My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, August 8, 2012

Chocolate Cornflakes Crunchy

Assalamualaikum.........
Baru mula mengukiss.........kalau rajin, ada la hasil yg seterusnya. 

Resepi kukis ni ida amik kt dapur kawan ida yg tinggal kt New Berlin, UK...tqvvm yer K'Baya. K'Baya ni sgt rajin & pandai memasak...mcm2, tapi dia bukan blogger. Kalau tgk pic open house raya dia...fuhhhh, boleh pengsan kalau ida yg boleh buat semua tu. Penuh satu meja, meja lain ada lagi......
Resepi kukis ni sgt simple & sgt sedap!......tak yah nk bentukkn cantik2 pon. Bagi ida yg penting rasanya. 
Ida ni sebenarnya jenis tak suka & tak rajin membelek lama2 buat kukis ni. Kalau boleh nk buat resepi yg simple2 jer tapi biar sedap. 

Chocolate Cornflakes Crunchy
Sumber : K'baya@New Berlin,UK

Bahan2 :-
(A)

  • 230 gram mentega
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 180 gram gula ( boleh letak 90g gula perang + 90g gula castor) 
(B)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
(C)
  • 50 gram cornflakes/ oats. ( i letak 35gcornflakes +15g nestum)...ida letak 100 gm ( ramas2 hancur sikit dulu ) 
  • 1 cup nuts yg disukai peanut/almond toast sekejap.( ida letak gajus yg dicincang sedikit ) 
  • 150 gram chocolate rice.( ida letak sikit sbb tak cukup stok )
(D)
  • 250 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
Cara2:-

ayak bahan2 (D) bersama. ketepikan.

  • pukul bahan2 (A) hingga kembang.( yg nie a must.. akak dah cuba tak pukul sampai kembang biskut tak sesedap yg dipukul kembang) 
  • masukkan (B) dan pukul lagi hingga kembang. 
  • masukkan (C) dan pukul hingga rata. 
  • masukkan (D) dan pukul/gaul hingga rata. 
  • bentukkan jadi bebola (guna sudu sukatan yang 1 sudu teh tu, 
  • bila guna sudu camtu, insyaallah, saiznya sekata). 
  • letakkan atas loyang (jarak antara 1 bebola dengan bebola 
  • lain dlm 1/2 inci) dan tekan sedikit dengan garfu. 
  • bakar pada suhu 170 celsius selama 15-17 minit.

Thumb up!! Memang sgt sedap & mmg crunchy.....len kali leh buat lagi. Cuma ida buat versi tak cukup chocolate rice....sbb sikit jer ada stok.


2 comments:

Nur-nba said...

Kak, Nur masuk list biskut yang mesti dicuba.. Mesti harum semerbak satu rumah.. :D

sasha anjani said...

Hem..nampak sedap dan simpel.nak coba...hehe..