My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, August 25, 2010

Nasi Dagang Dengan Gulai Ikan versi I

Menu berbuka petang tadi......nasi dagang versi putih bersama gulai ikan versi kuning + acar mentah. Sambal cuka cili tak buat sebab tak der stok cili api merah. Kalau pakai beras nasi dagang,nasinyer kaler perang2 gitu..lagi sedap la.Kalau belah2 negeri Ida Kelate senang je nak dapatkan beras ni. Ida tak der beras tu so gabungkan beras biasa ngan beras pulut pun boleh juga. Jom tengok resepi dia...
Untuk melengkapkan menu nasi dagang ni,perlu ada:
  1. Nasi
  2. Gulai ikan versi kuning/versi merah...ikan tongkol adalah ikan yang paling sesuai
  3. Acar mentah
  4. Sambal cuka cili
  5. Telur rebus
Bahan-bahan nasinyer:
  • 3 cawan beras biasa
  • 1 cawan beras pulut
  • kalau nak lebih berpulut,juga boleh jadikan nisbah 2:2
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 cawan santan pekat....ida tidak menggunakan banyak santan
  • 4 ulas bawang putih*
  • 6 ulas bawang merah/1 labu kecil bawang besar*
  • 1 1/2 inci halia*
  • Sedikit tambahan air lagi jika perlu
Bahan bertanda * dimayang/dihiris halus
  • 1 1/2 sudu besar halba direndam sekejap
  • 3 sd teh garam/secukup rasa
  • 2 sd besar gula....boleh dikurangkan
Cara-cara:
  • Basuh dan rendam beras biasa bersama beras pulut selama lebih kurang 2-3 jam,kemudian toskan.
  • Panaskan air di dalam pengukus,kukus campuran beras selama 1/2 jam.
  • Setelah lebih kurang 1/2 jam,buka penutup pengukus,ambil 1 cawan air tadi renjiskan keseluruh nasi dan kacau sebati.
  • Kukus lagi lebih kurang 20 minit.
  • Satukan santan,bawang,halia,gula, garam dan halba di dalam mangkuk kecil.Tuangkan nasi ke dalam bekas besar.Kemudian masukkan campuran santan ke dalamnya....kacau sebati.
  • Kukus sekali lagi lebih kurang 30 minit @ sehingga masak
  • Pastikan setiap 10 minit kacau rata nasi supaya semua bahagian nasi masak sepenuhnya. Renjiskan tambahan air jika nasi masih keras.Sukatan air adalah bergantung kepada jenis beras yang kita pakai. Beras pulut +beras biasa yang ida pakai cepat lembut sebab itulah ida tidak menggunakan banyak air.
Bahan-bahan untuk gulai ikan:
  • 1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana...ida guna apa ikan yang ada kat Jepun ni,ikan tu besar..tapi tak tau nama dia.
  • 4 tangkai/lebih cili kering..kalau nak pedas boleh dilebihkan*
  • 1 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup....ida pakai serbuk kunyit je dalam 1/2 sd teh*
  • 1 sd besar serbuk jintan putih
  • 1 sd besar serbuk jintan manis
  • 1 sd besar rempah ketumbar biji/serbuk*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 8 ulas bawang merah/1 labu besar bawang besar*
Kisar semua bahan yang bertanda *
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 4 cawan santan pekat @ secukupnya
  • Air tambahan secukupnya untuk dalam kuah.
  • 1 /4 keping gula melaka
  • 1 sd besar kerisik
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
  • Rebuskan ikan bersama sedikit garam dan 1/2 keping asam keping
  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk
  • Tumiskan bahan kisar, masukkan juga serbuk jintan tadi...tumis sehingga naik bau
  • Masukkan santan,asam keping,gula melaka,garam,kerisik dan tambahan air....masak sehingga kuah pekat.
  • Masukkan ikan yang direbus tadi,didihkan lagi.
  • Setelah dah menggelegak & agak-agak dah cukup rasa,bolehlah tutup api gas.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi dagang tadi.

Gulai ikan versi kuning.....
Bahan-bahan acar mentah:
  • 2 biji timun.......potong ikut selera masing2 & rendam dengan sedikit air kapur
  • 1 batang carrot....potong & rendam dengan air kapur juga
  • 1/2 cawan cuka*
  • 2 sd bsr gula*
  • garam secukupnya*
  • kalau ada nenas...potong kecil-kecil ( ida tak letak )
  • 1/2 inci halia dihiris halus*
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus juga*
Cara-cara:
  • Satukan bahan yg bertanda * dalam mangkuk kecil,kacau sebati.
  • Dalam bekas,satukan timun,carrot dan nenas
  • Masukkan campuran yg bertanda * ke dalamnya..kacau sebati
  • Biarkan ia mesra seketika sebelum dimakan

Bahan untuk sambal cili cuka:
  • 1 cawan cili kecil merah/cili padi merah
  • 1/2 cawan cuka
  • 2 sd besar gula @ secukup rasa
  • Garam secukupnya
Cara-cara:
  • Blendkan bersama semua bahan
* Sambal ini jika di buat sehari sebelum dan simpan di dalam peti pun tak pe.Lagi lama lagi sedap rasanya.Ia juga sedap dimakan dengan nasi goreng,bihun goreng,letak dalam sup....


8 comments:

Kamalia said...

salam ida..dah lame nak buat ni,tapi sampai skang tak terbuat lagi..asyik tengok kat umah org je..nmpak sedap sgt tu..xtahan jadinye..aishhh..hehehe

mas said...

wah kak ida, nasi dagang satuu...sedapnya..terliur dah ni...

Lovely Kitchen said...

Idaaa!!! menu berbuka kita samalah...E-na pun wat nasi dagang gak semalam...guna beras wangi jasmine...

anie,Nagoya said...

handal mu...Ida org kelantan?ayah kita pun org kelantan.g kelantan cuma sekali je.nasi dagang tak berani nak buat.mesti tk jadi

Ida Ddapur said...

to lia...he..he buat jgn tak buat,nanti komponan lak
to mas...amik ler
to e-na..ye ke!!..sehati sejiwa la tu..maklumlah darah org pantai timur gak..

Ida Ddapur said...

to anie...tak la handal mano pun..oic,ayah anie mesti merantau negeri lain ni.

CIKGU ZAM said...

salam,
nasi dagang itu telah membuatkan diriku bertambah rindu pada laman kampung hehe
salam singah lawat dari saya, selamat berpuasa

Ida Ddapur said...

slm cikgu zam...thanks sudi singgah cini..org kelate jugakk ke?..slmt berpuasa juga,kelik kg raya ni.