My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, October 30, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Blueberry

Inilah kek sulung ida, setelah pulangnya dari merantau....dpt buat versi kukus aja dulu. Ni gara2 teringin nak mkn kek buatan sendiri la ni, anak2 pun bersungut "lama tak makan kek yg ummi buat" kata mereka. Nak beli oven pun mcm ruang dapur tu belum sesuai nk letaknya......tunggu la dulu. Alang2 nak beli oven, ingat nak beli yg bsr terus...tapi tidak la besar mcm kt bakery tu. 
Resepi rujuk dari blog hanamemories, resepi asal dari blog kak yatie....tqvm ye..cuma ida tambah perisa blueberry kt dlm cream cheesenya..
Yummy babe!

Kek Lapis Kukus Cream Cheese Blueberry

sumber : hanamemories.blogspot.com
sumber asal : yatiememories
loyang 8x8x3

BAHAN A

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - Ida kurangkan 40gm shj sbb letak jem blueberry
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
  • Ida tambah 2 sb jem blueberry
Cara-cara
  • Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  • Kemudian tambahkan jem blueberry..kacau sedikit
  • Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  • Masukkan air panas,susu dan minyak.
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK
  • Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  • Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  • Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil( ida tak tutup pun ) dan kukus selama 15-20 minit.
  • Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil ( ida tak tutup pun ) dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

7 comments:

sabar dubai said...

Wow kak ifa sulung pon nmpk sedap tuh

rostina76 said...

salam ida…lama tak bersua d alam maya…org dah biasa baking ni klau dah lama cuti mesti rindu-rinduan kan. btw semoga cepat2 dpt sambar oven best & come out dgn resepi2 yg bombastic cam biasa.

tun_telani said...

Salam kak ida.. welcome back :) mmg sedap kek nih.. tun kadang2 kukus, kadang2 bakar. dua2 sedap.

MOKCIK AZWA said...

Selamat kembali ke tanah air Ida..simple2 pun sedap jugak..tak aper..tunggu jap lagi baru sambar oven yang besar baru bertambah happy time nak memasak :)

Seri Haryani said...

Assalamualaikum.. baru pertama kali buka blog ni dah jatuh cinta.. terpaut hati.. saya minta izin awal2 boleh.. saya suka semua resepi akak... banyak nya nak cuba.. tapi nak cuba bubur asyura dulu..

saya nak jadi follower akak ya..

Rose Azadir said...

sedapnyer...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

Anonymous said...

Hello friends,
Good news,This one place to shop for members provides value and convenience. JOIN TODAY to enjoy membership status.
Please visit this site http://www.comprewards.com/
& like this page https://www.facebook.com/comprewards
Thank you.