Friday, June 15, 2012

Apam Balik II

Assalamualaikum....dan slm sejahtera semua serta selamat berhari minggu.
Beberapa hari ni nampaknya blog ida agak sepi aja......tuan dia asyik tak sempat jer nak menulis kt sini. Pagi ni curi2 masa sikit utk masukkan satu n3 sebelum meneruskan tugas2 harian. Meh kita layan menu apam balik ni pulak. Pernah buat resepi lain kt SINI. Kali ni ida try lak resepi dari myr pun ok gak cuma ida ada adjust sikit.

Apam Balik
Sumber : Myr by Ms Oreo..tqvm

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum*
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate...ida letak 1/2 sd teh*
  • 1 sudu teh baking powder....ida letak 1 1/2 sudu teh*Bhn * dicampur & ayak lebih baik
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air ......ida letak 1 cwn susu segar & 1/2 cwn air
  • Ida tambah 1/2 sd teh garam dan 1 sb minyak masak
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar, ida tambah gula halus( boleh letak gula perang ) dan jagung berkrim dlm tin

Cara-cara
  • Mesin gula bersama telur hingga kembang,( ida pukul dgn mixer )
  • Masukkan air dan pewarna kuning. Mesin/putar lagi hingga sebati.
  • Masukkan bhn ayak *, garam, minyak dan mesin/putar lagi sehingga sebati.
  • Masukkan susu....putar sebati/kacau sebati
  • Perap seketika
  • Panaskan kuali leper nonstick. Sapu planta/minyak di permukaan kuali, ambil tisu bersih, lap rata dulu minyak dlm kuali supaya permukaan luar kulit tdk b'tompok2 & tuangkan 1 senduk adunan tadi ( jika kuali kecil ) jika kuali besar, letak 2 senduk dan ratakan dgn belakang senduk tersebut.( ketebalan boleh ikut citarasa masing, buat nipis2 lagi sedap rasanya )
  • Biarkan seketika, bila nampak lubang2 timbul baru tabur kacang tanah, gula secukupnya......tunggu sekejap.
  • Lepas tu baru letak jagung krim...tompok2 kan. Tabur gula lagi secukupnya. Tutup kuali utk kuih cepat masak.
  • Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA, oleskan marjerin/butter pada kulitnya semasa panas2. Selamat Mencuba!


8 comments:

  1. assalam ida
    dtg pagi2 nak makan apam balik ida yg mabeles ni
    rajin ida ni kan, apam balik memang sedap makan panas2, akak suka kalu letak jagung tu banyak2 sedappp

    ReplyDelete
  2. nk jamu mata kt sini je,jamu mulut dh td...baru breakfast ngan anak2 mkn roti bakar & roti goreng telur.....1 hari nanti pasti nk wt jugak apam balik nie....

    ReplyDelete
  3. Slmt berhujung minggu Ida. sedap nampak apam balik ...letak jagung byk lagi sedapkan.akk pun baru buat apam balik.....

    ReplyDelete
  4. cantek! menarik! kite dah lama nak buat tapi tak terbuat lagi.jagung tin tu dah nak dekat expired dah. huhuh

    ReplyDelete
  5. sunyi la pasar malam kalau apam balik pun dah buat sendiri. heheh

    ReplyDelete
  6. sunyi la pasar malam kalau apam balik pun dah buat sendiri. heheh

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap.. Lepas ni tak perlu beli lagi.. :)

    ReplyDelete
  8. I always used to study post in news papers but now as I am a user of web thus
    from now I am using net for articles, thanks to web.


    Also visit my site - Russian Girls In Pattaya Thailand

    ReplyDelete