk mengelakkan air masuk.

18 comments:

  1. creative betul ida ni!!..macam2 kek ada kat sini, macam2 pattern lagi..semua sungguh cantik2 belaka..

    ReplyDelete
  2. kak, saya pun buat cheese cake gak hr nie.. hr tu wat snickers cheese cake, tp hr nie saya tukar jd mars cheese cake plak..hehe

    ReplyDelete
  3. assalam kak ida...wah sedapnya..memang terguda betul mlm2 ni..leleh air liur dh ni...haha nanti singgah umah ambil award yer kak..:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Ida bulan 3 nanti nak order boleh tak? Nampak amat sedap sekali. Happy birthday to aqil.

    ReplyDelete
  5. wahhhhh..tergodanya tengok ciskek tu...
    sangat cantik la kak...

    ReplyDelete
  6. hepy besday to aqil...moga aqil akan menjadi anak yg baik dan membanggakan kak ida dan suami...kek tu memang cun, menggoda habisss.....

    ReplyDelete
  7. mmg nampak sedap....ingat nak buat utk adik dan kakak sekali tp tak tahu le ada masa atau tidak..tp suka la cake ni ...opppss lupa pulak tengok cake..nak wish the birthday boy...semoga menjadi anak yg soleh, bijak di dunia dan akhirat..amin.

    ReplyDelete
  8. kak ida..bestnye kalu jd ank akak..dpt mkn kek mcm2 dan cantik2 lagi tuh..jeles2..
    psstt...snickers kat sini bole mkn ye?hehehe..sy xtau..buta huruf..kot bole,nak beli gak..

    ReplyDelete
  9. aslmkum ida.. suke akk tgok deco ciskek ni.. akk tak rajin nk deco2 kek.. biasanya siap msk terus jer kene serbu..

    ReplyDelete
  10. bkn tergoda.tangkap leleh....

    selamat hari jd pd Akirukun.moga terus berjaya lam semua yg diimpikan.

    nnt Ida kita akan tayangkan kek(bunyi ayat cam ganas.hahahaha...)kalo jd ya.akan...akan...akan...kita cuba.

    ReplyDelete
  11. ida..happay birthday to aqil.
    pandai ibu buat kek..meleleh coklatnya..
    terliur jugak yang tengok gambar..

    ReplyDelete
  12. Ida minta maaf banyak2, sbb baru dpt beri komen balas utk sume yg sudi meninggalkan sweet comment ini..ida amat hargai dan thank a lot...apa2 pun ida minta maaf sebab tidak dpt b\siaran lagi maybe sementara @ maybe.....

    ReplyDelete
  13. Akak, berapa saiz inci loyang akak gunakan nk buat cheesecake ni? Akak gunakan loyang looseform rite...? Sy bru nk mencuba tp takut guna loyang yg besar nampak tak cntik lak cake tu..hrap bole bantu.. :)

    ReplyDelete
  14. Ukt Sha...loyang yg akak guna loose type saiz 20cm, kalau guna yg kecik sikit akan dpt saiz kek yg tinggi sikit..sorry akak tak perasan koman ni

    ReplyDelete