My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, May 29, 2011

Nasi Kerabu Kaler Biru


Salam buat semua pengunjung. Baru nk bertatih semula setelah lama tenggelam. Lama juga tak makan nasi kerabu hasil tangan sendiri sebenarnya, tehingin sangat la ni sbb tu la buat....zaman dulu2 masa kat kampung ada juga buat sama ngan mak, mak kat kg memang suka sgt dgn nasi kerabu ni. Tapi masa dok kat Shah Alam tak pernah pula buat sendiri sebab hubby kata tak suka...so kalau ida rasa nak makan, ida beli ja kat pasar malam @ mana2 gerai yg jual...tapi kan makan yang buat sendiri lagi puas hati, sbb kita boleh lebihkan apa yg kita nak.
Aikk kali ni nmpk hubby makan nasi kerabu ni cukup berselera sekali......heran pulak, sbb pakai beras basmathi katanya..kalau suka len kali bole le buat lagi.


Beginilah hidangan nasi kerabu ida...mkn dgn apa yg ada jer, maklum la merantau

Pelengkap Nasi Kerabu
  • Nasi biasa...yang diletak sedikit pewarna biru sms hendak memasaknya..sebenarnya org dulu2 menggunakan bunga segar khas utk jadikan nasi ni bewarna biru..
  • Sambal ikan kelapa
  • Kuah tumis
  • Sambal cuka
  • Budu
  • Lauk-pauk .....cth daging bakar, ayam /daging/ ikan bakar, telur masin, ayam goreng, ikan goreng celup tepung
  • solok lada...ida tak buat kali ni
  • Ulam-ulaman...cth Daun kesum, kacang panjang, bunga kantan, kobis......dihiris halus dan taugeh..ida letak mana yg ada kat sini jer
  • Keropok ikan goreng
NASI:..ida pakai beras basmathi
  • 5 cawan beras basmathi
  • 5 1/4 cawan air
  • 2-3 titik pewarna biru
Cara:
  • Basuh beras, masukkan air, titikkn pewarna...kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
  • Jika nak tekstur nasi lebih lembut bole tambah air lagi.
KUAH TUMIS
  • 1 tin santan pekat segera /400 mls pati santan
  • 1 1/2 sd besar cili kering kisar( bergantung kpd tahap kepedasan yg diinginkan....ida hanya pakai sedikit serbuk cili shj
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar...dikisar
  • 4 ulas bawang putih...dikisar
  • 1 inci halia ...agak2...dikisar
  • 1/2 inci lengkuas...dikisar
  • 1 batang serai...dikisar( baru update sbb hari tu lupa nk taip )
  • 1 batang serai..diketuk( baru update sbb hari tu lupa nk taip )
  • 2 keping asam gelugur
  • Gula melaka sebesar ibu jari atau secukup rasa
  • Sedikit belacan..lebih kurang besar jari kelingking atau boleh juga letak 1 sd besar budu
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit tambahan air...dlm 1 cawan
Cara:
  • Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan hingga naik bau..kecuali garam ATAU kalau tak nak tumis, masak dahulu santan hingga mendidih sambil kacau2, baru masukkan bahan2 lain.
  • Masukkan santan dan air
  • Masak sehingga pekat dan naik minyak
SAMBAL IKAN KELAPA
  • 1 mangkuk kecil isi ikan dari yang telah direbus / dibakar....dikisar/tumbuk halus ( ida beli isi ikan yg dikisar, cuma balik terus rebus )
  • 1 1/2 mangkuk kecil kelapa parut .....ida letak kelapa kering jer + 3 sd besar santan
  • 1/4 labu bawang besar#...jika b'saiz besar, 1/2 labu jika b'saiz kecil
  • 1/2 inci halia#
  • 1 batang serai#
  • 1 ulas bawang putih#
  • Sedikit serbuk lada hitam yg kasar...dlm 1 sd teh
  • Gula melaka sebesar ibu jari / secukup rasa...diracik halus atau ( boleh ganti dgn gula merah 1 sb )
  • Sedikit garam
  • Sedikit air asam jawa
Cara:
  • blend bahan bertanda #
  • Campurkan semua bahan di dalam kuali, guna api kecil, goreng tanpa minyak sehingga sedikit kering
  • Jika yg menggunakan kelapa kering mcm saya...tambah 1/4 cawan air panas ke dlmnya semasa mengacau.
SAMBAL CUKA ( boleh disediakan sehari sebelum )
  • 1 genggam cili padi/api
  • 1 biji cili besar...jika nk kurangkan pedas sikit
  • 1/2 cawan cuka...nk cair tambah lagi cuka
  • 1 1/2 sd besar gula..secukup rasa
  • Garam secukupnya
cara:
  • Masukan semua dlm blender dan blend
  • Masukkan dlm botol dan simpan di dalam peti ais jika tak habis makan.
( Tak semua pelengkap  ida buat ....mana yg ada jer masa tu )

4 comments:

Nieza said...

Assalam Kak Ida, salam winduuu..lama menyepi yer kak...sekali tgk ada nasi kerabu disini...wahh sedap ni nieza suka tapi tak pernah buat sendiri lagi ni..:)

anie,Nagoya said...

sekom ida.seingat kita, mkn nasi kerabu masa g kelantan masa sekolah rendah.lepas tu mkn ke tak tak ingat?kita pun tak berapa pandai nak mkn.eh?!..nasi kerabu ni dari kelantan kan?lupa2 le

kasihredha said...

bestnya...cukup lengkap juga tu ida, siap ada daging bakar lagi :)

Ida,Japan said...

Nieza, anie, kak kasihredha...mekasih krn sudi singgah sini..
nasi kerabu mmg ada kat belah kelantan anie
mmg feberet ida ni...maklum la, salah satu menu pantai timur