My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, September 4, 2010

Nasi Tomato I

Nasi tomato yang terpaksa possing dlm bekas bento ni je....hi.hi,tuan dia dah malas nak decorate kat dalam plate dah. Inilah dia nasi tomato untuk bento yang telah dihantar ke masjid hari Jumaat lepas...Pelengkap dia bersama ayam merah madu dan acar mentah. Untuk resepi acar mentah boleh tinjau kat label selera pantai timur, resepi ada kat bahagian nasi dagang versi I ya....
Untuk resepi nasi tomato leh la tgk kat bwh ye.....
Nasi Tomato
Bahan-bahan:
  • 4 cwn beras basmathi.....direndam 30 minit...ida pakai cup periuk nasi
  • 3 1/2 cwn air.......kuantiti air adalh bergantung kepada jenis beras yg dipakai ya
  • 1 cwn susu segar/susu cair...ida pakai susu segar
Bahan kisar
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bwg besar
Bahan untuk menumis
  • 3 ulas bwg putih #
  • 6 ulas bwg merah #...ida pakai 1/2 labu bwg besar
  • 1 inci halia #
Bahan bertanda # dihiris halus
  • 4 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 4 btg kecil kulit kayu manis
  • 2-3 sd bsr tomato puri....jika ada,jika tak ada....boleh pakai semuanya sos tomato..TAPI warna nasi kurang kemerahan
  • 2 sd bsr sos tomato
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 2 biji buah tomato......didadu kecil
  • 2 sd bsr minyak sapi
  • 1 sd bsr marjerin
  • sedikit tambahan lagi minyak masak
  • 1 sd besar gula
  • Garam secukupnya.....masukkan lebih kurang 4 sd teh dahulu
  • 2 helai daun pandan .....disimpul
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • Sedikit kismis
  • Sedikit bawang goreng sebagai hiasan
  • Sedikit daun sup/saderi dan daun bawang sebagai bahan hiasan...ida tak letak pun
Cara-cara:
  • Cairkan minyak sapi bersama marjerin. Masukkan sedikit lagi minyak masak.
  • Tumis rempah ratus seperti buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis bersama halia, bawang putih hiris dan bawang merah/bwg bsr hiris sehingga sedikit kekuningan.
  • Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk jintan2, buah tomato yg didadu....kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan pula tomato puri, sos tomato,gula,garam...kacau sekejap
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar, daun pandan dan susu segar. ..kacau sekejap dan tutup api.
  • Basuh beras basmathi di dalam periuk nasi, sejatkan sedikit airnya....ida tidak pakai penapis pun, hanya sejatkan sedikit air dia dengan sengetkan periuk nasi tersebut supaya baki air basuhan keluar . Jika masih ada lagi air basuhan, biarkan sahaja.....kerana inilah cara simple yang ida buat.
  • Tuangkan bahan rempah yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan 3 1/4 cawan air tadi dan kacau sebati.
  • Masak nasi sehingga empuk.
  • Jika hendak masukkan kismis...boleh masukkan semasa 15 minit terakhir nasi tengah masak. Taburkan sahaja kismis tersebut di atas nasi di dalam periuk.
  • Setelah nasi sudah masak, kacau sedikit agar kismis tadi sebati dan semasa menghidang, boleh la ditabur dengan bawag goreng, daun sup/daun saderi dan juga daun bawang.









Untuk resepi ayam merah madu ni....kemudian n3 k



4 comments:

Jagungmanis said...

salam kak, mau nasi tomatnya donk... :)

Nur Ede said...

Salam Ida..
Singgah pepagi umah ida nie.. sedap nyer nasi tomato ngan lauk ayam merah madu...ada lagi takk..

hana said...

salam da.. patut la ida baru lagi duk sini yer.. xpe la nnti dah terbiasa ngan keadaan sini so ida akan paham. nasik tomato bungkus satu! satu cukup la sbb hubby dah g konperens.. huhuuuu

Ida,Japan said...

K'Ede....ha..ha,dah tinggal bekas dahh

Hana...yap..baru tak baru..udah dekat setahun dahh na, sorry nasi sudah yilek...nasi ayam goreng ada lg...nak tak