My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, August 26, 2010

Ikan Merah 3 Rasa


Selain dari ikan merah......ikan kerapu,bawal,siakap juga sedap dimasak style gini. Huhhh...kat Jepun ni susah gak nak jumpa ikan lain-lain tu. Ikan merah ni memang ada kat sini....kalau yang besar,memang mahal.Masa hari tu,ternampak ikan merah kecik kat kedai....harga kira ok la,kalau ikut yen Jepun( 399 yen sekor). Kalau convert...mak ai,dekat ngan RM15 sekor,kalau kat M'sia dah boleh dapat sekor yang besar. Ni masak mai taruk je ni.....emmm,sedapp.


Bahan-bahan:


  • 1 ekor ikan merah saiz kecil.....dibuang sisik,perut,dibersihkan serta dikelar melintang serong

  • 1 sd makan cili kering kisar

  • 2 ulas bawang putih *

  • 4 bawang merah *....ida pakai 1/4 labu bawang besar

  • 1/2 inci halia *

  • 2 ulas bawang putih#

  • 3 ulas bawang merah#

  • 1/2 inci halia#

Semua bahan yang bertanda * dikisar halus

  • 1/2 labu bawang besar saiz kecil....dihiris nipis

  • 1 biji buah tomato......dihiris nipis

  • 2 batang sayur asparagus ( optional )...dipotong serong panjang

  • 1/2 batang carrot bersaiz kecil....potong panjang
  • 1 sd makan sos ikan

  • 2 sd makan sos cili Thai

  • 2 sd makan sos cili

  • 2 sd makan sos tiram

  • Garam secukup rasa

  • Sedikit gula.....jika mahu,tak masukkan pun tak per,sebab sos cili Thai sudah manis.

  • Sedikit air

  • Minyak masak untuk menumis dan menggoreng ikan secukupnya

  • Sedikit tepung beras untuk salut ikan

  • 1/2 sd teh serbuk lada putih

Bahan hiasan

  • Sedikit bawang goreng

  • Sedikit daun bawang yang dihiris halus....ida tak letak

  • Sedikit daun sup......pun ida tak letak


Cara-cara:

  • Gaul ikan dengan serbuk lada sulah serta sedikit garam dlm 1/2 sd teh juga.

  • Selepas itu salutkan dengan tepung beras.
  • Goreng ikan di dalam minyak yang penuh sehingga sedikit garing.Angkat dan toskan dulu.

  • Setelah sejat minyaknya,letak ikan di dalam pinggan

  • Tumis bahan yang bertanda # dulu hingga kekuningan,masukkan bahan bertanda * dan juga cili kering kisar.Tumis sehingga baik bau.

  • Tambah sedikit air dlm 1/4 cawan dan kacau supaya bahan tumis tu tak hangit.

  • Masukkan semua bahan sos,garam secukupnya....gula jika nak tambah,ida masukkan dalam 1 sd teh.

  • Masukkan sayur asparagus, carrot dan akhir sekali tomato serta bawang besar.Masak hingga kuah sedikit pekat.Jika terpekat sangat,boleh tambah sedikit air panas.

  • Setelah kuahnya sudah masak,curahkan ke atas ikan tadi.Tabur dengan bahan hiasan.

  • Sedia dihidangkan bersama nasi putih serta lauk-pauk yang lain.




2 comments:

maz said...

salam ida..kita pun ske siakap msk 3 rsa ni..ada plak smbal blcan kan..cdpnyeee..

blogresipi.com said...

Bestnya ada ikan merah macam gini kat jepun. sini langsung tak ada... :(