My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, September 24, 2010

Simple Fruity Pizza

Asyik2 mkn chicken pizza, sosej pizza je....buat pizza dah banyak kali, tak sempat nak snap pic ..mcm2 hal la. Kali ni jom kita rasa pizza buah-buahan ni pulak. Kecewa betul kali pertama buat pizza buah hari tu.....ni kali ke-2 la....konon2 nak cuba la sekali lagi pakai yis cap##.....walaupun sebelum ini sudah mengecewakan ku....oppss, yg dr m'sia..bukan yis mauripan tau...tak yah la tau. Nak tau jd apa kat pizza ida......bantat!! ha..ha, sedih sgt...mcm2 topping dah letak kat atas tu..hancuss. Len kali tak akan ku pakai lagi yis tu...Kali ni pakai yis jepun ...baru ok.


Masa buat pizza ni, langkah kanan kawan ida 2 org tu Linda & Nura..n..the suami,..kebetulan diaorang datang rumah. Jamu diaorg pizza dan donut sikit ...buat donut dr lebih doh pizza ni...Saja ja buat 1/2 kg tepung, boleh godek2 buat benda lain selain dr pizza...buat donut ke, roti apa2 je la.
Sumber: Yani MyR-doh roti sosej mini ( di edit sedikit berkesesuaian dgn jenis roti )
Bahan-bahan : ( Jika tak mau banyak sangat doh..boleh buat separuh sahaja dari adunan ini untuk sebiji large pizza dah cukup )
  • 240 mls air....utk kali ni, ida pakai all susu segar
  • 500 gm tepung roti
  • 60 gm gula...dilebihkan sedikit dari resepi asal ( asal 40 gm )
  • 8 gm garam
  • 50 gm mentega....ida pakai soft marjerin yg mkn dgn roti 30 gm + 20 gm shortening
  • 8 gm yis kering...resepi asal 6 gm
  • 16 gm susu tepung
  • 60 gm telur...dari sebiji telur saiz LL

Bahan topping yg ida letak:

  • sedikit mentega....agak2 je ni...dlm 1 1/2 sd besar
  • 1 biji epal dibuang kulit dan didadu
  • beberapa ulas limau mandarin dlm tin
  • kismis
  • sedikit serbuk kayu manis...optional
  • gula halus
  • mix cheese yg halus2...boleh juga pakai mozarella cheese

Cara-cara:BM

  • Masukkan susu segar ke dalam acuan BM dengan diikuti bahan2 lain dan diakhiri dengan yis.
  • Pilih menu doh ( ida pilih yg 2 jam ) dan tekan start.
  • Setelah siap 2 jam...keluarkan doh, tumbuk doh utk keluarkan angin.
  • Ambil doh...agak2 untuk sebiji pizza, leperkan di dalam dulang pembakar bulat yang disapu marjerin atau mentega/di alas dengan cooking sheet.
  • Untuk pizza buah-buahan ini...mula2 sapu sedikit mentega ke atas doh yang telah dileperkan, tabur gula halus sedikit biar rata.
  • Tabur cheese, susun limau, tabur daduan epal dan kismis. Tabur pula dengan sedikit gula dan cheese lagi.
  • Last sekali tabur sedikit serbuk kayu manis di atasnya. Biarkan seketika dahulu lebih kurang 20 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang selama 20 minit dalam suhu 180 C.
  • Semasa menghidang, tabur dengan sedikit gula aising di atasnya...emm yummy



8 comments:

Jagungmanis said...

salam kak, wah tengok gambar tu jadi terliur....
nak 1 loyang, boley?

Nur Ede said...

Salam Ida... nie orang jauh datang.. aduhh mengancam abiss pizza buah2an ituww.. klu anak2 akak tengok nie mesti dia orang suruh akak buat.. good idea Ida..

Anonymous said...

Salam Kak Ida,
Geramnye tengok pizza. Cantik betul akak amik gambar. Buat terliur je. mujur hari ni pon kte makan piza. tp piza kedai je lah. hehehe

Ijan

Ida,Japan said...

To Deetha...ngan loyang akak bg..loyang je la,sbb pizza dah abih

To k'Ede...cubalah kak, anak mesti suka,mmg sedap..tapi kena pilih buah yg kurang berair la utk topping dia.

To Ijan....akak tak pandai sgt amik gambar...sbb sentuhan kamera je ni dan time kerajinan nak amik gambar possing cantik2 sikit
huhuhh...akak terpaksa lah buat sendiri ijan kalau nak mkn...sini tak der pizza halal

Acik Erna said...

salam ida..betul tu..akak pun terliur tengok gambar aje..akak tak pernah masak pizza ni..taunya masak kampung aje..
nak cub pun akak tak berani.takut tak menjadi...walaupun teringin..

Ida,Japan said...

to kak erna....dulu2 ida pun tak tau jugak kak, bab msk2 pizza ni, tunjuk2 kat pizza hurt ja, dgr org buat pizza sendiri mcm susah je nk buat..bila dok merantau ni, sbb nak mkn terpaksa usaha buat sendiri kak, bila sekali buat lama2 jd tak susah..akak kalau cuba, mesti bole tu...ida percaya mesti boleh

hana said...

waduhhh sedapnyer pizzaa... lama tak buat! berbulan2 kot! hihihi....

Yani said...

ida.. mungkin yis tu x sesuai dgn suhu kat sana. ramai dah yg jd mcm ida ni. lebih baik bila dok kat jepun guna yis yg kat sana.