My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, March 6, 2012

Rainbow Cake....tempahan

ASSALAMUALAIKUM & SLM SEJAHTERA buat semua.....
Nampaknya minggu ni, hari ni baru ida sempat bersiaran....tu pun tak boleh lama2. Quick n3 hari ni cuma 'rainbow cake' yg ida buat last week utk tempahan kawan ida yatie chomely sempena adiknya  yg akan pulang semula ke M'sia dan kembalinya semula suami tercinta tinggal di Japan.
Pernah buat sebelum ni utk b'day anak boy ida boleh tgk SINI

Bakar guna loyang yg sama.....jadi kerak2 sikit tepi dia. Buat 5 lapisan aja ni

RAINBOW CAKE

Recipe by : Kaitlin @ Whisk Kid
Watch how she make this cake with Ms.Stewart on The Martha Stewart Show
Rujukan :Kak Cik Cek, Kak Azlita & Kak Zu, Semanis Gula tqvm


Bahan-bahan :

  • 1 cwn butter / 226 gm- suhu bilik
  • 2 cwn / 426 gm gula castor - ida letak 270 gm shj
  • 5 biji putih telor- suhu bilik
  • 3 cwn / 426 gm tepung gandum
  • 4 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 2 sdk esen vanila
  • 1 1/2 cawan / 355 mls susu segar- panaskan 30 saat di dlm microwave dan letak dlm suhu bilik ( ida letak 280 mls shj sbb pewarna ida cair )
  • gel pewarna makanan - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau ( ida guna cecair, sbb tu ida terpaksa kena kurangkan sukatan susu segar )
Cara membuatnya :
  • Sediakan loyang 8 inc - kalau boleh 3 loyang
  • Sapu tepi loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
  • Sapukan juga baking paper dengan butter
  • Panaskan oven pada suhu 170C
  • Ayakkan tepung, baking powder dan garam - ketepikan
  • Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
  • Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  • Masukkan esen vanila
  • Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  • Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  • *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
  • maksunya : tepung- susu - tepung- susu - tepung - susu dan akhir mesti tepung
  • Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
  • *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
  • Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
  • Masukkan dalam loyang
  • Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.( ida bakar 160 C selama 15 - 16 minit )
  • Bila dah masak letak atas redai
  • Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  • Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan ( ida buat 5 lapisan jer )
  • Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.( ida susun jer berlapis sume, sbb tak cukup space nk letak )
  • Bila kek dah siap, baru sediakan frosting, ida buat cream cheese frosting & fillingnyer pun juga guna yg sama.
Cream cheese frosting ( kalau nk lebih tebal boleh lebihkan adunan)
by : Ida@HCT 

Bahan-bahan :
  • 300 gm cream cheese pada suhu bilik
  • 300 mls whipping cream
  • 100 gm gula halus / boleh letak gula aising ( boleh lebihkan )
  • 1/2 biji air perahan lemon
  • Sedikit garam ....just for taste
  • 2 sb butter
  • Optional..Tambahan 30 - 50 mls susu segar jika sgt pekat.
Cara:
  • Pukul cream cheese + butter dan gula hingga sebati dan berkrim
  • Tambah whipping cream, air lemon dan sikit shj garam...pukul hingga sebati & pekat
  • Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit susu segar dan pukul sekejap.Sedia digunakan.
  • Boleh tambah pewarna makanan utk mendeco kek nanti


Topping Pink Chocolate

Bahan-bahan:
  • 140 gm pink chocolate
  • 60 mls whipping cream
  • 1 sk butter
Cara:
  • cairkan coklat bersama whipping cream secara double boiler
  • Bila coklat sudah mencair, tutup api, masukkan butter....kacau sebati
  • Keluarkan bekas, letak di tempat lain dan rehatkan seketika hingga coklat nampak sedikit pekat.
  • Sedia utk dicurahkan/ hias ke atas kek.


19 comments:

LinRosly said...

Assalamualaikum...

Wah! Cantiknya kek...Kak Lin suka tgk lapisan nya tu...sama rata...

Ummi said...

Assalam Ida, waaahhh cantiknya kek rainbow dia.....manis menawan deco..moga terus melangkah dan sukses ya Ida...tempahan dh dibuka dah tu...hehe

kasihredha said...

cantik ida
suka tgok colour dia

Cheq Sue said...

Waaaaaaaaaaaaaa...jelesnya nengok kek yang santek ni... dari jauh dah nampak serinya tu... oooooooooooo aku tergoda...

IeRA said...

SAlam .....

Cantiknya...bilalah kita dpt makan kek ni

Qasey Honey said...

wow kak...mengancam sggh color pink tu...

Ucu Faridah said...

cantiknya...pink2 gitu...

Kamalia said...

sangat cantik..
saya belum sampai seru nak buat kek ni lagi..takut..hehe

mama sara nur said...

assalam ida..
wah cantiknya kek ni, krim pink sweet sgt
rajin ida ambik tempahan, semoga sukses ...memang boleh sb kek yg ida deco cantik2

MOKCIK AZWA said...

aduhai Ida..memang tabik spring la azwa dgn Ida nie..rajin buat kek pelangi. Azwa ni sekadar rajin membaca dan memberi ulasan sajork la hehehe... memang cantik bangat kek tu..

sabar kagawa japan said...

waaa menarik nyee kaler kak ida....hehhee lapisan die plak..adil aje sama rta..

sudipVSsenduk said...

cantik! sangat ceria!

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

So sweet...akak baru buat tadi untuk anak akak alamak...malapetaka...tak berapa nak jadi...

ummiaisyah said...

cerianya kek ni ida...luar dalam kalerful..mesti budak2 suker!

Mamasya said...

Aslmkum Ida.apa kabar? lama tak singgah sini. menarik dan ceria cake rainbow ni...warna merah menawan.

aisha said...

assalammualaikum wbt,
wahhh cantikkkk yeee...suka tgk org2 pandai buat kek yg comey2 ni...

Amie said...

Assalamualaikum Id,
cantiknya deko kek tu...
lama tak up-date...harap sihat selalu.

dapurmerahibu said...

Salam pkenalan ida,cantek kek ni.
Http://dapurmerahibu.blogspot.com.

Maira Anjami said...

salam kak ida~
cantiknye rainbow cake tu..penah buat skali tpi tak secantik rainbow cake akak la..hehe