Udon salah satu jenis mee yang terkenal di Jepun.............ia dibuat daripada tepung gandum, garam dan air sahaja, ia dihasilkan secara manual /diproses dgn menggunakan tgn sahaja dari mula menguli sehingga membentuk urat-urat mee. Teksturnya besar sedikit dari mee biasa. Udon dipasarkan jenis kering, basah ( fresh ) dan ada juga yg frozen. Keenakan rasanya telah memikat selera kami sekeluarga serta kawan-kawan yang merantau di sini. Makan panas2 sedap sangat, nak2 musim sejuk hari tu.
Kerap juga kami makan udon ni di restoran Jepun sini. Tapi tak semua restoran udon yg kami boleh makan, hanya beberapa sahaja. Jadi kali ini, ida cuba sediakan menu udon ni kat rumah. Rasa dh dekat2 sama cam kat kedai, cuma tang tempura tu..tak pandai nk buat crispy cam yg kat restoran.
Set di atas merupakan salah satu cara mee udon dimasak/dimakan. Nak sediakan set udon seperti kat atas, ida hanya beli mee udon basah, untuk buat sup dia, ida hanya menggunakan perencah udon segera, lain-lain bahan semasa menghidang seperti dalam gambar kat atas tu...ada daun bawang, keropok/serdak tempura ( beli juga ), fish cake (dibeli) dan gorengan tempura ( cth udang, ikan, keledek, lotus dll ). Kalau gorengan tempura yang kami makan bersama udon kat restoran sangat crispy......kalau yg buat sendiri kenapa tak jadi cam gitu erk. Nak hasilkan original soup dia tak pandai, banyak bahan juga diperlukan.
Yang kaler pink tu lebih kurang fish cake jer la ( dibeli juga ).....nmpk menarik dgn kaler sebegitu, budak2 pun suka.
BAHAN:
- 4 pkt mee udon basah
- 3-4 pkt kecil perencah sup udon
- 2000 mls air
- Tambahan garam secukupnya
- 1 pkt keropok/serdak tempura
- Daun bwg secukupnya....dipotong halus
- Serbuk cili kasar
- Fish cake...dihiris nipis
- Gorengan tempura..cth udang,ikan, lotus, keledek dll.....ida tak letak resepi tempura ni, sbb masih tak pas buat
CARA:
- Masukkan air ke dalam periuk, tambah perencah udon...didihkan, kalau kurang masin tambah garam sbb ida tak bubuh banyak perencah
- Basuh sedikit mee udon dan celur sedikit dengan air panas
- Sediakan bahan2 lain
CARA menghidang:
- Sendukkan kuah sup secukupnya ke dalam periuk lain yg kecil, ambil sedikit mee udon..agak2 utk satu mangkuk, masukkan ke dalamnya..didihkan sekejap supaya kuahnya mesra dgn meenya. Jika suka, boleh pecahkan sebiji telur....biar sekejap.
- Kemudian tuang ke dlm mangkuk.
- Hidangkan panas2 bersama serdak /keropok tempura, gorengan tempura, daun bawang, fish cake dan tabur serbuk cili yg kasar
assalamualaikum kak ida...sy pernah makan mee udon sekali masa melancong ke hokkaido tahun lepas.rindu betol nk makan lg...
ReplyDeletewah bole bukak ida ichiban udon hehehe..pasti sume serbu!!
ReplyDeleteIda... Ita sekeluarga pun suka udon dan soba.. Mknan paling mudah dan ringkas..
ReplyDeleteSalam kak! kita sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt makan udon!kalau g luar mesti nak order udon :D sedapnyer!
ReplyDeleteida
ReplyDeletesuka mangkuk ida tu.. :)
salam ida..pekabo..moga ida sihat2..
ReplyDeleteslmt kembali berblog...akak ni tgh angin'M' melanda...sedapnye tgk mee udon tu
uishhh sedapnya kak....suka hirup kuah tu slurppp:)
ReplyDeleteAs'salam Ida
ReplyDeletesalam kenal dari kak ct. datang terus dari blog Maira. belum pernah merasa mee udon, sangat unik penyediaannya. kalau dapat merasa mesti sedap ni kan.
airani....dh kena sekali udon ni, pasti nk lagi kn...bila ida balik m'sia, mesti rindu juga kt udon ni
ReplyDeletenorai...he.he.he, bole tutup restoran Ichiban udon kt Imajuku tu... ekekeee
Ita....betul tu ita, ringkas dan sedap
ika...ika suka gak erkkkk...sedapkn..walaupun sup dia rasa light jer, tapi sedap la...
k'kasih...mangkuk murah2 jer kak
K.zai....sihat aja kak, tinggal lama2 blog ni, takut b'hantu pulak...
nieza...kalau nieza dh cuba, pasti nk lg.
k'CT...mmg best kak kalau pekena mee udon ni..
Assalam....mcm bunyi jawa je mee udon ni..hehe...tak penah mkn masa kt jepun dulu. Mesti anak saya suka kalau ibu dia masak sb dia tu perasan nak dok luar negeri!
ReplyDelete