Wednesday, May 16, 2012

Egg Benedict

Assalamualaikum.....
Quick n3 hari ni....'Egg Benedict'..Resepi intai2 lama dh dulu kt dapur Hana, sumber asal my.resepi  by zurin. Tqvvm to both of u dear.Tapi kali ni ida tabur ngan garlic seasoning powder kt atas sebelum bakar...pon sodap. Selalu gak buat utk sarapan pagi2...selalu tak menyempat pon nk snap gambar. Satu hari tu...si kakak req nk mkn ni utk lunch...so sempat la snap pic dulu.Anak2 & hubby cukup suka maybe telur dia jadi cam ala2 telur half cooked gitu kut...Ida jer kureng ngan telur kurang masak nihh.

RESEPI EGG BENEDICT
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Ida tambah garlic seasoning powder
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam 
Cara-cara
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.( ida alas dasarnya dgn baking paper & sapu ngan marjerin termasuk tepi bekas )
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam( ida tabur juga ngan garlic seasoning powder ). Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.( ida bakar 12 minit guna oven )
psst:kalau nak senang makan...alihkan roti ke dlm pinggan & sedia di makan bersama sedikit kicap/salsa dll


Garlic sesoning powder ni dh dicampur juga ngan oregano kalau tak silap ida.

12 comments:

  1. dah lama akak buat egg benedict utk b/fast..sesuai sgt lah kalau nak buat skang ni sbb dah tggl berdua aje..hehe

    ReplyDelete
  2. ala2 telur tiga suku tu kan kak! saya pun suka, letak white paper lg best. mudah disediakan, kdg2 letak gak kicap. hehe..

    ReplyDelete
  3. Perghh..sedap telur tu...ni kira jaga pemakanan la kan..hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam Ida...

    hehehe mlm2 baru dpt BW :)
    sedap nyer kalau dpt mkn for bekpes egg benedict ni yum3x

    ReplyDelete
  5. salam ida - dh beberapa kali buat anak2 pun suka...tambah mengenyangkan :) sesuai utk anak2 sedang membesar

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba nanti.. Tergoda melihat gambar akak ni..

    ReplyDelete
  7. selalu nampak orang buat ni. tapi nani tak berapa gemar jugak telur yang separuh masak. tu pasal tak buat2.

    ReplyDelete
  8. see post g4y82h7i57 high replica bags replica bags qatar Homepage u5n85t5b93 louis vuitton replica handbags replica bags koh samui replica bags supplier discover here l0m14k6r36 replica bags for sale

    ReplyDelete