My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, September 3, 2010

Popiah Goreng I

Salam buat semua.....pejam-celik2..Ramadhan dah tinggal lebih kurang 6 hari je lagi, cepatnya masa berlalu,macam tak sedar pulak. Kebetulan semalam parcel yang kami order dari Baticrom dah sampai....termasuklah kulit popiah ni...Teringin nak makan popiah goreng, sebab dah lama tak makan, kalau tak order macam ni..gamaknya tak merasa ler.

Menu kuih untuk berbuka petang tadi ni...pas tu kebetulan kami diminta sediakan sedikit bento nasi untuk dihantar ke masjid hari ni...Ida buat nasi tomato bersama ayam merah madu dan acar mentah tadi. Ida selitkan kuih ni sebiji ke dalam setiap bento nasi
tu..Gambo nasi tomato kedian la masuk..panjang cerita sikit. Inti popiah ni, ida bubuh je apa yang ada kat esbox ida dan ikut citarasa ida sendiri. Jomlah layan resepi sempoi ni..
Bahan-bahan :
  • Kulit popiah yang mencukupi....tadi ida pakai dalam lebih kurang 30 biji
  • 2 sd tepung gandum bancuh pekat dengan sedikit air untuk jadikan sebagai gam bagi melekatkan kulit popiah di akhir menggulung.

Bahan inti:

  • 10 ekor udang basah atau lebih..ida pakai saiz yang besar sikit
  • 1/2 biji kobis
  • 1 batang carrot
  • 1 @ 2 biji ubi kentang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana
  • 1 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sd teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sd teh serbuk pati ayam
  • sedikit garam
  • 1/2 sd teh gula
  • Optional lain sayur taugeh....ida tak letak
  • Sedikit minyak sahaja untuk menumis
  • Sedikit air
  • Sedikit bawang goreng..dlm 2 sd besar

Cara-cara:

  • Udang basah dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong kecil2
  • Kobis diracik halus
  • Carrot/lobak merah dikupas kulit, disagat kasar @ boleh juga dihiris memanjang halus2.
  • Kentang dikupas kulit, bersihkan dan dipotong halus panjang2
  • Bawang putih dicincang halus
  • Bawang besar didadu halus
  • Tumiskan bawang putih hingga kekuningan, masukkan bawang besar....goreng sehingga sedikit garing
  • Pertama sekali masukkan ubi kentang yang dipotong memanjang, goreng bersama bawang hingga sedikit empuk. Masukkan sedikit air sahaja dalam 1/4 cawan atau kurang bagi memudahkan ubi kentang empuk
  • Masukkan udang basah yang dipotong kecil2 tadi, sedikit garam dahulu, serbuk lada sulah.
  • Kacau sekejap agak2 udang separuh masak. Kemudian masukkan sayuran, gula, sedikit garam lagi, serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam. Kacau sekejap agak-agak sebati sahaja dan terus tutup api. Jangan kacau terlalu lama,tak perlu sampai empuk kerana selepas ini popiah yang siap digulung akan digoreng.
  • Setelah itu, tuangkan campuran inti ini kedalam penyejat/penapis supaya lebihan air dari sayur2 tersebut tersejat keluar. Ambil bawang goreng tadi, gaulkan bersama bahan ini inti ini. Jika inti terlalu basah, ia akan memudahkan kulit popiah tadi terkoyak
  • Setelah air dari inti tersejat keluar, bolehlah memulakan proses menggulung.
  • Ambil sekeping kulit popiah...hati2 semasa meleraikan kulit dari rakannya yang lain, buat perlahan2 slow & steady sebab takut ia terkoyak. Tutup atas balance kulit yang lain dengan kain lembab yang bersih bagi mengelakkan kulit tersebut kering &...kain jangan terlalu basah, nanti karang rosak pulak kulit popiah tu.
  • Masukkan inti secukupnya dihujung salah satu bucu kulit, gulung kemas2. Penghujung bucu / diakhir penggulungan kulit itu....gamkan dengan bancuhan pekat tepung gandum tadi.
  • Lakukan sehingga habis.
  • Goreng di dalam minyak yang penuh dan api yang sederhana sahaja sehingga garing.
  • Jika tidak habis digoreng, baki popiah tadi boleh disimpan beku untuk di goreng bila2 masa sahaja.

Selamat Mencuba....





7 comments:

ijayuji said...

Salam kak ida! sedapnyer popiah! hb kita pun suke makan popiah tp kita pulak dah dekat setahun tak buat hihihi.. punyer lah malas! :D malas nak buat inti dia jerrr yg lain2 tu kira rajin lagi :D Owwhh.. kita ikut hb kat sini, hb kena kerja kat sini dah dekat 7 tahun ddk kat bangkok, sbb tak de kerja kat jepun sana tu :D kita tak kerjalah kan kalau duk ikut2 ni nanti kena antor balik negara ehehehe..

hana said...

salam ida.. dah mempopia yer! kite nyer dah abes nak kene order lg la nih nampak gayanya... ida duk jepon dah bape lama yer?

Ida,Japan said...

To Ika...
ohh ye ke,ikut hb kerja ye..dah lama dah tu,mesti dah sebati dgn budaya Thai..

To hana..
Yap.dah dpt kulitnyer..apa lg mempopiah la terus, maklum sbb dah lama tak mkn
Pejam celik2..na,ida dah dekat 1 tahun dah kat sini, bulan 10 ni, setahun la kat sini..mcm tak percaya lak

Mas said...

salam kak ida, wah banyaknya buat popia, rajin la akak ni...terliur la tengok popia akak tu..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ida..wah!nampak sedap popia ida tuh..rajen mem'popiah' kt japan nun..hihi

Bibu said...

sekom Ida.ari ni kita pun buat popia tuk buka..simple sgt.....ini menu tuk org malas cam kita..hihihi

Ida,Japan said...

To Mas...kena merajinkn diri sbb tuan empunya sendiri tingin nak mkn...buat lebih sikit utk selit kat bento makanan2 nak bawa ke masjid tu smlm..

To k'atie
sekali sekala merajinkan diri hi..hi

To anie
huish...mana ada mls tu, bukan senang gak...kena buat inti,pas tu menggulung lak...baru leh goreng