My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, August 30, 2010

Sotong Sumbat Tauhu Lada Hitam

Salah satu menu berbuka petang semalam.....masak pakai hentam kromo jek ni,sotong tu bila disumbat jd camgini rupanye,kembung mcm tgh bunting. Ida masak versi bakar berkuah dalam oven, kalau masak secara kering sedikit dalam kuali non-stick lagi sedap, ida buat berkuah sedikit sebab menu lain tak berkuah semalam. Jom layan resepi lah....
Bahan-bahan A:
  • 2 ekor sotong bersaiz besar
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar saiz sederhana/5 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang serai *
Bahan2 bertanda * dikisar/ditumbuk
  • 2 sd teh serbuk lada hitam....kuantiti boleh dikurangkan/dilebihkan
  • sedikit air perahan lemon dr satu hiris kecil
  • 1/2 sd teh gula
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sd besar minyak
  • 1/2 sd teh serbuk kunyit
Bahan-bahan sumbat:
  • 1/2 keping tauhu tebal @ 1 keping tauhu nipis...ida guna tauhu lembut
  • 2 sd besar bread crumb( serbuk roti )
  • sayur tambahan optional.....kacang panjang/carrot dipotong halus
  • .....buah terung dipotong 2, disusun dalam dulang pembakar
  • sedikit garam
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
Cara-cara:
  • Perapkan sotong dengan bahan A sekejap
  • Ramaskan tauhu hingga hancur bersama bahan2 lain
  • Sumbat sotong dengan bahan tauhu tadi sehingga penuh
  • Untuk satukan badan sotong dengan kepala dia, satukan sotong bersama badannya, ambil lidi satay, cucukkan dari arah kepala sotong hingga ke badan sotong.
  • Letak sotong di dalam dulang pembakar/bakar dalam kuali non-stick, susun terung bersamanya.
  • Bakar dalam oven lebih kurang 20 minit/sehingga masak
  • Jika ingin berkuah,tambah hanya sedikit air
  • Jika suka kering tak perlu tambah air, kerana sotong akan berair sedikit semasa proses memasak. Jadi ia akan membantu lembutkan sotong semasa memasak.

3 comments:

kak Erna said...

salam ida..selamat ari raya..maaf zahir dan batin..
akak dah hampir siap.buat kuih raya..2 hari ni..tak masak..beli aje.
akak memang suka sotong..mesti sedap sotong sumbat tu kan..

Lovely Kitchen said...

Salam Ida...
camna keadaan brg2 tu fresh lagi tak? Batang kesum yg tua tu boleh semai...harap2 hidup dia..

maz said...

salam ida..brselera btul tgk mnu ida ni..dpt mratah pun sdp tu kan..