Monday, June 25, 2012

Kuih BOM

Salam....dh byk hari tak dpt bersiaran kt sini....mlm ni cuma kuih bom jer la sempat di postkn.
Lembut dan tiada letupan / pecah semasa menggoreng....tqvm K'Baya di atas resepi kuih bom yg sedap ni ya...Schoolmate ida yg tinggal di New Berlin

Kuih Bom
Sumber : K'Baya ( New Berlin )

Untuk kulit.( Resepi kt bawah ni 1/2 adunan dari resepi asal )
  • 160 gm Potato... direbus dan dilenyek.
  • 180 gm Tepung pulut 
  • 40 gm tepung gandum
  • 50 gm gula kastor ( resepi asal 75 gm )
  • 100ml air...ida tambah sikit
  • 1/2 sk garam
Cara-cara:

Sebatikan bahan jadikan dough....pada mulanya dough ni rasa macam
kurang air...actually terus aja menguli ..nanti dia akan lembut
sendirinya...

Resepi Inti Kelapa K'Baya( buat 1/2 jika adunan atas 1/2 )
  • 200g Gula merah k'baya guna light brown.......ida guna Kurasato/gula merah Jepun
  • 150g Gula putih 
  • 350g Kelapa ( Ida guna kelapa kering hanya letak 150 gm jer )+tambah 1/2 cawan santan pekat dlm tin
  • 1 sdt Garam
  • 1 tbs Tepung gandum
  • 3 helai Daun pandan
  • Ida tambah sedikit air
cara:
Larutkan gula dulu bersama sedikit air then tapis letak dlm kelapa…kacau sampai pekat dan kering
kemudian masukkan yg lain lain.( kalau terlalu kering boleh tambah air panas dan kacau dgn api perlahan sekejap )

cara :
  • Bahagikan dough seberat 16gram ( ida agak2 jer ) leperkan masukkan inti, kemudian salut dengan bijan.
**nak golek dgn bijan, sediakan air semangkuk, golek kuih bom dlm mangkuk air then golek dlm bijan,   insyaallah bijan lekat pada kulit.
  • Panaskan minyak masak dan goreng...insyallah tiada letupan berlaku. 
Sorry erk gambar ala kadar jer ni, tak sempat nk possing cantik bagai..lgpon hari tu hujan sepanjang hari...tak der cahaya matahari.

17 comments:

  1. acik baru je sarapan dengan kuih bom..beli..satu 40 sen..

    ReplyDelete
  2. as-salam
    dah lama tak buat kuih bom..sedapnye kuih bom..

    ReplyDelete
  3. nak kuih bom 2 ketul... sedapnyaaa

    ReplyDelete
  4. dulu time kecik2...mak suka buat kuih nie...:)

    ReplyDelete
  5. salam kenal from Chiba... wah yang ni guna kentang ye...kena cuba juga nnt sbb sy n suami suka sgt mkn kuih bom. selalu buat guna keledek...next time nk tukar kentang pula...tq 4 sharing

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum Ida..

    Lama tak singgah sini. Naz kuih bom ni mmg tak pernah try buat. nengok org lain buat, teringin lak nak buat..

    ReplyDelete
  7. uwittt sedapnyerrr petang2 nampak kuih ni...

    ReplyDelete
  8. bestnya mkn kui bom...sy suka kalo liat2 sikit!

    ReplyDelete
  9. sedapnya idea baru ni,kentang ganti keledek..tk

    ReplyDelete
  10. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  11. Salam kenal.
    Sedapnya kuih bom bijan.

    ReplyDelete
  12. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
  13. Hello dear! Apa khabar??? Wahhhh..cunlah your kuih bom. I reti makan je...hehe :)

    ReplyDelete
  14. assalam...thanks kongsi resepi

    ReplyDelete