My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, May 29, 2010

Minced Beef Blackpepper Steak


Bahan-bahan Steak:
1 mangkuk daging kisar
2 ulas bawang putih dikisar halus
3 hiris halia dikisar halus
1/4 labu bawang besar dikisar halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula halus
1 sudu teh garam @secukup rasa
sedikit daun sadri dicincang halus
sedikit daun bawang dicincang halus
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar mayonis

Cara-cara:
Semua bahan digaul sehingga sebati
Bahagikan kepada 3@4 bahagian
Setiap bahagian leperkan nipis secara memanjang
Bakar sehingga masak. (Boleh dibakar di dalam kuali non-stick atau dipanggang)


Bahan utk sos blackpepper:

2 ulas bawang putih-dikisar halus
1 1/2 sudu bsr tepung gandum
1 sudu bsr butter
1/2 cwn susu segar
1 1/2 cwn air@ikut kepekatan kuah
Brown sos/kicap pekat hitam(saya guna kicap biasa je,sbb di Jepun ni susah nak dptkn yg halal)
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Sedikit gula/1/2 sudu teh
2 sudu bsr sos lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam/terpulang kpd citarasa msg2
1/2 sudu bsr sos tomato

Cara-cara:

Cairkan butter,tumiskan bwg putih kisar sehingga sedikit kekuningan
Kemudian masukkan t.gandum,kacau seketika
Tambahkan susu segar,air serta bahan2 lain.Kacau hingga agak2 sederhana pekat.
Jika terlalu pekat,boleh tambah lagi sedikit air panas
Sesudah cukup rasa boleh padamkan api.
Sedia dihidangkan bersama steak daging kisar tadi
*Ia boleh dihidangkan dgn pelbagai cara mengikut citarasa masing2.Saya hidangkan bersama nasi jagung mentega & salad buah strawberry
~Selamat Mencuba~
Dari Dapur Ida






0 comments: