My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, February 23, 2012

Nasi Tomato Berempah dan Ayam Masak Hitam Tomato..acar mentah pun ada

ASSALAMUALAIKUM.......Salam di hari Jumaat yg penuh barakhah, semoga setiap apa yg kita lakukan diberkatti & dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ehh,....dh 3 hari tak update blog rupanya. Haaii..sibukkk sgt ker ida ni...hu.hu. Mood dh dihanyutkan ke laut biru pun ya jugak. Ok la, menu yg ida nk n3 hari ni, menu nasi pulak ya......buat hampir seminggu yg lalu. So, dh yilekkk...layan gambo aje la.

  
 Kali ni ida buat versi berempah sikit, pernah buat versi biasa boleh tgk SINI. Teringat satu masa tu buat open house kt M'sia dulu. Set nasi tomato sebagai menu utama, seingat ida masa tu ida buat lauk ayam masak merah, dalca daging dan acar masak.....terkezuutt giler sbb ramai sgt kwn hubby yg datang...sampai tak muat rumah hhuuuu. Nasi dan lauk terpaksa masak tambah...yer la tak pandai nk budjet masa tu & hubby pon tak citer satu kapal dia ajak. Sib baik ada assistant masa tu, sorang student hubby dtg tolong...mekasih byk2 yer Irfah...kalau idakkk boleh pengsan buat sorang2. Lepas tu ckp kt hubby dh serikk nk buat....kalau nk buat lagikkk, order ngan catering jer.he.he.  Sebelum mai Japan.....buat sikit makan2, tapi main order ja ngan catering sbb dh tak sempat nk msk2 lagi, dh sibuk buat preparation nk mai sini. Kenangan2....Ok la...jom layan resepi.

Nasi Tomato Berempah
by : Ida@Happy Cooking Time
Bahan-bahan:

  • 6 cwn beras basmathi.....direndam 30 minit...ida pakai cup periuk nasi
  • 6 3/4 cwn air.......kuantiti air adalah bergantung kepada jenis beras yg dipakai ya
  • 1 cwn susu segar/susu cair
  • 5 sb tomato puri....bole letak lebih, ini versi jimat he..he( ida pakai M'sia mari ) + 2 sd bsr sos tomato
  • 1/2 sb serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk kari daging
  • 2 biji buah tomato......didadu kecil
  • 4 sd bsr minyak sapi
  • 1 sd bsr marjerin
  • 1/4 cawan minyak masak atau secukupnya
  • 1 sd besar gula
  • Garam secukupnya.....masukkan lebih kurang 4 sd teh dahulu
  • 2 helai daun pandan .....disimpul
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • Sedikit kismis......kali ni ida tak letak
  • Contoh bahan hiasan/tabur : bawang goreng, daun sup / daun bawang ....kali ni ida tak letak pun
Bahan kisar:
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bwg besar saiz sederhana
Bahan untuk menumis
  • 3 ulas bwg putih #
  • 6 ulas bwg merah atau 1/2 labu bwg besar#
  • 1 inci halia # ......Bahan bertanda # dihiris halus
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 btg pendek kulit kayu manis
  • 3 helai daun bay
Cara-cara: 
  • Panaskan minyak bersama minyak sapi dan marjerin. 
  • Tumis bahan menumis dahulu hingga naik bau dan sikit garing.
  • Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk jintan2 dan rempah kari, buah tomato yg didadu....masak sehingga naik bau. 
  • Masukkan pula tomato puri + sos tomato,gula,garam...masak hingga pekat
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar, daun pandan. ..kacau sekejap dan tutup api.
  • Basuh beras basmathi di dalam periuk nasi, sejatkan sedikit airnya....
  • Tuangkan bahan rempah yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air & susu segar ....kacau sebati. 
  • Masak nasi seperti biasa.
  • Jika hendak masukkan kismis...boleh taburkan semasa 15 minit terakhir nasi tengah masak.
  • Setelah nasi sudah masak, kacau sedikit agar kismis tadi sebati dan semasa menghidang, boleh la ditabur dengan bawang goreng, daun sup/daun saderi dan juga daun bawang.



 Sebelum ni pernah buat  versi hitam2 cair aja boleh tgk SINI. Kali ni ida buat versi tomato & adaptasi sikit bahan2 nya dari situ dan buat versi pekat...lagi sedappp.

AYAM MASAK HITAM TOMATO
by : Ida @ Happy Cooking time
Bahan-bahan :
  • 1.5 kg ayam
  • 2 labu bawang besar atau 1 labu bwang besar + 8 ulas  bwg merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia *
  • 1 batang serai * 
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1 1/2 sd besar cili kering kisar @ serbuk cili......boleh dilebihkan
  • 1/2 sk serbuk lada hitam...boleh dilebihkan
  • 1 cawan tomato puree + 3 sb sos tomato....boleh dilebihkn sikit jika nak kuah banyak
  • 1/2 cawan kicap pekat hitam....boleh dilebihkan
  • 1 sd bsr serbuk jintan putih ( cumin )
  • 1/2 sd besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sd besar serbuk ketumbar
  • 2 btg serai...diketuk
  • Air yg mencukupi sebagai kuah....kepekatan terpulang pada masing2
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 labu bwg besar....dihiris bulat nipis
  • 6 helai daun limau purut...potong2 
  • Optional...tomato segar( dibelah 4 )
* Kisar/blend bahan yg bertanda *

Bahan menumis :
  • 2 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 1/2 inci halia...dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih...dihiris nipis
  • 1/2 labu bawang besar...dihiris nipis kecil
CARA:

  • Bersihkan ayam dan potong saiz yg sesuai.
  • Gaul garam kunyit dan goreng sehingga masak.....jgn terlalu garing
  • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bhn menumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan bahan2 kisar, tumis sehingga masak, masukkan cili, tumis lagi sehingga masak.
  • Masukkan lain2 bahan, tambah 1 cawan air...biarkan mendididh.
  • Tambah air sebagai kuah dan masukkan serai ketuk .....biar pekat lagi sedap
  • Masukkan ayam yg telah digoreng, gaul rata...biarkan mendidih
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong nipis bulat, tomato segar & daun limau purut.......gaul rata sekejap
  • Perasakan garam dan padam api.

Pelengkap lain ialah papadom/papad dan acar mentah aja.....

ACAR MENTAH
by: Ida@Happy Cooking Time
Bahan-bahan acar mentah:
  • 1 biji timun.......potong ikut selera masing2 & rendam dengan sedikit air kapur
  • 1/2  batang carrot....potong & rendam dengan air kapur juga
    1/4 biji kobis...diracik halus
  • 1/2 cawan cuka*
  • 2 sd bsr gula* atau secukup rasa
  • garam secukupnya*
  • sedikit nenas...potong kecil-kecil
  • 1/2 inci halia dihiris halus*
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus juga*
Cara-cara:
  • Satukan bahan yg bertanda * dalam mangkuk kecil,kacau sebati.
  • Dalam bekas,satukan timun,carrot dan nenas
  • Masukkan campuran yg bertanda * ke dalamnya..kacau sebati
  • Biarkan ia mesra seketika sebelum dimakan

19 comments:

Kamalia said...

sedapnya kak ida..
selalu buat aym masak merah je.nnt nak cuba yg ini pulak..

Melly Octaviana said...

Lengkap nya menu nya.. mau tumpang makan siang boleh.. hehe

K.Nor said...

ting tong.. salam tuan rumah.. k.nor dtg nak tumpang makan nih... hehe

inahar ali said...

sedapnye ida..bolehla akak tumpang lunch kt sini sbb td mkn kuih donut jek kt klinik..huhuu!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

akak guna cuka biasa or cuka sushi ekkk???? ayu mmg suka menu set nasi gini...oishiiiiiiii

Gee® said...

menggodanya Ida...boleh la k.gee masak weekend ni...

kasihredha said...

sedapnya ida ...sure makan bertambah2 ni kan :)

mama sara nur said...

assalam
memang perut lapar ni he he tgk nasi tomato ida yg menyelerakan ni lagi bertambah lapar sy he he

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ida..
wah akak tgk set nasi tu mmg terliur ler ida... mmg nampak sgt menyelerakan...

Nur-nba said...

Salam.. Kak Ida, tahniah sebab blog akak direview di Majalah Jelita.. Nur tahu dari blog kak Noorsha..

Sedap benar melihat menu nasi tomato ni..

Anonymous said...

Good day! I simply would like to give a huge thumbs up for
the great info you could have right here on this post.
I shall be coming again to your weblog for more soon.


Feel free to visit my webpage - google search engine optimization report card

Anonymous said...

Hello! I just want to give an enormous thumbs up for the
nice data you’ve gotten here on this post. I will probably be coming back to your blog
for extra soon.

Also visit my homepage; seoul korea weather monthly

Anonymous said...

Hiya! I simply would like to give an enormous
thumbs up for the nice data you could have right
here on this post. I can be coming back to your weblog for more
soon.

My web site ... semi automatic transmission pdf

Anonymous said...

Hi there! I simply would like to give a huge thumbs up for the nice info you will have right here on this post.

I can be coming back to your blog for extra soon.


Here is my website - synonyme semantics

Anonymous said...

excellent іssues altogether, you simply receiνed a new reader.

What mіgҺt yyou recommend about yоur put up that you made a few days in the pɑst?
Any ϲertain?

Here is my weblog: Customized Fat Loss

Anonymous said...

This page really has all of the info I needed concerning this subject and didn't know who to
ask.

My web-site Argent Bourse

Anonymous said...

Spend lеss dollars below Ьy requesting the upward-ɑlong with-coming cocinero instеad of an already
created cooking tо cook. It's ɑn British method u-academic institution tҺаt
haѕ tutorials fгom Gardening shop to be able
to Senior Secondary recognized ƅy the federal government.

It possesses a lookuup box ɑlοng with a lаrge expression financial
institution.

mƴ web-site :: The Wandering Star

Anonymous said...

I'm not sure why but this web site is loading very slow
for me. Is anyone else having this problem or
is it a issue on my end? I'll check back later on and see if the problem still exists.


My site ... tub refinishing Dallas

Anonymous said...

Have a skilled person do the procedure if you are unsure that you
can do it. The procedure can take a couple of minutes so you
may want to go get a coffee or a cigarette.
It is fantastic for finding trending subjects.

my blog post - vshare failed to install ios 7