My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, September 26, 2011

Chicken Tempura Breadcrumb

Salam dihari Selasa buat semua..........jutaan terima kasih di atas kunjungan ke HCT. Hari ini ida nak share resepi ringkas, pasti sedap dan pasti digemari anak-anak. Anak2 ida sangat2 suka ayam digoreng style cam ni. Ida selalu masak lauk ni sebagai bento/bekal diaorg ke sekolah.Buat pengetahuan semua,, makanan bergoreng breadcrumb ni adalah satu salah satu makanan lazim/menu kegemaran orang Jepun selain daripada goreng tempura biasa. Cuma apa yang ida buat kali ni, ida gabungkan dua2 bahan tersebut...tempura + breadcrumb. Memang sangat rangup hasilnya.
Ida biasanya menggunakan 'boneless chicken' lebih senang utk anak2 makan. selain daripada ayam.....ikan, udang, sotong, fishcake,chikuwa serta lain2 juga sedap digoreng macam ni.

Bahan-bahan perap ayam:
  • 5 keping boneless chicken
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 1 1/2  sdb mayonis
  • garam seukup rasa
Bahan salut:
  • 2 cawan tepung tempura@secukupnya
  • Air secukupnya utk bancuh tepung tempura atau lebih kurang 1 1/2 cwn
  • Sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam.#
  • 2 cawan serbuk roti/breadcrumbs @ secukupnya
Cara membuatnya:
  • Ayam dibersihkan, dipotong 2 @ saiz yang sesuai
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Gaul ayam bersama bahan * dan bahan lain...perap seketika
  • Bancuh tepung tempura dgn air serta #
  • Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung, kemudian lumurkan dengan serbuk roti/breadcrumb
  • Goreng hingga masak dan garing di dalam minyak yang banyak.
*Selain utk dimkn bersama nasi, ida pernah buat ayam style gini utk set 'chicken chop'...tak sempat nk amik pic pun.  Ida pernah post n3 'Chicken Chop'versi celup tepung biasa jer baru. 

Sebenarnya kali ni ida masak ayam ni sebagai pelengkap bento nasi lemak kat bawah. Bento ni sebagai lunch utk kawan kami yang baru sampai dari M'sia ke sini semalam. Untuk makan malam kami jemput mereka  makan kat rumah kami. ...menu dinner pulak ida buat Nasi Ayam Ipoh dan Laksa Utara....dua2 pun sedapkan. Ye la, hari pertama sampai ke bumi Nihon, mana la ada lagi kelengkapan bahan utk masak kan.  Jadi ini sahajalah bantuan dari bahagian ida sendiri, lain2 bantuan tu hubby yang uruskan.
Ini lah bento nasi lemak ida buat semalam........bila2 free ida n3 resepi nasi lemak & sambal bilis tu
Contoh tepung tempura kt Japan. TQVM to e-na ( Lovely Kitchen ) krn memperkenalkan tepung tempura ni. Ia lebih ranggup dari yg ida biasa guna...sayang e-na..mmmuahhh!

20 comments:

Amie said...

Assalam Ida... nak juga bento tu.... sedap sungguh CTB...rasa nak ambil je seketullll!

AI said...

- kalau gi jepun nnti nak cari ida lah...hehehe

Gee® said...

waaa... mesti krap krup makan ayam tu kan... yummy!!

Liza said...

alamak...tempura la pulak..peberet giler tu, tak kiralah apa2 pun, jnji yg digrg ngan tpg tempura...bestttt

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedapnyer
kids mmg suka ayam jenis ni
leh try tepung tu nanty

lina said...

salam ida - menarik sekali ayam tempura.

izahdaut said...

kak idaa..memang nampak menarik la.. nak try jugak la. breadcrum pun banyak lagi tu.. tq tq kak

Acik Erna said...

assalam ida..terima kasih..akak pun nak pi cari tepung tempura dan breadcrumbs dulu baru dapat buat ni..ambik resepi dulu ye..

tun_telani said...

salam kak ida.. kalau guna tepung ayam kepci tu lbh kurang laa kan.. ke ada special tepung tempura? (last2 beli je ayam goreng tempura yg dh siap.. hihi)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ida...Ishhhh sedapnya ayam tempura ni...mesti rangup-rangup jeeeee

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam ida,kalu dah rangup mesti,budak2 suka tapi mak budak pun suka ni

Ucu Faridah said...

salam ida...sihat ke ?
breadcrumbs dah ada, tinggal cari ayam + tepung tempura lepas ni...
selalu ucu guna b/crumbs ni utk masak roti salut sosej jer...

Ummi said...

Assalam Ida, weee ayam msak camni, kalau dpt kat Aiman si bongsu akak tuh...harus dia ratah je ler... :)

nuwairani ismail said...

kalau buka blog kak ida ni terus teringat masakan2 kat sana. rindunya nak pegi lagi...

sasha rahmat said...

salam kenal ida ...wahhh suka2 sy dpt tmbh fren...i follow u:))) nway nice blog u have here!!

Juwita Jamaludin said...

ita suka juga pakai tepng tu sedap kak .. buat tempura.. yum2 .. betl2 makan dengan nasi lemak sedap...

thanks kak atas doa dan ingatan pada fathnin

Kak Sam said...

gambo yang menawan kalbu

kasihredha said...

tengok gambar pun dah suka..
sedapppp

E-na Lovely Kitchen said...

Kami dari mula dtg nihon dok guna tepung tempura ni ida...1st time guna dah jatuh hati dgn keranggupannya tu yg tak pernah beralih arah...skrg dok pk ada ke tepung ni kat JUSCO Malaysia...balik nnt kena bawa stok bebanyak...

mmg sedap buat ayam tempura mcm ni...ikan, udang semua boleh...ratah je pun habis!

aLeesYa's Mummy said...

waa..ruginya x beli tepung ni ms g jepun hr tu..x brani beli apa2 pn bhn utk mskan kt jepun sbb x tahu halal ke tak..