My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, April 17, 2012

Kek Untuk Si Dia ......story udah basi pon

Cuba2 curi masa mengupdate secara pantas....tak boleh duduk lama2 kt sini huhuuuu
Strawberry Shortcake menjadi pilihan untuk birthday hubby ida pada 4.4.2012 yg lepas. Cerita dah tak berapa baru. Kebetulan skrg ni musim strawberry dah murah......dlm byk2 shortlist cake yg belum ida try, ida pilih yg ni dulu la. Cara penyediaannya pon agak senang dan simple.

 Theme 'romantic & loving' khas buat yg tercinta..he..he
Tak boleh nak celoteh panjang2..jom tgk resepi. Resepi dh lama intai kt dapur Hana, baru cuba buat...tqvm yer na. Izinkan ida share sini pulak yer. Ida doublekan dari adunan asal sbb kalau kek kecik mmg tak puas diaorg kt umah ni makan terutama anak2 ida. Diaorg suka sgt mkn kek.


RESEPI STRAWBERRY SHORTCAKE
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan (loyang 18cm)....ida buat double dari sukatan di bawah & guna loyang 20cm
  • 3 biji telur (size M)
  • 90g gula
  • 80g tepung gandum - ayak
  • 30g butter - cairkan
  • 1sb susu segar....ida terlupa letak
Syrup (hana tak buat)...ida pon tak buat
  • 30g gula
  • 60ml air panas
 >>> satukan bahan hingga gula larut

Cream/Filling
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu...ida pukul 5 minit
  • Masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga sebati. Last sekali masukkan butter cair. Gaul sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan spraykan (guna air biasa) bahagian atas kek supaya apabila masak permukaan kek kelihatan cantik dan tak kering. Bakar selama 30min ( kalau buat double, kena lebihkan masa bakar....lebih kurang 45 minit ). Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.
Untuk membuat filling
  • Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.rujuk link di atas.
  • Bila kek dah sejuk, belah tengah kepada dua/tiga bahagian. Sapukan atas kek dengan syrup menggunakan brush hingga lembab. (hana tak buat step ni)...ida pun tak buat. Kemudian sapukan cream. Taburkan strawberry yg telah dipotong dua. Letak lagi cream menutupi strawberry. Tutupkan lagi dgn kek. dan ulang langkah tadi (sapu syrup dan buh cream). Jika buat dua lapis, memadai sekali sajer sapu syrup, cream dan stroberi.
  • Sapu keliling kek dengan cream. dan hiaskan ikut suka.
  • Sejukkan baru potong.
Hiasan yg ida tambah ialah pink chocolate + red colouring

 Abaikanlah  lapisan yg kureng kemas itu.....asalkan ia enak & lazat hingga menjilat jari.

10 comments:

Nuwairani Ismail said...

Malam2 tengok gambar kek sedap...Harap2 lah malam ni dapat mimpi makan kek...Lapar la pulak... Nani rasa dah cukup cantik kek kak ida buat tu..cantik sangat!

Cheq Sue said...

phewwww.... sekali tengok kek ni, full of passion ye...penuh kasih saya gitu

Qasey Honey said...

wah sgt cantik kek tu...tliur tgk...

Ummi said...

Assalam Ida, waaaahh cantik kek besday tuk hb dia...dalam bz pun sempat lgk mendeko segala... Happy belated birthday to hb Ida yeaa... bertuah dpt makan kek sedap penuh stoberi lak tuuuu... ^__^

kakna said...

salam..
wah menarik.. untuk yang tersayang lagi.mesti puas hati sangat2 tambah pula yang makan pun suka.bertuahnya..

Acik Erna said...

kek strawberry? sedap tu ida..happy belated birthday buat suami ida..
tarikh sama ngan acik..04.04.

Rohah said...

Salam kenal Ida,
Teruja sy tengok kek ni, menawan n ceria sesangat..

MOKCIK AZWA said...

Wah memang sangat cantik menarik la kek nie..sesuai sungguh dengan tema romantik and loving tu..yumm yumm...

tun_telani said...

salam kak ida. happy belated bday utk hubby akak.. semoga sihat2 sentiasa. kek sangat cantik!

quinnie said...

cantiknya kak..penuh cinta rupa kek ni..hehhehe