My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, August 5, 2012

Tempahan cheesecake di bulan puasa

 Assalamualaikum......bersua kembali kita pada hari ini di alam maya. Alhamdulillah, syukur...dh masuk 18 Ramadan hari ini umat Islam menjalani ibadah puasa.

 Apasal la tuan rumah ni asyik tayang kek jaa...........sebenarnya ciskek ni tempahan dari Abg Nuri utk mkn2 saja katanya, kira lama juga dh dia & family menetap kt Nihon ni. 2 puterinya mmg cheesecake lover.....So, ida just buat simple deco ajalah but looked temptingkn! Jgn meleleh air liur dh la ye posa2 ni.he..he. Resepi asalnya ialah baked blueberry cheesecake,  ida amik kt myresepi by Alongroz..tqvm yer along. Tapi ida olah kpd Orange Cheesecake, minta maaf sbb sudah durhaka ....ida berkenan dgn basic adunan dia sebenarnya, rasa melonjak2 utk mencuba....wahhh!! kejadiannya nmpk sungguh lembut w'pun hanya dpt dilihat pada luaran shj...Dalamannya hanya tuan yg menempah shj yg boleh bagi komen...Mungkin penggunaan tepung jagung agaknya...sebelum ni, ida guna tepung gandum jer.
Insyaallah..satu hari, ida nk bake utk buat mkn2 kt umah pulak.

Orange Cheesecake II
Olahan dari SINI...tqvm

Bahan-bahan :
BASE ( ida buat resepi yg biasa ida buat )
  • 150 gm biskut cracker...ida pakai jenama Ritz yg kat sini
  • 100 gm butter/marjerin dicairkan
ADUNAN CHEESE
Bahan:
  • 300ml whipped cream
  • 500g cream cheese (ida guna jenama Anchor)....pada suhu bilik
  • 120g gula halus ( ida lebihkan kpd 170 gm )
  • 30 gm butter
  • 30g tepung jagung....ayak ( ida tak ayak pun )
  • 4 biji telur ayam...pukul sedikit
  • 1/2 biji lemon, perah air 
  • 2 sb jus pekat orange sunquick 
  • 1/4 sk garam...ida tambah
  • 1/2 sk essen vanilla..ida tambah
Ida guna loyang loose base saiz 20 cm
Cara membuat:

BASE
  • Panaskan oven dalam suhu 170 C selama 10 minit.
  • Kisar biskut  menggunakan blender kering sehingga hancur.
  • Cairkan butter/marjerin. Gaul serbuk biskut dgn buttercair.
  • Tekankan padat rata serbuk biskut ke dasar loyang loose base/spring form yang dialas dgn cooking sheet dan bakar selama 8 minit.
ADUNAN CHEESE
  • Terlebih dahulu, panaskan oven suhu 150 C selama 30 minit.
  • Pukul cream cheese bersama butter  sehingga smooth
  • Masukkan tepung jagung, garam, dan jus lemon/jus pekat oren sunquick....pukul hingga pekat.
  • Masukkan pula telur dan essen vanilla...ida letak 4 biji sekaligus, pukul sekejap dan sebati sahaja dengan menggunakan low speed
  • Tuangkan ke dlm loyang tadi yg disapu tepi dlmnya dgn sedikit butter.
  • Bakar secara water bath/steam bath dalam suhu 150 C selama lebih kurang 60 - 70 minit atau hingga masak iaitu loyang kek diletak ke dalam satu lagi loyang lebih besar yg diisi air panas.
  • Kalau boleh paras air separuh loyang kek, kalau tak dapat letak separuh air pun, pastikan loyang luar diletak air panas. PASTIKAN balut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tidak masuk.
  • Untuk elakkan permukaan kek gelap, pada saat2 akhir membakar atau lebih kurang 15 minit terakhir, tutup permukaan kek dengan aluminium foil.
  • ATAU letak rak besi ke dlm loyang/apa2 yg sesuai. Masukkan ke dalam oven, tuankan air panas ke dalam loyang tersebut. Kemudian letak loyang kek ke atas rak tadi. Bakar hingga masak.
  • Aapabila masak biarkan ia seketika dlm oven baru keluarkan
  • Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
  • Lorekkan bahagian tepi kek dgn menggunakan pisau yg nipis sebelum kek dikeluarkan dari loyang
  • Hiaslah mengikut citarasa.....atau boleh juga buat cara ida
  • Simpan sejuk dahulu di dalam peti selama 4 jam/semalaman baru sedap dimakan

HIASAN
Krim:
  • 100 mls whipping cream
  • 1 1/2 sb gula halus
  • 1 sb jus pekat oren 
cara:
Pukul semua bahan hingga kembang dan pekat
Glazing permukaan kek:
  • Sedikit jem aprikot
Bahan hiasan lain : Fresh cherry, chocolate & mandarin oren dlm tin

Ia sesuai juga dijadikan penghias meja makan anda di hari lebaran nanti.......rasanya ramai yg gemar mkn ciskek kan.

4 comments:

dapurCikWan said...

cw selalu buat versi chill je..next time bleh cuba versi bakar macam ni plak ;))

inahar ali said...

woww..cantiknye ida..terliur akak nengok bulan pose nih..hehe!

misshannajr said...

sedapnya rupa dia...rasa apatah lagi ni kan mst mebeles :)

susan said...

I really like this article please keep it up. See Instagram photos and videos from 'Gramho' hashtag.