My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, August 30, 2010

Solok Lada dan Terung

Short listed menu yang tertunggak untuk n3 kat sini....masukkan mana yang sempat dulu, yang lain-lain banyak lagi tengah beratur..he..he. Orang kelate panggil cili tu lada. Baru-baru ni pergi kedai kat sini...ternampak cili besar yg seakan-akan cili/lada besar kat negeriku..terus je beli, besar benor cili ni..lebih kurang sama besor dgn terung kecik kat sebelah dia tu. Bau dia mcm pedas, tapi bila masak... pedas-pedas manja je rasanya. Kalau lada yg sebenar...huhh,pedas dia,menyengit sampai ke telinga gitu. Solok ni biasanya dimakan bersama nasi kerabu...kalau makan ngan nasi putih pun ok gak. Teringat pulak kat mek( ibu ) kat kampung...dia cukup suka ngan solok ni. Bertungkus lumus la dia bila nak buat ni.....lekung2 bunyi menumbuk bahan-bahan pakai lesung batu. Ida kisar je..mana nak ada lesung batu kat sini.
Jom lah pandang2 resepi kat bawah nun...
Bahan-bahan :
  • 5 biji lada sebesar itu/10 biji lebih kurang kalau yg kecil
  • 2 biji terung saiz kecil
bahan sumbat :
  • 3 ekor ikan kembung/selar/selayang ....ida pakai ikan selar,ikan lebih pun tak pe,lg sedap
  • 5 biji bawang merah/1/2 labu bawang besar*
  • 2 batang serai*
  • 1 inci halia *
  • 2 cawan kelapa parut...ida pakai kelapa kering je..almaklum itu je yg ada kat sini
  • 1/2 - 1 sd besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sd teh lada hitam *
  • 1 sd besar budu..kalau ada/ida pakai sos ikan
  • 1 biji putih telur saiz A
  • 1 sd besar kerisik
  • 1/1 - 1 cawan santan cair....campurkan dengan 1/2 sd teh garam/secukup rasa
cara-cara:
  • Ikan dibersihkan dan direbus dengan sedikit air dan garam....rebus agak2 dah masak. Biarkan sejuk seketika, kemudian perisikan ikan sehingga habis. Isi ikan tadi ditumbuk/diramas hingga hancur.
  • Cili dan terung dibersihkan
  • Belah bahagian tengah cili dan terung....tapi jangan sampai putus.
  • Tumbuk/kisar bahan yang bertanda *
  • Gaul semua bahan sumbat hingga sebati
  • Ambil cili dan terung, sumbat bahan ini ke bahagian yang dibelah tadi sehingga penuh
  • Susun cili dan terung di dalam periuk...curahkan santan cair ke atasnya.Masak di atas api yang sederhana hingga empuk
  • Atau boleh dimasak dengan cara mengukus ...kalau boleh susun jangan bertindih di dalam periuk dan tak payah curah dengan santan cair ke atasnya.

4 comments:

anie,Nagoya said...

sekom...masakan kelantan tk penah buat.masakkan yg ada pun tak pas lagi..hihihihi...kita pun dah berbelas thun tak mkn.dulu kalo abah nak mkn mak yg buat....tp mkn isi je.lada kita buang..hahaha

Mas said...

salam kak ida, mas pun suka solok lada, kalau mas buat sama macam akak, cuma ikan tu mas tak rebus, ambik isi, haluskan dan gaul dgn bhn2 lain...sedapkan kak solok lada ni...lama dah tak buat, terliur dah ni...ha..ha..

hana said...

cili kat jepong mmg tk pedas langsung kan da kan.. rasa manis cam piman. lamanya tak wat nasik kerabu. rasanya dah setaun lebih.. hahahahaa

Nur Ede said...

Pertama kali singgah... weii... panadai nyer dier wat solok lada... akak pandai makan masa dok kat kelante dulu...mmg sedappp...