My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, August 4, 2012

Tayang gambar kek Black Forest lak posa2 ni

Assalamualaikum semua........minta maaf banyak2 dari Ida sbb sunyi sepi jer dapur ni.
Alhamdulillah, syukur...kita dh pun masuk 17 Ramadan hari ini. Kejap jer kan....
Rasanya dh ramai tgh sibuk buat kuih raya kt dapur....ida, biasa la, kalau rajin buat la, kalau tak mcm biasa la. Maklum la, raya kt perantauan.......kemeriahan tu tak sama. Mood raya pun tak sama hiiiii.....

Apasal la, posa2 ni ida dok tayang kek pulak......masing2 sibuk mengukis. Ida lak baru nk tayang gambar kek awal puasa hari tu. Kek ni yg ida bawa ke majlis berbuka puasa 1 Ramadan lepas. Baru sempat nk post. 
Resepi kek blackforest ni ida amik kt my resepi oleh Sharm 1969. TQVM...katanya resepi ni dari blog Mawawandiha...tqvm di atas resepi yg simple dan sedap yer. Dah beberapa kali dh buat, cuma dulu tak berkesempatan nak letak resepi kt sini. Nak tgk dulu punya kt SINI atau ida juga ada buat versi mocha boleh tgk SANA

Kek Black Forest ( saiz 9" ).....kalau nk kek lebih besar,boleh buat 1 1/2 aduanan atau double k

Bahan-bahan:
  • 120 gm gula kastor......ida letak 150gm
  • 100 gm tepung gandum * Sharm guna tepung naik sendiri ( kali ni ida tambah 1/4 sk baking powder, sebelum ni buat tak tambah pon ok )
  • 20 gm serbuk koko......ida letak 30 gm*......* ida ayak bersama
  • 4 biji telur
  • 10 gm ovalette
  • 20 gm air sejuk......ida letak susu segar
  • 1 sk essen vanilla
  • 20 mls minyak jagung...ida letak minyak sayuran / boleh cairkan butter @ marjerin
Bahan krim: ( yg ida buat )
  • 400 mls whipping cream 
  • 6 - 7 sb gula halus / secukup rasa
  •  Secubit garam..sikit jer
Cara-cara:( krim )
  • campurkan semua bahan krim dan pukul hingga kembang dan pekat ( jgn terlalu pekat )

Cara-cara ( membuat kek & hias )

  • Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
  • Perlahankan putaran, masukkan minyak.
  • Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
  • Sejukan kek, potong 2 lapisan.( ida potong 3 lapis )Sapu krim dan letakkan beri.( ida sapu krim, sapu sikit jem blueberry dan tabur coklat parut  di setiap lapis ) Boleh tgk gambar kt bawah.
  • Letak lapisan akhir kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
  • Hiaslah mengikut citarasa kita.
  • Ida hias atasnya dgn jem blueberry yg dicampurkan sedikit dgn air panas + fresh blueberry. tepi atasnya dgn fresh sakuranbo/cherry jepun. Tepi kek lak, ida hias dgn parutan coklat masakan .....boleh gak guna chocolate rice.


 Snap masa kt majlis berbuka hari tu..sorry ye gambar tak brp elok.

Pssst...tqvm kpd yg sudi terjah sini dan kpd new followers..

3 comments:

ijayuji said...

Salam kak ida! salam ramadhan :D dulu2 suke mkn BFC nii, skrg ni pun suke jugak tapi tak berapa byk nak makan, kalau sepotong tu pun tak abis :D akak sihat ke? kita pun lepas puasa ni ilang2 balik lerrr, puasa2 ni jer lah ngidam itu ini :D

Mieza said...

Ida..selamat berpuasa..lama mieza tak ziarah sini..sibuk sgt ida..masyaAllah..kek ni buat mieza tak ketahuan..sedapnya kalau dapat 1 slice buat berbuka..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Cantiknya kek black forest tu dear! So neatly decorated...cun!

Selamat berpuasa dear!