My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story
Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Tart Nenas Gunting dari doh tart nenas gebu K'Anim

Assalamualaikum.....
Hari ni baru sempat nak update kt sini......
Kukis kedua......baru ke-2. Adehh....liatnyer rasa nk buat kukis, sbb ia amik masa sikit. 
Teringin sangat nak makan & nk buat tart nenas tapi mood 'M' pulak nk buat jemnya. Alhamdulillah, ada sorang kawan ida yg baik hati telah hulurkan sikit jem nenas dia yg di pos oleh maknya dari M'sia. Katanya tu jem beli kt kedai bakery. Alhamdulillah....terima kasih sgt2. 
Ida modified sikit jem tu, sbb rasa dia masam sikit. Ida tambah 2 tin nenas dlm tin ( didadu & dikisar dgn food processor sikit )....tambah gula 5 sd bsr, & 3 kuntum bunga cengkih, kemudian masak bersama jem tadi hingga pekat....uihhhh dapat  byk gak....bertambah satu kali ganda dari jem yg kawan ida bagi tu...alhamdulillah....maka terciptalah tart ini. Ada belen lagi sikit, boleh uat lg.

Mcm2 rupa bentuk kejadiaannya.....ada yg tak sekata guntingannya...huhuuu

Dah lama berangan nk uat tart bentuk ni.....pernah mkn masa kt M'sia dulu. Baru2 ni ternampak Rahel tayang tart jenis ni....hati melonjak2 utk mencuba bentuk ni.  Mekasih byk2 rahel.....Amik masa sikit la uat tart bentuk ni, tapi tak per, benda sedap....amik masa sikit pun tak per la. Suka tgk bentuknya bila dh masak. Lagi pun ida tak der acuan tart gulung.
Kalau nak tengok cara mengunting bentuk tart ni, boleh terjah blog adik Rai@SweetVanilla.....tqvm yer dik.
Ada yg panggil tart bentuk buah jugak....
TAPI dohnya, ida buat dari doh tart nenas gebu K'ANIM.....mekasih byk2 yer kak, izinkan ida share resepi yer....dh lama juga nk menerai tart nenas kak anim ni. dengarnya  tart k'anim ni  mendapatnya pojaan ramai....memang!!..Sangat sedap & gebu....

Ida & asben mmg feberet gak ngan tart nenas ni ....kalau kena dgn citarasa, berketui2 kami makan. 
Kesedapan tart nenas sebenarnya bergantung kpd dua2 ....dohnya serta jem nenasnya juga. Dua2 tu mesti kena sedap, baru best tart tu.


bahan2 pastri
  • 4 oz butter- 115 gram 
  • 4oz minyak sapi- 115 gram 
  • 1 biji telur gred B 
  • 1 lb tepung gandum-450 gram....ida kurangkan sikit
  • sedikit garam 
  • air sejuk...ida letak sikit jer

cara

  • Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
  • Masukkan butter dan minyak sapi
  • Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
  • Guna acuan seperti gambar di bawah.
  • Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.( ida buat tart gunting..boleh rujuk SINI/blog Rai kalau nk tgk cara bentuk )
  • Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
  • Sapu dulu dgn kuning telur atasnya sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min...ida bakar 20 - 22 minit jer

Alhamdulillah, dapat gak hidang tart nenas raya nanti......teringat zaman bujang dulu2 kalau nk raya, tolong kakak uat tart nenas gulung, biskut sarang semut, biskut mazola, semperit bunga etc....tolong terap ja masa tu, uat doh tak pandai lagi..maklum la masih budak sekolah....tapi skrg budak sekolah pun dh pandai uat kukis kan.
psst...ida minta maaf banyak2 sbb tak sempat nk singgah blog kwn2....tqvvm!

Wednesday, August 8, 2012

Chocolate Cornflakes Crunchy

Assalamualaikum.........
Baru mula mengukiss.........kalau rajin, ada la hasil yg seterusnya. 

Resepi kukis ni ida amik kt dapur kawan ida yg tinggal kt New Berlin, UK...tqvvm yer K'Baya. K'Baya ni sgt rajin & pandai memasak...mcm2, tapi dia bukan blogger. Kalau tgk pic open house raya dia...fuhhhh, boleh pengsan kalau ida yg boleh buat semua tu. Penuh satu meja, meja lain ada lagi......
Resepi kukis ni sgt simple & sgt sedap!......tak yah nk bentukkn cantik2 pon. Bagi ida yg penting rasanya. 
Ida ni sebenarnya jenis tak suka & tak rajin membelek lama2 buat kukis ni. Kalau boleh nk buat resepi yg simple2 jer tapi biar sedap. 

Chocolate Cornflakes Crunchy
Sumber : K'baya@New Berlin,UK

Bahan2 :-
(A)

  • 230 gram mentega
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 180 gram gula ( boleh letak 90g gula perang + 90g gula castor) 
(B)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
(C)
  • 50 gram cornflakes/ oats. ( i letak 35gcornflakes +15g nestum)...ida letak 100 gm ( ramas2 hancur sikit dulu ) 
  • 1 cup nuts yg disukai peanut/almond toast sekejap.( ida letak gajus yg dicincang sedikit ) 
  • 150 gram chocolate rice.( ida letak sikit sbb tak cukup stok )
(D)
  • 250 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
Cara2:-

ayak bahan2 (D) bersama. ketepikan.

  • pukul bahan2 (A) hingga kembang.( yg nie a must.. akak dah cuba tak pukul sampai kembang biskut tak sesedap yg dipukul kembang) 
  • masukkan (B) dan pukul lagi hingga kembang. 
  • masukkan (C) dan pukul hingga rata. 
  • masukkan (D) dan pukul/gaul hingga rata. 
  • bentukkan jadi bebola (guna sudu sukatan yang 1 sudu teh tu, 
  • bila guna sudu camtu, insyaallah, saiznya sekata). 
  • letakkan atas loyang (jarak antara 1 bebola dengan bebola 
  • lain dlm 1/2 inci) dan tekan sedikit dengan garfu. 
  • bakar pada suhu 170 celsius selama 15-17 minit.

Thumb up!! Memang sgt sedap & mmg crunchy.....len kali leh buat lagi. Cuma ida buat versi tak cukup chocolate rice....sbb sikit jer ada stok.


Tuesday, December 27, 2011

Cornflakes Madu Oren


Mintak maaf banyak2............tuan rumah agak bzz sikit. Mekasih banyak2 ya kpd yg sudi jenguk2 sini walaupun tuannya tak der....tak per masuk ler, pintu sentiasa terbuka.
Mlm ni cuma nak n3 resepi kudap-kudapan aja. Projek ngan anak2 ida last week. Kakak Sara & angah Tina dah start cuti sekolah.....mintak tolong diaorg tolong sekali buat ni. Sejuk2 ni, anak2 asyik lapar jer.....nak ada jer benda utk krup-krapx2..selain benda2 yang mengenyangkan.


Rasa lemak mentega, manis madu, rasa  kismis serta kekacang yang ada dan ditambah pula dgn rasa dan aroma jus oren sunquick .........emmmm, mmg sedap, satu gabungan yang cukup serasi.

Resepi Cornflakes Madu Oren
by ida@Happy Cooking Time
Bahan-bahan:

  • 240 gm cornflakes (satu kotak kecil)........cornflakes yg ada kt sini dh manis / dh bersalut gula jadi ida hanya letak madu sahaja sedikit
  • 120 gm butter
  • Madu secukup rasa
  • 2 sb jus pekat oren sunquick 
  • 1/2 cawan kismis
  • Sedikit bijan putih......disangai seketika/goreng tanpa minyak
  • 1 pkt kecil kacang tanah tanpa kulit yg siap digoreng....hancurkan sedikit
Note: Jika menggunakan cornflakes yg plain boleh tambah gula perang + madu secukup rasa
 

Cara-cara:
  • Di dalam kuali, cairkan butter dengan api  perlahan, tambah madu......kacau sebati seketika
  • Masukkan cornflakes, kismis, bijan serta kacang....gaul rata dan tutup api.
  • Masukkan cornflakes ke dalam paper cup/cawan kertas hingga habis
  • Panaskan oven seketika, bakar selama 10 - 12 minit dlm suhu 180 C.( ida pakai microwave oven....tak kena set api bawah / api atas...automatik jer )
  • Biarkan  sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam bekas yg kedap udara.

Emmmm....sedapnyer......krup-krapx2...bukan anak2 jer maknyer pun tak berenti dok ngunyah benda ni...abahnyer kurang sikit.

dah 2x buat dlm masa yg terdekat ni........kali pertama, dgn sepantas kilat ia lesappp......buat kali ke-2 baru ler boleh bertahan 2 hari dalam bekas tuu...

Tuesday, August 23, 2011

Biskut Bebola Cornflakes.....bukan sibuk mengukisss pun

Salam sekali lagi.....lama tak nampak bukan sibuk mengukis pun. Entah la...lately rasa cam tak sempat jer nak bersiaran. Tadi baru entry 'Ikan bakar sumbat sambal ringkas' jom tengok tayangan perdana kukis pulak. Ini lah sahaja baru satu-satunya kukis yg tercipta di dapur ida  untuk tahun ini. Entah angin apa smlm....tiba2 rajin pulak mengukis. Ni pun dua anak dara yg tolong golek2 kan.
Resepi amik kat dapur kak Ummi, Kuantan. dah bgtau dia dah masa kt fb. Emmm...suka ngan kukis ni, senang, sedap dan ranggup. Sekali lagi maceh byk2 ye kak. Izinkan ida cnp resepi & share kt sini plak ye.
Emmm...entah ada lagi ke idak tayangan kukis kat sini,...... tengok kat dapur kwn2 yg lain, berjenis2 kukis dah. Kita ni mmg malas sikit ye buat kukis..entah la.

Pssst sekali lagi mekasih tdk terhingga kpd yg masih sudi ke sini...
 Jom la semak resepi.


BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi:K' Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter 
  • 1/2 cawan gula kastor.....ida kurangkan sikit sbb cornflakes ida pakai dh disalut gula 
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit).....ida letak sikit jer, habiskan stok yg ada 
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)....ida pakai tepung biasa & tambah 1/2 sdk baking powder 
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit) 
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya 
  • Ida tambah kacang tanah goreng yg dikisar kasar ke dlm ramasan cornflakes
Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati. 
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata. 
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. 
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. 
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, September 16, 2010

Lemon Bars

Hari ni baru rasa adanya mood nak berblogger semula. Kebetulan minggu ni ida dan suami dah mula berpuasa. Rasanya semua masih dlm mood raya, tambah2 yg tinggal di tanah air...hanya kami sahaja kat sini sambut secara ala-kadar sahaja. SELAMAT HARI RAYA SEMUA ......................... Ini ajalah cookies yang dibuat sebelum raya hari tu....sebab tak pernah rasa cookies ni...nak buat yang lain2 tu malas rasanya. Nasib baik ada juga kiriman kuih raya dari mak mertua dan kawan suami, boleh la merasa. Sebenarnya dah lama terpikat ngan gambar cookies ni kat fb kawan ida yang tinggal kat New Berlin sana. Nak cuba buat je bertangguh2. Sebelum raya hari tu sempat mintak izin Kak Baya Wan Cik untuk cuba resepi ni..kebetulan dia dah tempek resepi kat situ. Domo arigatou ya sis. Tak rugi bila mencubanya .....memang sedap! Percayalah......
Cookies ni ia lembab2 sikit.....jadi kenalah simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Kalau 2 hari diluar rasanya ok je lg...

Len kali nak cuba buat perisa lain lak....rasanya boleh diubahsuai kut
Bahan-bahan: ida translate dr English to Malay ikut kefahaman ida
Bahan A ( crust/lapisan bawah )
  • 2 cwn tepung serbaguna.......ayakkan
  • 1/2 cwn gula ( confectioners' sugar )
  • 3/4 cwn butter ....melted

Bahan B ( lapisan atas )

  • 4 biji telur
  • 1 cwn gula putih.......ida kurangkan sedikit
  • 1 sd teh baking powder
  • 1/4 cwn tepung serbaguna
  • 2 sd besar lemon zest....ida ambik isi lemon tu 1 sdbsr dan 1 sdbsr lemon zest( parutan kulitnya)
  • 3/4 cwn lemon juice....ida bubuh 1/2 cwn je air perahan lemon
  • Tambahan /optional yg ida tambah....sedikit essen vanilla

Cara-cara:

  • Panaskan oven dlm suhu 160 C ( 315 F ) selama lebih kurang 15 minit.
  • Sapu loyang pembakar 4 segi ( saiz 9 x 13 inci ) dengan sedikit butter. Ida pakai loyang 4 segi saiz 18 cm lebih kurang.

Penyediaan Bahan A( lapisan bawah)

  • Dlm mangkuk sederhana bsr, gaulkan bersama tepung dan gula. Kemudian masukkan butter, uli sebati.
  • Ambil loyang tadi, tekankan doh crust rata keseluruh loyang. Tekan2 supaya mampat.
  • Bakar di dalam oven selama 15-18 minit/sehingga perang. Ida bakar selama 13 minit je, masa bakar boleh ditambah jika suka crust nmpk lebih gelap.

Penyediaan B(lapisan atas)

  • Dlm mangkuk besar, pukul telur sehingga ringgan.
  • Dlm bekas yg lain,satukan gula,baking powder, dan 1/4 cwn tepung tadi. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur dan kacau sebati/pukul sedikit.
  • Akhir sekali masukkan lemon juice,lemon zest dan kacau sebati.
  • Tuangkan ke atas crust yg dibakar tadi, kemudian bakar semula.
  • Naikkan suhu oven ke 350F. Ida pakai suhu 180 C, bakar selama 20-25 minit/sehingga masak.
  • Biarkan ia sejuk sedikit sebelum potong kepada bentuk bar yang kecil2...2x2cm/ikut selera masing2
  • Sprinkle/tabur dengan gula aising semasa menghidang.
  • Cookies ini lembab2 sedikit jadi selepas 2 hari perlu simpan di dalam peti ais supaya tahan lama/terus simpan di dalam peti ais setelah ianya sejuk.