Tuesday, February 15, 2011

Donut & Seafood Pizza dari satu doh...


Salam kembali & Salam Maulidur Rasul buat muslimin dan muslimat, kat M'sia cuti ler hari ni ye.....doh tu asalnya doh donut sebenarnya, ida buat 1 1/2 adunan terus dari resepi kat bawah, so boleh la buat pizza sekali.....jimat masa kan. Buat sekali arung hari tu, esokya boleh la buat utk b'fast sekali. Kalau telek2, sebenarnya lebih kurang sama ja bhn2 utk doh pizza.....cuma doh pizza ni ada telur la. Resepi skodeng senyap2 kat dapur Hana, Kanazawa.....halal ye na, ida amik resepi. Resepi asal dari dapur HaSue. Mekasih banyak2.....Lembut dan gebusss jer donut ni.....pas tu pizza pun turut sama jadi gebuss hi..hi



Donut sebelum dibendamkan ke dalam coklat. Masih cantik molek lagi....mmg gebuss tul la ko.


Donut yg telah comot kena bendam dlm coklat .......hiii, teruk benor nguper ko no donut...tak pe ler janji sodap dimakan. Topping coklat yg main agak2 ler ni sukatan dia...sebab itu ler terpekat dan comot semacam....malas dah nak timbang2 masa tu, pakai taruk jaaa sbb nak cepat. Tok sah la ikut style ida ni ye..


Haaa...ni ler dia, lebih2 doh buat donut, buat pizza sekali.....seleranyer besar...tak cukup satu jenis, nak dua jenis...ish2. Bukan apa....layan selera bebudak ni, suka ler diaorg kalau dpt mkn donut ngan pizza ummi dia buat ni....sedap tak sedap pun licin disapu oleh anak2 ku...maklumla budak2 tgh membesar.

Bahan-bahan:
  • 500 gm tepung high protien( tepung roti)/tepung biasa pun boleh juga...tapi bagi ida utk lebih gebuss, prefer pakai tepung asal tu la.
  • 11 gm yis/1 peket yis segera Mauripan @ apa2 jenama
  • 50 gm marjerin....ida pakai soft marjerin yg sapu kat roti jer
  • 1 sd besar penuh shortening( lelemak sayur)....ida out of stok so ida letak lagi 1 sd bsr s/marjerin
  • 2 sdbsr penuh gula
  • 2 sdbsr susu tepung/boleh juga susu pekat
  • 1 biji telur...ida pakai telur saiz LL
  • 1/2 sd teh garam
  • 190 mls-200 mls air suam2 kuku ( sukatan adalah bergantung kpd kualiti tepung )
CARA_CARA : cara2 kat bawah adalah cara asal iaitu uli tangan...ida pakai BM jer
  • Di dalam bekas, tuangkan air suam.Masukkan yis segera, gula,susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkn 8-10 minit.
  • Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh tepung terus ke dlmnya. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
  • Kacau adunan hingga sebati dan melekat pada sudu( bila dah sebati, dikacau satu arah shj m'gunakan sudu.
  • Ayak lagi bal.tepung ke dlmnya, gaul m'gunakan sudu seketika, barulah uli dgn tangan.
  • Uli doh hingga sebati dan tdk melekat pada tangan.
  • Doh tak perlu direhatkan( kalau nak rehatkn pun boleh selama 5-10 minit) @ boelh terus canai doh setebal 1/2 inci lebih kurang. Boleh tambah sedikit tepung jika doh lembik ketika ini.
  • Terap doh m'gunakan acuan donut/bentukkn ikut kesukaan anda.
  • Doh yg di terap akan mula mengembang/naik dan ringan sementara minyak dipanaskan.....ida panaskan minyak dgn api perlahan
  • Setelah minyak agak panas( jangan terlalu panas k, nanti donut gorengan pertama akan hangus )
  • Perlahankan sedikit api, masukkan donut ke dlm minyak & jgn goreng terlampau penuh sbb donut akan mengembang lagi ketika digoreng.
  • Goreng sehingga kekuningan/masak dan toskan.
  • Sedia ditabur gula halus @ letak topping kegemaran masing2.

UNTUK BUAT SEAFOOD PIZZA sempoi ni.....ida tulis simple2 jer k.
  • Ambil doh tadi secukupnya, canai leper bulat.....ikut saiz diingini.
  • Sapu( sos pasta+sos cili ) atas doh, tabur mozarella cheese.
  • Tabur udang...ida beli udang kecil2 frozen yg dah siap dibuang kulit. Sapu sedikit sos lagi ke atasnya
  • Tabur bawang besar dadu dan capsicum hijau yg dihiris...nak tambah cendawan pun boleh.
  • Kalau suka,boleh tabur sedikit serbuk lada hitam
  • Tabur lagi cheese...ikut banyak mana suka,lagi banyak lagi sedap.
  • Tambahan lain, ida sprinkle dgn garlic seasoning powder atasnya....kalau tak der, just tabur oregano pun dah cukup.
  • Bakar dlm oven yg dipanaskan dahulu suhu 180 C lebih kurang 18-20 minit/agak2 udang dah masak.

11 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Nampak sedap sangat. Macam mana nak tidur ni. Mesti duk terbayang2. Sian kat kami.

    ReplyDelete
  2. mas suka resepi macam ni...
    sekali buat boleh hasilkan banyak resepi...

    ReplyDelete
  3. salam - bagus nya idea 2 dlm satu ni...boleh tiru ni :)

    ReplyDelete
  4. salam..

    bestnya...dah lama tak makan pizza.

    ReplyDelete
  5. wah.. kagumnya! great idea, deleisyez pulak tu!

    ReplyDelete
  6. best2 dapat buat 2 resepi sekali..
    gebunya donut tu...mmm yummy2

    ReplyDelete
  7. Salam Ida...wah mewahnya pizza...akak pun smlm wat pizza 2 loyang tuk rai besday adik lelaki akak n anak dara dia sekaligus..pg duk deko kek buruk2 gitu..hahaha..tp xdan nak letak entry..lps diaorg blk kepenatan teramat...tdo awal..hehe

    ReplyDelete
  8. salam maulidur rasul.

    anta lilin je.hihihi....angan2 nak wat kek tuk sato.tapi leka kemas ms tak de(alasan kukuh).

    maka tempah kat kawan je.

    ReplyDelete
  9. baru kesempatan nak balas kunjungan...mekasih sesangat sume krn sudi bertandang sini...mmuahhh!
    Ida ni malas nak buat kerja byk kali...buat sekali arung jer lg baik...kebetulan nak buat utk b'fast sekali...sesapa yg suka boleh aja tiru he..he

    ReplyDelete