Sunday, June 5, 2011

Singgang Daging + Tulang Versi Kelantan

Salam buat semua......masalah settle selepas 'Verification' dimansuhkan. Baru tersedar, sebenarnya kotak utk tulis 'word verification' tak appear setelah komen ditulis...last2 mansuhkan terus benda tu. Ini pun baru perasan bila Ika, E-na dan K'Nor bgtau tak dpt komen kat bahagian post...mekasih la hai, kalau tak ida tak tau sampai ke sudah ni.

Lauk yang simple, TAPI kalau makan nasi mesti bertambah-tambah.....percayalah.

Nak2 kalau combine dengan sambal terung udang ( resepi kalau sempat nanti entry k ) dan ikan goreng ni. Kompen, tergugat diet korang hari tu..Tak mau pot pet sgt jom layannn....

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 kg daging lembu.....dipotong2
  • 1/2 kg tulang lembu
  • 1/2 labu bawang besar/5 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 1/2 sd besar rempah ketumbar biji...digoreng tanpa minyak dan ditumbuk tak perlu lumat /ida letak 1 sd besar serbuk rempah ketumbar
Notes:Pakai rempah biji lagi sedap
Kisar/tumbuk bahan yg bertanda *
  • 3 ulas bawang putih.....dihiris nipis
  • 1/2 labu bawang besar/5 ulas bawang merah...dihiris nipis
  • 1/2 inci lengkuas...diketuk
  • 1 inci kunyit hidup.....dipotong2 & ketuk / 1/4 sd teh serbuk kunyit
  • 3 tangkai cili kering....dipotong2
  • 2 sd besar budu
  • 3 asam keping....nk lg masam boleh letak lebih
  • 1/4 keping gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya sebagai kuah.....agak2 la ye
CARA2:
  • Daging dan tulang dibersihkan, kemudian sejatkan.
  • Di dalam periuk, masukkan daging, tulang serta bahan2 lain.
  • Masukkan sedikit air dahulu....agak2 paras daging dan tulang sahaja. Rebus sekejap sehingga mendidih...baru tambah air lagi secukupnya sebagai kuah.
  • Rebus sehingga tulang dan daging benar2 empuk.

20 comments:

  1. yattttttaaaaaaaaaa!!!!!! dah boleh antor komen alalalalalala~~~~ hihihi..... waduhhhhhhh singgang daging kita sukeeee!!!!! lama tak buat! nanti kita tumpang lunch sini ya kak arini xtra bz maklomlah major cleaning :D ha ar kak, kita bermasalah nak tulis word verification tu sbb kita nmpk tp tempat nak tulis then submit tu tak de :D macehhhhh!!! luv u! :D

    ReplyDelete
  2. assalam ida..tengok pun dah tau..sedap betul menu ni..memang lari diet yang tak berapa nak diet ni..he he..

    ReplyDelete
  3. ni mmg ant menu fav kat umah ni...hihii...sedap tu mkn panas2 dgn ulam-ulaman cicah budu...adoiiii misss betul kt ulam2 mesia!

    pssst : biji ketumbar yang ida maksudkan dgn rempah bijikan...mmg sedap buh biji ketumbar klu wat singgang tulang dan daging...

    ReplyDelete
  4. Salam kunjungan... blog yg menarik.. nanti singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  5. sungguh menyelerakan......... leleh liur dah niii.....

    ReplyDelete
  6. yesss.. dah boleh antar komen gak!! ika, give me 5!! hehe..

    sedap tu singgang daging, singgang daging kelantan pun akak suka nak2 kalau letak budu.. memang best :)

    betul2.. tang nak taip word tu tak leh dan tak ada publish comment yg keluar

    ReplyDelete
  7. kita nak bg tahu lupa nak tulis kat blog kita.haaa....ni tak tahu le leh anto ke tak?testing dulu.....

    ReplyDelete
  8. yatttaaaa.....baru le boleh.walalh penuh meja.kalo cam ni tamak tak tahu nak mkn mana satu.mkn gegamai aduh...sggh menyelerakan.bertmbah2 pun tak sedar kot?bilalah leh lepak2 bawah pkok mkn sesama?lam mimpi je ke?

    ReplyDelete
  9. Salam....Emmm nyum nyum sedapnya singgang daging ni....

    ReplyDelete
  10. salam kak ida..sedapnye nmpak singgang daging ni...tu sambal terung tu nmpak sedap ler..share resepi blh? hihi

    ReplyDelete
  11. kebetule maring baru buat singge daging di rumoh ni

    ReplyDelete
  12. Salam ida... Ita banyak kali asyik tak leh komen je.. Frust tau. ...:) srkrg dah boleh yatta... Wow.. Menariknya lauk2 tu..:)

    ReplyDelete
  13. salam ida..
    salam kenal dari akak..
    terima kasi sudi singah dapur akak
    menarik resepi ida boleh lah akak cuba!

    ReplyDelete
  14. salam ida...akak x pernah masak singgang daging nk cuba buatlah, mesti sedap...

    ReplyDelete
  15. nak jugak singgang daging n tulang tu..lama sungguh xmakan..nnt nak beli dgg yg ade tulang tu gakla..nak cuba resipi ni...

    ReplyDelete
  16. Assalam ida,
    waduh sedapnya lauk2 ida ni...kecur akak tengok..belum lunch lagi ni..
    kalau dapat mesti berttambah nasi..silap hari bulan kena masak nasi lagi sebab 1 periuk dah habis..hehe

    ReplyDelete
  17. Ika..yesss, kalau suka, amik jer he..he
    kerna....hahha mmg kak, lari diet
    e-na...tu la, mmg rindu sgt ngan ulam2 m'sia
    Zuwairi..nanti kelapangan saya singgh,TQ sudi ke sini
    Amie...tangkap leleh dh erk..he..he
    anie...mana tau mimpi boleh jd kenyataan..ha.ha

    ReplyDelete
  18. K'Nor...haa, dh boleh kan, ok now tak der masalah lg..ida suka sgt ngan singgang ni, tapi lengkuas terhad la..
    Sue..TQ
    Sha..sambal terung tu msk campak2 jer, sha..nanti akak tulis resepi kalau sempat
    Tie...yo ko smlm abg azli mkn dumoh tie singge daging la..ni buat lama dh
    Juwita....ita pon ada masalah nk masuk ke sini erk...ok now dh clear
    K'azlita....tq kak sudi ke sini juga..sila2 no problem

    ReplyDelete
  19. Ucu.....sedapp sesiapa yg gemar..nanti bole cuba

    Lia....baik Lia buat cepat2 kut2 nanti tak sempat...kompunan nanti

    ReplyDelete