My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, August 29, 2010

Ayam Goreng ala-ala KFC

Sesiapa dok merantau memang biasa buat ni....dah ramai rasanya yang mencuba,bole la hilang komponan nak makan ayam goreng di KFC tuu....Terkini ida nampak kat umah Kamalia. Katanya dia copy resepi dari rumah K,yati resepi asal dari rumah Ijan dah beberapa kali buat,hari ni goreng untuk anak-anak...dan baru le sempat snap pic. Terima kasih semua,ida letak resepi kat sini pulak ye...ida ada tambah sikit bahan-bahan ikut selera ida ni.
Bahan-bahan perap ayam
  • 6-8 ketul ayam ....ida pakai 1 ekor ayam kecil seberat 1 kg dipotong 12
  • 3 ulas bawang putih....ditumbuk( ida kisar )
  • sedikit garam
  • 1 sd besar serbuk cili....ida kurangkan
  • 1 sd kecil lada hitam...ida pakai serbuk
  • secubit baking powder....lupa letak tadi,sbb masak tak tgk resepi
  • secubit serbuk perasa.....ida pakai serbuk pati ayam

bahan ida tambah

  • 1 sd besar serbuk rempah soto
  • 1 inci halia dikisar

Bahan untuk tepung

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk/kisar...ida pakai yg serbuk
  • sedikit garam
  • 1 sd besar serbuk cili...ida kurangkan
  • 1 sd kecil lada hitam serbuk
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa.......ida pakai serbuk pati ayam
  • ida tambah 1 sd teh serbuk lada sulah

2 biji telur dikocok sahaja....untuk celup ayam

Cara-cara:

  • Ayam dibersihkan dan diperap dengan bahan perapan selama 1 jam....nak cepat td tak sempat nak perap
  • campurkan semua bahan tepung di dalam bekas.
  • Celup ayam dengan telur tadi
  • Salut ayam dengan campuran tepung.....untuk lebih salutan tepung,ulangi dengan mencelup semula ayam dengan telur dan salut sekali lagi dengan tepung
  • Goreng di dalam minyak yang banyak/penuh
  • Ida tutup kuali supaya ayam cepat masak dan menggunakan api yang sederhana besar sahaja semasa menggoreng.


1 comments:

Mas said...

ayam goreng ni peberet anak2 mas, ratah ,macam tu jer...sedapnya..