Salam buat semua pengunjung yang setia.....comel tak pulut ni..he..he, buat comel2 nak bagi orang Jepun makan. Orang Jepun ni biasanya suka menyajikan makanan dengan presentation yang menarik....Menarik !...sedapp ke? Nak tahu sedap ke tak sedap, kena la rasa dulu pas tu baru komen...komen dalam hati je la. Biasa juga ke majlis yang dianjurkan oleh orang jepun ni, memang menarik cara hidangan mereka.Menu ni ida buat untuk majlis ' Lawatan non-muslim kat Masjid Fukuoka' baru-baru ni. Semoga terbuka pintu hati mereka untuk memeluk Islam. Setiap orang kena buat satu menu sikit sorang.
Pulut comel2 yang siap disusun dalam bekas sebelum dihantar ke masjid hari tu. Ida buat bentuk bulat2, letak dlm paper cup, hias sikit ngan sambal bilis tak pedas serta telur dadar gulung. Sambal bilis tu nmpk jer merah tapi tak pedas pun..ida pakai serbuk 'paprika' sbg pengganti serbuk cili. Biasa la, orang jepun mana makan pedas2, lain la kita.
Beras pulut Jepun ni tekstur dia lain sedikit ngan beras pulut M'sia..kontot2 butirnya...cam beras biasa diaorang jer la...sukatan air/santan pun may be berbeza sedikit dari beras pulut M'sia kut...ia tak perlu pakai santan/air yang banyak..masa mengukus pun tak lama. Apa2 pun jom layan resepi ikut sesedap rasa ni..
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut direndam semalamam / 3-4 jam
- 300 mls santan pekat dlm tin / pati santan
- 3 sd besar gula/secukup rasa
- 2 sd besar garam/secukup rasa
- 1/4 sd teh serbuk kunyit
- Beberapa titik pewarna kuning
CARA-CARA:
- Rendam beras pulut bersama air dan masukkan serbuk kunyit dan beberapa titik pewarna
- Panaskan air di dlm kukusan sehingga mendidih
- Alas pengukus dgn kain net, jika lubang pengukus tu besar, kalau lubang tu kecil tak perlu alas...ida tak alas.
- Kukus beras pulut kosong selama 20 minit. Kacau di pertengahan masa mengukus.
- Campurkan santan bersama gula dan garam
- Angkat dan tuangkan ke dalam bekas lain. Tuangkan campuran santan ke dlmnya dan kacau rata..#
- ATAU cara cepat...tak perlu tuang pulut kosong ke dalam bekas lain, ambil campuran santan tuang terus ke dalam pulut kosong yang masih di dalam pengukus tadi dan kacau sebati baru kukus semula...seterusya ikut step kat bawah.
- Sambung dari # atas Kukus semula kali ke-2 sehingga masak atau selama 12 -15 minit. Kacau dipertengahan masa mengukus. Beras pulut Jepun ni tidak perlu dikukus terlalu lama sbb ia cepat lembut.
PULUT KUNING SEDIA DIMAKAN BERSAMA SAMBAL BILIS, TELUR DADAR GULUNG, RENDANG, SERUNDING DAN APA2 SAHAJA YANG SESUAI
comey lote...
ReplyDeleteakak ada idea unk anak akak.
Dah banyak kali dia suruh akak buatkan pulut kuning sebab dia dah khatam quraan.
Maknya yang tangguh2 ...tak buat2 lagi.
Nanti boleh buat :)
salam Ida..comelnya la pulut kuning bila dibuat camtu....bdk2 suker klu camni.
ReplyDelete