My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, November 2, 2010

Sambal Udang Petai


Salam buat semua......tengah buat apa tuu...masak? Masak sedap2 ye...
Nak tau tak.....petai ni dah setahun tak dpt jamah....beberapa hari lepas hubby beli bwk balik. Ni bukan yg fresh...yg frozen jer ni, dah siap kopek.Mak ai bau dia......lebih dasyat dari yg fresh, anak ida yg no.2 cakap busuk apa ni ummi....dia kalau bau2 pelik ni, tak tahannyer. Satu peket boleh la 3 kali makan. Sekali sekali pekena petai, nasi bertambah2.....perghhh..hari tu cicah budu jer..sape suka BUDU angkat tangan tinggi2. Org kelantan kalau jumpa budu jangan cakap laa......lupa dunia jap. Ida masak cincai2 jer ni....kena pulak cili kering kiriman kakak kat Gombak hari tu tak berapa pedass...sedap la en.hubby makan

Bahan-bahan :

  • 15 ekor udang saiz sedang......ida buang kulit dia
  • segenggam petai/lebih
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar *.....sini ada bawang besar je
  • 3 hiris nipis halia *
  • 1/2 labu bwg besar di hiris
  • 6 tangkai cili kering ( boleh dikurangkan / dilebihkan )*
  • belacan sebesar ibu jari *
  • gula 1/2 sd besar
  • Sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • tambahan ....daun kucai

cara-cara:

  • Kisar semua bahan yg bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan dahulu bahan kisar sehingga sedikit garing & naik bau
  • Masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, garam secukup rasa....masak lagi
  • Buat sambal ni, masak lagi lama lagi sedap sebenarnya
  • Masukkan petai, masak hingga petai sedikit layu baru masukkan udang & daun kucai serta bawang hiris.....kacau seketika sahaja, tak perlu masak udang ni terlalu lama sebab ia akan menyebabkan isi udang menjadi keras.
  • Setelah cukup rasa, boleh angkat dan sedia dihidangkan

3 comments:

Nuridah said...

Salam Ida,

waduh sambal udg petai, febret kak nur anak beranak walaupun kak nur tak reti mkn petai..hehe kalau masak udg sambal mesti nak letak petai jadi sambal pun rasa sedappp...nak semangkuk ida..hihi.

izahdaut said...

kak ida..ngancam wooo sambal udang petai tu..lamaaaaaaa dah tak makan...since hubby tak leh makan udang..sob sob

Nur Ede said...

Salam Idda...

Pepagi singgah jap umah Idda nie.. wowww sambal udang petai... akak mmg sukee... menggoda nyerrr..