My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, December 29, 2011

Nasi Minyak Oren Sunquick

Assalamualaikum dan salam sejahtera........alhamdulillah dapat juga kita bersua kembali di alam maya ini....Nampaknya tahun 2012 semakin menjelang tiba.....Orang jepun pun dah start cuti, anak2 sekolah pun baik sekolah rendah, maupun tadika pun dah mula cuti. Dekat seminggu juga dia orang ni cuti. Berkumpul bersama keluarga dan makan besar pada tahun baru memang menjadi adat masyarakat Jepun. Anak2 akan pulang ke rumah ibu-bapa dan berkumpul beramai-ramai. Ia lebih kurang sama ngan kaum Cina menyambut Chinese New Year la.
Siang2 ida  memang sibuk sangat lebih2 lagi bila semua anak2 ada kat rumah. Selepas n3 malam ni, mungkin ida terpaksa bercuti beberapa hari dari berblogging sbb pagi sabtu ni ada warga baru dari M'sia akan sampai ke Nihon jadi ida nak sediakan makan2 sikit utk b/fast merangkap ke lunch terus. Mereka ni pun kawan husband ida juga. Dan sempena cuti tahun baru ni, plan nak gi jalan2 main salji sama..insyaallah.

Berbalik kpd main story malam ni, nasi minyak oren sunquick ni ida buat last week kut rasanya. Biasanya ida buat nasi minyak biasa, kali ni ida tambah jus pekat oren sunquick ke dalam nasi minyak kali ni...Emmm, wanginya..satu rumah boleh bau aroma oren masa masak nasi ni.


Set nasi minyak oren sunquick ida ni mengandungi :
  1. Nasi minyak oren sunquick........resepi ada kt bawah
  2. Ayam kurma...resepi klik SINI
  3. Fried prawn with fine butter eggs....resepi klik SINI
  4. Acar tomato biasa2 jer
 Bahan-bahan:
  • 6 pot/cawan beras Basmathi.....rendam 1/2 jam kemudian dibasuh & disejat
  • 3 sb besar minyak sapi + 2 sb butter
  • 2 helai daun pandan (disimpul)..jika ada
  • 1 cawan susu segar / susu cair
  • 6 cawan air
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 3 sb jus pekat oren sunquick
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit kismis
  • Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan
  • Bawang goreng jika ada....ida dh abis stok
  • Daun bawang....hiris halus
Bahan menumis:
  • 1 inci halia....hiris halus
  • 4 ulas bawang putih....hiris nipis
  • 1/4 labu bawang besar...hiris nipis
  • 2 tangkai daun ketumbar....potong panjang2
  • 3 helai daun bay.....optional
  • 2 batang pendek kulit kayu manis ( 3 cm each )
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
Bahan dikisar:
  • 1/2 labu bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-Cara:
  • Panaskan minyak sapi dan butter di dalam periuk. Masukkan bahan penumis.....tumis hingga sedikit kekuningan dan naik bau
  • Masukkan pula bahan kisar, sedikit garam, serbuk pati ayam, daun pandan....tumis hingga sedikit garing dan naik bau
  • Masukkan beras dan jus oren .....gaul sebati. Tutup api.
  • Masukkan air dan susu...kacau sebati.
  • Masak nasi seperti biasa....ida guna rice cooker
  • Pada masa 20 minit terakhir baru letak pewarna kuning beberapa titik dan tabur kismis...teruskan memasak. 
  • Jika masak menggunakan periuk biasa/masak atas dapur gas, biar ia menggelegak. Kacau sekali sekala. Apabila airnya hampir kering, perlahan api. Jika air sudah kering, titikkn pewarna kuning dan tabur kismis, baru tutup periuk nasi dan perlahankan api ( guna api kecil sahaja ). Tunggu hingga nasi masak.
  • Apabila nasi sudah masak, gembur2 kan sedikit 
  • Hias dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.
Sedia dihidangkan dengan lauk dan sayur pilihan


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 ida ucapkan kepada semua teman2 blogger dan semua pengunjung ke HCT serta followers yg disayangi.....dan sampai bertemu lagi di tahun baru....'HAPPY NEW YEAR'
Minta ampun minta maaf jika ada tersalah tersilap, jika ada yang terkurang di setiap resepi dari ida dan tidak kesempatan utk buat kunjung balas. Terima kasih banyak2.......dan tak lupa juga kepada yg sudi follow...TQVM...itu sahaja yang mampu ida ucapkan...mmmuahhhhhhhhh!!!!

15 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

owh ayu suker bab try menu set nasik ni....nnt wajib try...now not feeling well

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Wah satu kelainan ni ida.

kasihredha said...

sure wangi...tak pernah makan nasi minyak oren sunquik ni...boleh cuba nanti

Yat Maria said...

Ida

wahhhhhhhhhhhh..sodap ni!something different..

Have a Happy 2012, Ida :)

Azlita Aziz said...

salam ida

mesti harum dengan bau oren nasi ni kan.. nampak menyelerakan
pasti di cuba!

cik cek said...

Bestnya set nasi minyak nai...kaler nasi tu cantikkkk...kuning oren terang...menggoda mata ...menggoda perut jugak...:)

MOKCIK AZWA said...

MIL Azwa memang makanan dia lah masak nasi minyak nie..cuma Azwa jer yang tak lulus lulus lagik bab memasak nasi minyak ngan nasi dagang hehehe, terutama bab gulai aduhaiii..

err Ida..jus oren tu bila masa kita letak..masa masukkan air ngan susu ker?

rahel said...

Tolonglah Kak Idah...sedap banget nampaknya menu tu..jarang org masak nasi oren sunquick..menarik sangat resepinya.

Siti Aisya mzm-fc said...

wah sedapnya nasi minyak tu.saya biasa tengok nenek saya masak nasi minyak letak air fanta oren..Ida guna snquick..cam sedap.thanks nanti nak cuba masak hehe

Amie said...

lawa nasinya ye... sedap, boleh makan dengan macam2 lauk!

quinnie said...

salam kak ida..wah ada set nasi minyak..rajin betul...apa rasa nasi ni ye kak? ada rasa oren ke? teringin jugak nak cuba satu hari nanti....:)

JaSSNaNi said...

SELAMAT MENYAMBUT 2012... :)

maxwell said...

Are you searching for the Best Thin Gaming Laptop under 2000? ? Gaming is the most joyful activity that people perform in their spare time. The gamers have their PC for playing multiple games.

Sarah Wilson said...

As much as there are discouragements, it is true that mathematics is hard. Like in my case, I was never discouraged by anyone about math but I still find it very hard and that is why I am requesting your math assignment help. I am tired of struggling with mathematics and spending sleepless nights trying to solve sums that I still don’t get right. Having gone through your math homework help, I am sure that I will get the right help through you. Please tell me what I need to be able to hire you.

mcfetoo said...

cheap designer bags replica g46 g2n84o6t83 replica gucci bags q56 p1s28q0j17 best replica designer i05 v2w75r1p76