My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, September 16, 2010

Lemon Bars

Hari ni baru rasa adanya mood nak berblogger semula. Kebetulan minggu ni ida dan suami dah mula berpuasa. Rasanya semua masih dlm mood raya, tambah2 yg tinggal di tanah air...hanya kami sahaja kat sini sambut secara ala-kadar sahaja. SELAMAT HARI RAYA SEMUA ......................... Ini ajalah cookies yang dibuat sebelum raya hari tu....sebab tak pernah rasa cookies ni...nak buat yang lain2 tu malas rasanya. Nasib baik ada juga kiriman kuih raya dari mak mertua dan kawan suami, boleh la merasa. Sebenarnya dah lama terpikat ngan gambar cookies ni kat fb kawan ida yang tinggal kat New Berlin sana. Nak cuba buat je bertangguh2. Sebelum raya hari tu sempat mintak izin Kak Baya Wan Cik untuk cuba resepi ni..kebetulan dia dah tempek resepi kat situ. Domo arigatou ya sis. Tak rugi bila mencubanya .....memang sedap! Percayalah......
Cookies ni ia lembab2 sikit.....jadi kenalah simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Kalau 2 hari diluar rasanya ok je lg...

Len kali nak cuba buat perisa lain lak....rasanya boleh diubahsuai kut
Bahan-bahan: ida translate dr English to Malay ikut kefahaman ida
Bahan A ( crust/lapisan bawah )
  • 2 cwn tepung serbaguna.......ayakkan
  • 1/2 cwn gula ( confectioners' sugar )
  • 3/4 cwn butter ....melted

Bahan B ( lapisan atas )

  • 4 biji telur
  • 1 cwn gula putih.......ida kurangkan sedikit
  • 1 sd teh baking powder
  • 1/4 cwn tepung serbaguna
  • 2 sd besar lemon zest....ida ambik isi lemon tu 1 sdbsr dan 1 sdbsr lemon zest( parutan kulitnya)
  • 3/4 cwn lemon juice....ida bubuh 1/2 cwn je air perahan lemon
  • Tambahan /optional yg ida tambah....sedikit essen vanilla

Cara-cara:

  • Panaskan oven dlm suhu 160 C ( 315 F ) selama lebih kurang 15 minit.
  • Sapu loyang pembakar 4 segi ( saiz 9 x 13 inci ) dengan sedikit butter. Ida pakai loyang 4 segi saiz 18 cm lebih kurang.

Penyediaan Bahan A( lapisan bawah)

  • Dlm mangkuk sederhana bsr, gaulkan bersama tepung dan gula. Kemudian masukkan butter, uli sebati.
  • Ambil loyang tadi, tekankan doh crust rata keseluruh loyang. Tekan2 supaya mampat.
  • Bakar di dalam oven selama 15-18 minit/sehingga perang. Ida bakar selama 13 minit je, masa bakar boleh ditambah jika suka crust nmpk lebih gelap.

Penyediaan B(lapisan atas)

  • Dlm mangkuk besar, pukul telur sehingga ringgan.
  • Dlm bekas yg lain,satukan gula,baking powder, dan 1/4 cwn tepung tadi. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur dan kacau sebati/pukul sedikit.
  • Akhir sekali masukkan lemon juice,lemon zest dan kacau sebati.
  • Tuangkan ke atas crust yg dibakar tadi, kemudian bakar semula.
  • Naikkan suhu oven ke 350F. Ida pakai suhu 180 C, bakar selama 20-25 minit/sehingga masak.
  • Biarkan ia sejuk sedikit sebelum potong kepada bentuk bar yang kecil2...2x2cm/ikut selera masing2
  • Sprinkle/tabur dengan gula aising semasa menghidang.
  • Cookies ini lembab2 sedikit jadi selepas 2 hari perlu simpan di dalam peti ais supaya tahan lama/terus simpan di dalam peti ais setelah ianya sejuk.



4 comments:

hana said...

waa mcm best jerk da kukis nih.. kukis yg moist er? smlm dpt 5 balang kukis dr mak.. terus hepi semacam. mcm la ade org nk dtg beraya! kikiki...

Jagungmanis said...

Salam kak,
selamat berpuasa syawal yaa... :)

Ida,Japan said...

To Hana.....moist & lazat gitu, wahh dpt kuih raya ek...bestnyer,jamu kat tentera2 yg ada rasanya bole habih kut na...kalau tentera2 ida jap jer diaorg sapu..he..he

To Deetha....yapp, terima kasih ya

Unknown said...

More about the authorhere are the findings Get More Infothis page a fantastic readfind this