My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, September 22, 2010

Rendang Tok

Menu selepas raya sebenarnya.......sebab hari raya tak sempat buat rendang, kepingin sekali hendak mkn...kebetulan ada kiriman ketupat palas segera Nona dari kawan kami Linda Ismail...thanks a lot ya linda...huhuhh tak merasa yg ori dpt yg ini pun jadi la. Lama dah rasanya tak mkn rendang tok...belah2 perak selalunya senang dpt ni....first time makan umah member kat perak dulu..hish dah lama benor dah ni. Hitam2 dia tapi sedappp. Googles recipe....rupa2 nya mcm2 versi ya..dari gabungan beberapa resepi dan setelah di tapis sedikit, sebab ada sesetengah bahan ida tak masukkan dan tambahkan/kurangkan...terima kasih & maaf bebanyak ya kpd tuan punya resepi....gomen ne..

Close up sikit ketupat palas segera Nona......
Sumber : Cek De Sam fotopage & Chef Sabri blogspot
Bahan-bahan :
  • 1 kg daging lembu ....didadu
  • 2 liter/ 8 cawan santan dari 4 biji kelapa....sukatan kelapa mcm banyak.... boleh dikurangkan...yg ni ida pakai santan segera 4 cawan + 4 air
  • 3/4 cawan kerisik
  • 1 1/2 sd besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sd besar serbuk jintan putih
  • 1 1/2 sd besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sd bsr serbuk lada hitam...boleh dilebihkan
  • garam secukup rasa
  • 2 sd besar gula merah
  • 8 sd besar pes cili kering....boleh dilebihkan atau dikurangkan
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit air asam jawa/3 keping asam gelugor
  • Sedikit sahaja belacan...ida letak sebesar hujung jari telunjuk je
  • Tambahan air jika daging masih belum empuk
Bahan kisar halus:
  • 3 biji bawang besar dikupas
  • 12 biji bawang merah....kalau tak ada, pakai bwg bsr...1 labu lg
  • 8 ulas bawang putih
  • 6 cm halia
  • 6 batang serai...dihiris nipis2 supaya senang utk dikisar
  • 4 cm lengkuas...dihiris nipis2 juga
Bahan lain :
  • Isi kelapa tua....kalau ada, dihiris halus...ida tak letak
  • 4 helai kecil daun kunyit....dihiris halus
  • 8 helai daun limau purut...dihiris halus
Cara-cara:
  • Masukkan daging, santan, bahan kisar, pes cili, 3 beradik rempah ratus tadi dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kecil sehingga empuk.
  • Tambah kerisik, serbuk lada hitam, jintan2, serbuk ketumbar dan belacan..sikit je tau. Masak sehingga kuah memekat.
  • Masukkan garam ( bubuh sedikit dahulu garam sebab kita akan pekatkan kuah dia nanti, jika kurang masin baru tambah kemudian ) gula merah, air asam jawa...jika menggunakan asam keping, masukkan awal2 lagi. Terus memasak sehingga menjadi agak sedikit kering.
  • Jika daging belum betul2 empuk boleh la tambah sedikit air lagi dan terus memasak.
  • Kemudian baru masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut...kacau sehingga betul-betul kering.
  • Jika suka rendang lembab2...masak jangan terlalu kering.

4 comments:

ijayuji said...

Salam kak! kita tak pernah makan rendang tok dr dulu nak buat tp sampai skrg tak terbuat buat, dia kering eak? kita kalau rendang kita suke basah2 sikit kalau buat basah2 pun ok jugak kan eak :D eh? ada tupat palas segera eak???? waduhhh ketinggalan zaman betul! :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

slam ida..nama jer org perak tapi atie xpernah but rendang tok nih!hihihi pasni nk kena try gak laaa....copy resepi yer ida..

kasihredha said...

wauu...best ni..kesukaan akak.

Ida Ddapur said...

to ika....yap, k'ida pun baru cuba buat rendang tok ni,dah terpendam lama dah, tupat palas pun baru tahu ada yg segera..tapi rasanya ken atambah garam sikit dlm air rebusan air...utk lemakkan rasa dia

to atie...he.he, sedap ler rendang tok ni..ida suka,kalau org tua2 kat perak buat lg power kut rasa dia..sila2

to kasihredha...time kasih ya sudi jenguk sini