My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, October 2, 2011

Kek Karemel


Dah 3x buat kek karemel yg sedap bangat nihhh!! 3x buat bukan kami seisi rumah saja yg makan tau....kek pertama dan ketiga ida bawak ke rumah kawan ida yg buat majlis makan2 sikit beberapa hari lepas. Suka sangat dgn kek ni, lembut mcm span....mkn tak leh nk berenti rasanya.
Pic ni amik yg buat kali ke-2. Kali pertama dan ke-3 tak sempat nk snap pic pun..Resepi ni ida tgk kat blog Juwita ( ita ) dan ita rujuk dari blog kak azlita Masam Manis( kalau masuk jer blog k'ita ni mmg kelabu mata nengok sume menda yg k'ita tayang.....boleh pengsan tengok...tak caya, boleh terjah sendiri kat sana ) cuma puding karamel tu kali ni ida ikut resepi shasa rahmat. utk dptkan yg lebih tebal.  Terima kasih banyak2 ye ita, k'ita dan cha dan tak lupa juga kpd sumber asal resepi Puan Munirah Baharum...terima kasih yang tidak terhingga.
Pssst mekasih banyak2 kpd yg sudi beri komen dan terima kasih yg tdk terhingga di atas ucapan tahniah dan kata2 semangat yg diberikan pada n3 sebelum ni. Bila cukup bahan dan free2 nanti bila2 ida share story mengenai 'lamaran majalah jelita edisi okt.' pada resepi dlm blog ida ni. Kalau ada sesaper yang dah beli, mesti dah dpt tgk ruangan sajian tu.huhhhhh..tak sabarnyer nak tengok.Apa2 pun itu adalah hadiah yg paling bermakna buat HCT. 

Nampak kecil ye....sbb ida bakar dlm 2 loyang saiz kecil dan lagi sbbnyer loyang bulat besar yg ida ada 
jenis spring form/loose pan la pulak. Gula hangus cam tak berapa cukup la pulak..

Kek karamel

Langkah 1: Gula Hangus 

2 Sudu Besar Gula 

  • Sediakan loyang 8 inc. 
  • Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. 
  • Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. 
  • Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
  • Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan



Langkah 2 : Proses pengasingan telur putih dan kuning telur telah dibuat.Sebelum langkah 2 ni, langkah 1. sediakan gula hangus ( pic.gula hangus ida lupa nk letak )

Langkah 3 : 
Resepi Asal
Bahan Karamel ( puding )...kali ni ida tak ikut yg ni,ida buat resepi shasarahmat )
  • 1/2 tin susu cair
  • 70g gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara:
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur, garam dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.( refer pic no.10 kt bawah )

Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Resepi Karamel/puding Shasarahmat( ida buat yg ni dan adjust ikut bahan2 yg ida ada )
  • 3 kuning telur
  • 2 biji telur ( whole )
  • 1 cawan susu pekat manis( ida letak whipped cream )/200 mls @ boleh letak susu segar juga
  • 1 cawan susu cair( ida letak susu segar )/200 mls
  • 1 sk essen vanilla
  • Ida tambah 130 gm gula sbb tak guna susu pekat
  • Ida tambah 1/4 sk garam
Cara:

Jika menggunakan susu pekat......satukan semua dan kacau perlahan-lahan dgn hand whisker
Jika ikut bahan yg ida letak, kacau susu + whipped cream bersama gula hingga larut
Kacau telur, garam dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
Langkah 3 : Adunan puding karamel yang perlu dikacau sebati perlahan-lahan.




Adunan Kek Bahan 1
  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
  • ida tambah sedikit essen vanilla
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih. 
Kemudian masukkan gula kasto,essen vanilla dan pukul lagi sampai naik sekali ganda. 
( Refer pic. no.1 ) 

Adunan Kek Bahan 2
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ida tambah 1/2 sk garam

Matikan mixer dan masukkan tepung, baking powder dan garam  yg telah diayak 
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan. 
( refer pic. no.2,3,4 )




Merinque 
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tar2
Cara:

  • Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering 
  • Pukul putih telur hingga berbuih ( refer pic.no.6 ) 
  • Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh( refer pic.no.7 ) 
  • Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.( ida dh terbalik cara ni, ida masukkan adunan kek ke dlm adunan meringue ) 
  • Gaul rata secara kaup balik 
  • Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara:

  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak( refer pic. no.9 )
  • Letakkan pewarna yang anda sukai.
  • Kemudian tuangkan/belangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. 
  • Belang- belangkan adunan 
  • Tuang 3 sudu lapisan biru, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan biru. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. 
  • Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. 
  • Akhir sekali dengan satu sudu. 
  • Lorekkan atas adunan dengan lidi.( ida tak buat ) 
  • Panaskan oven terlebih dahulu. K'Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  • Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath ( boleh refer pic. no.13 ) 

  • Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi. 
  • Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi 
  • Letakkan pada rak bawah dalam oven. 
  • Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. 
  • Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. 
  • Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang. 
  • Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. 
  • Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk. 
  • Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. 
  • Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk. 


Tip dari kak Azlita
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek. 

Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang. Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

30 comments:

Anonymous said...

cantik laa kek karamel tuh...menawan tgk..tahniah di lamar Majalah Jelita!! semoga berjaya ..

Juwita Jamaludin said...

Kak ida tahniah suka sgt tengok..cantik sgt.. Wah akak kena lamar dgn majalah jelita ye bagusnya good luck akak

CT Delima said...

As'salam Ida

Terlebih dulu k.ct ucapkan Tahniah! kerana dilamar majalah Jelita. tapi semalam keluar tak sempat nak bli. baru tahu tadi pagi.. hehehe.

Tadi k.ct baru terpandang dalam blog ana kek karemal ni. dah sampai sini sangatlah terujanya nak memcuba tapi kena tunggu beli telur dulu lah.. hehehe.stok habis minggu ni :D

Cheq Sue said...

saya sempat gak belek2 majalah jelita yang akak cakap tu... memang suka la tgk...gambar2 pun cantik. tahniah... ni tgk kek karamel ni macam nak buat jadi je... :)

ady said...

as-salam Ida
cantik kek karamel tu..menarik!!!

Ummi said...

Ida, cantik kek karamel Ida tuh...akak dah buat jgk, tp lepas terbalikkan masuk dlm esbok dulu sbb ada org datang...masa nak potong tuk amik gambar, adeeii, kuah karamelnya dah basah smpai ke kek wpun dah lap sebelum tuh..so bila potong x berapa cantik..kek basah...hahahha..tp mmg best...xda masa lg nak share kat entry... :)

~Norul Mas Hana ~ said...

salam,
cantiknyer kek..
kek ni mmg sedap, bila dah suap ke mulut asik nak suap lg dan lg...huhu

Gee® said...

waaa...bravo...bravo!! nk beli lah Jelita baru...

Anna Qawina said...

aslmkm..sama yer menu kita..meh kita tukar nak? hehe
tahniah yer..:)

Acik Erna said...

Assalam ida..cantinya kek ida.
ida..semalam jugak akak pi beli majalah jelita tu..dan dah tengok pun..cantik2 ida nya resepi yang tertera kat situ..Tahniah sekali lagi..

Yat Maria said...

Salam Ida..

beautiful karemel kek Ida..cantek menawan..nanti citer pasal lamaran tu taw..ingin gak nak dgr :)

Nuwairani said...

wah! dah 3 kali buat...kite pernah makan...tp tak pernah buat...tak cukup keyakinan lagi...

quinnie said...

aduiii...sabar je la tengok org duk tayang kek nih...saya tak pernah buat lagi kak kek nih..makan pun tak pernah...huhuhu

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

cantik sungguh la cantik...Ida dan kek karemel la tu..2 2 cantk.

kasihredha said...

cantikkkk sgt kek ni ida

Kak Sam said...

Godaan... Tadi dah nak buat tapi ada masalah teknikal le pulok. Huahhh tak sabarnya nak merasai keenakan kek ni.
Tahniah yea ida. Nant nak pi cari majalah tu

Unknown said...

wahh cantiknya kek karamel akak ni..jatuh chenta dah nengoknya..hehe

ucubakery said...

cantik n gebuz jer kek tu..

Ayu said...

Assalam ida,
wah giliran ida dilamar majalah pula ya..wahhhh..seronoknya..tak sabar akak nak dengar cerita nya tu..cantik kek karemel ida tu..akak belum cuba lagi ni..entah bila lah nak buat tu..ramai yg dah buat..

thanks ida for the wishes untuk hasif tu ya..amin..

Asmara said...

Kak Ida, pengsan tengok kecantikan kek ni! hihi.. syangnya nak makan. isk geram nak cuba jugak lah. tp mesti tak dpt sechanteekk akak nih. :D

Unknown said...

cantiknyeee~!!

harus buat jugak nehh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

meraung lagik
sana sini tayang kek karemel ni
pernah buat 2 kali jer
lepas tu start diet dah ngeeee

K.zai said...

mmg cantik kejadian kek ni ida...akak pernah wat tahun lepas masa tu wat mkn2 dgn family

Hanis MY said...

Uwaaaa pemgsan sejota ali nak kek tu yummmmnak buat cm ssh je huhu

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..wah makin ramai yang duk menayang kek ni buat saya mula teruja untuk mencubanya..tapi seru belum sampai2 ni...

Mamasya said...

Assalammualaikum Ida

tahniah Ida dilamar Jelita.. bertambah blogger masuk majalah....moga terus maju.Cantik kek karamel Ida ni....kaler yg ceria.comeei nengok saiz kek...bakar 2 bekas rupanya.

Deliah's Deli said...

cantik,rasa x perlu tanya la kan..tgk pun tau sedap sgt ni! :)

MOKCIK AZWA said...

Tahniah Ida...atas lamaran itu hehehe..all the best!

Kek ini sangatlah comel dan menawan sampai tergodalah azwa untuk nak memakannya...hehehe..

bawangputeh said...

cantik nye belang2 tu.. sy buat belang2 susah sangat nak jadi cantik mcm ni.. :( sedey

nabila azmi said...

aslm kak=)=)...baru follow blog awesome ni..sgt memberi inspirasi la bile tengok masakn2 sini plus gmbr2 yg diambil sgt cntik!!>.<..

untungla masak pandai..amik gmbr pandai..mnrik!!>.n suke!!>.nnti nk try la kalau berkesemptn..hihihi..thanks sharing!!...

p/s: teringin sgt2 mkn kek kaler2 gini..siyes!!..tpi xprnh dpt lagi=.=..