My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, November 18, 2010

Roti Inti Krim Blueberry

Masih ada lagi kut tempias2 hari raya korban......Salam Aidiladha buat semua....hai, nyampah betul la dgn internet sejak dua menjak ni....asyik hang je...pas tu slow cam kura2, kura2 pun lagi laju rasanya.
So, utk memudahkan kerja....ida sempat entry menu yg simple ni je, lain2 menu kemudian la ye, esok lak dah sibukkkk hi..hi, lusa kami ada buat jamuan raya, so esok nak prepare apa yg patut utk dibawa......roti ni dibeli siap, cuma buh inti krim tu jer...bebudak ni suka sangat

Bahan-bahan :

  • Roti / bun kosong secukupnya......ida beli roti yg dah siap...BM nak berehat seketika he..he
  • 200 mls whipping krim
  • 4 sd bsr gula @ kurang...ikut selera masing2
  • 3 sd bsr jem bluerry/lebih
  • 1/4 sd teh garam
  • 2 titik essen vanilla....tak buh pun tak per

Cara-cara:
  • Satukan dlm mangkuk besar bahan2 kecuali roti
  • Putar sehingga kembang....@...sehingga krim menjadi pekat
  • Potong tengah roti
  • Masukkan krim blueberry ke dalam piping beg
  • Paipkan ke dlm roti dan hiaskan dengan sedikit jem blueberry.....sedia dihidangkan, mmg lazat....

Sunday, November 7, 2010

Hello Kitty Birthday Cake......siapa punya kek pulak?


Salam kembali ke udara.......kek ni bukan untuk anak ida tau,tapi untuk anak kawan. Kawan ida iaitu Amy mintak tolong buatkan kek birthday ni untuk anaknya Nina, kira dia tempah la ni & design ikut suka hati tuan yg membuatnya. Kali ni deco cake hello kitty pulak. Boleh la, ada la jugak rupa muka hello kitty kat situ......



Nina genap umur 5 tahun pada hari Ahad lepas. Bukan main suka lagi la dia dapat pulak kek Hello Kitty yang dia minat.



Adunan kek masih menggunakan resepi yang sama seperti kek princess sebelum ni, cuma kek tu plain jer, tak tambah serbuk koko. Nanti boleh la tinjau kat bahagian princess birthday cakes sebelum ni. Pas tu cream dia, ida pakai whipping cream sahaja.

Tuesday, November 2, 2010

Sambal Udang Petai


Salam buat semua......tengah buat apa tuu...masak? Masak sedap2 ye...
Nak tau tak.....petai ni dah setahun tak dpt jamah....beberapa hari lepas hubby beli bwk balik. Ni bukan yg fresh...yg frozen jer ni, dah siap kopek.Mak ai bau dia......lebih dasyat dari yg fresh, anak ida yg no.2 cakap busuk apa ni ummi....dia kalau bau2 pelik ni, tak tahannyer. Satu peket boleh la 3 kali makan. Sekali sekali pekena petai, nasi bertambah2.....perghhh..hari tu cicah budu jer..sape suka BUDU angkat tangan tinggi2. Org kelantan kalau jumpa budu jangan cakap laa......lupa dunia jap. Ida masak cincai2 jer ni....kena pulak cili kering kiriman kakak kat Gombak hari tu tak berapa pedass...sedap la en.hubby makan

Bahan-bahan :

  • 15 ekor udang saiz sedang......ida buang kulit dia
  • segenggam petai/lebih
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar *.....sini ada bawang besar je
  • 3 hiris nipis halia *
  • 1/2 labu bwg besar di hiris
  • 6 tangkai cili kering ( boleh dikurangkan / dilebihkan )*
  • belacan sebesar ibu jari *
  • gula 1/2 sd besar
  • Sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • tambahan ....daun kucai

cara-cara:

  • Kisar semua bahan yg bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan dahulu bahan kisar sehingga sedikit garing & naik bau
  • Masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, garam secukup rasa....masak lagi
  • Buat sambal ni, masak lagi lama lagi sedap sebenarnya
  • Masukkan petai, masak hingga petai sedikit layu baru masukkan udang & daun kucai serta bawang hiris.....kacau seketika sahaja, tak perlu masak udang ni terlalu lama sebab ia akan menyebabkan isi udang menjadi keras.
  • Setelah cukup rasa, boleh angkat dan sedia dihidangkan

Monday, November 1, 2010

Marble Banana Cup Cake


Emm....dah lama benar tak buat kek jenis bercup nihh.....dulu2 sebelum pandai berblogger ni, rajin gak buat. Edit sedikit dari resepi kek pisang sempoi hari tu, tambah tepung jagung sikit.......rasanyer tekstur dia lebih halus dari kek pisang sempoi haritu. Buat marble cincai2 jer ni. Bakar petang semalam, hari ni hubby & anak2 siap buat bekal lagi. Emm sedapnyer.........bila makan, macam tak jumpa bertaun.

Bahan-bahan :

  • 170 gm pisang dilecek
  • 160 gm tepung gandum
  • 40 gm tepung jagung
  • 180 gm gula
  • 3 biji telur
  • 120 mls minyak masak ........ida guna vegetables oil
  • 1 1/4 sd teh baking powder
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat
  • 1 sd teh garam halus
  • 1/2 sd teh essen vanilla
  • 2 sd bsr susu tepung.......amik susu si kecik kat umah
  • 2 sd besar serbuk koko @ boleh bubuh coklat emulco

Cara-cara:

  • Ayak tepung2, susu tepung bersama bahan penaik dan garam
  • Pukul telur hingga betul2 kembang, masukkan essen vanilla dan gula......pukul lagi
  • Masukkan bahan ayak tadi, kacau sebati @ pukul perlahan sehingga sebati
  • Masukkan pula pisang lecek dan minyak sayur tadi......kacau sebati/pukul perlahan
  • Bahagikan 2 bahagian, satu bahagian di ayakkan serbuk koko ke dalamnya .....kacau sebati
  • Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu lebih kurang 15 minit
  • Sediakan paper cup, sudukan berselang seli adunan plain dan adunan coklat 3/4 penuh paper cups tersebut.
  • Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit.