My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, September 6, 2010

Nasi Ayam Goreng

Bila dah cuba masak...sedapp nasi ni,ayam dia pun lembut sebab selepas digoreng...dia dihumban pulak ke dalam periuk nasi....sekali lagi dia dimasak bersama nasi di atas. Resepi amik kat blog Hana ni....dia la promote, timekasih na...sedap bangat nasi ni..makan begitu sahaja ngan ayam dia pun dah sedap. Kalau nak lengkapkan dia ngan sup ayam, sambal merah dan kicap pun boleh juga....he..he, ida tak buat sebab nak express..Kata hana, dia copy dari blog Cikmanggis, resepi asal dari tummy.

Meh la tgk resepi dia...
Bahan untuk nasi : ( ida ada tambah sedikit bahan2 lain...minta maaf bebanyak kat tuan punya resepi, kira langgar adat dah ni )
  • 3 cwn beras basmathi....cuci dan toskan ( ida pakai beras m'sia campur ngn sedikit beras basmathi...kira nak abihkan stok la ni, sbb beras m'sia tu dah lama )
Bahan A
  • 1 sd makan rempah kari....ida letak lebih sikit dlm 1 1/2 sd sume
  • 1 inci halia #
  • 4 ulas bwg merah/1/4 labu bawang besar #
  • 2 ulas bwg putih #
bahan2 yg bertanda # ditumbuk kasar....ida kisar je
Bahan B
  • 1 labu bwg besar.....dipotong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis...ida pakai 2 btg kecil pendek
  • 2 biji buah pelaga...ida tak letak
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Ida tambah 3 ulas bwg putih, 1/2 inci halia......dihiris nipis dan halus
Bahan lain
  • 1/2 cwn susu cair....ida tak letak pun sedap
  • Sedikit kiub ayam....ida pakai serbuk dlm 1 sd teh
  • Garam secukupnya
  • Sedikit lada hitam.....agak2
  • Sedikit daun ketumbar atau daun kari.....ida pakai daun ketumbar
  • 3 cwn air.....ida tambah 1/2 lg cwn air sebab tak bubuh susu cair ( sukatan air sebenarnya bergantung kepada jenis beras yg kita pakai )
  • Ida tambah 2 sd besar marjerin utk menumis bersama sedikit minyak masak
  • Ida juga tambah 1/2 sd besar gula
Bahan untuk ayam & perapannya:
  • 6 ketul drumstik/1/2 ekor atau lebih ayam ikut suka....dipotong
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sd besar serbuk kari
  • Garam secukupnya
Cara-cara:
  • Ida basuh beras di dalam periuk nasi sahaja, utk sejatkan air dia, ida sengetkan periuk sedikit. Jika masih ada lg sedikit baki air...ida abaikan.
  • Gaul ayam bersama bahan perapannya.Perap sebentar.Kemudian goreng sehingga masak,angkat dan toskan.
  • Di dalam periuk nasi/di dalam kuali, cairkan marjerin bersama sedikit minyak masak.
  • Tumiskan bahan B sehingga wangi,masukkan bahan A.......ida tumis pakai kuali
  • Masukkan pula garam, gula, daun ketumbar dan juga serbuk pati ayam. Kacau sekejap dan tutup api.
  • Tuangkan bahan tumisan/rempah ini ke dalam beras di dlm periuk nasi tadi, masukkan susu jika suka dan air....kacau sebati
  • Kemudian aturkan ayam yg telah digoreng di atas beras tadi.( cara ida utk elakkan ayam hancur, aturkan ayam ke dlm nasi sms 15 - 20 minit terakhir nasi tengah masak ....biarkan nasi terus msk )
  • Masak nasi sehingga empuk.
  • Setelah nasi sudah masak,jika suka bolehlah dihidangkan bersama sup ayam, sup sayur,sambal merah dan kicap.
  • Kalau tak pun, sedap juga dimakan bersama dengan acar masak.

3 comments:

kasihredha said...

salam kenal..
sedapnya resepi ni...
Selamat hari raya.

hana said...

salam ida... slamat ari raya n epi belated annivesary.... camne raya kat sana?

Nur Ede said...

Salam Ida... Selamat Hari Raya AidilFitri.. akak singgah umah Ida nak beraya nie.. tengok pulak nasi ayam goreng...uiskss sedap nyer...