My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, January 20, 2012

Cheesecake .......just plain

Salam kembali semula.............story one week ago also.....cheesecake yg diorder oleh kawan ida kt sini iaitu aimi utk 1st birthday little boy Mujahid last Friday. Sebelum deco kek ladybird anak ida, ida siapkan kek ni pada hari sebelumnya. Selang sehari birthday cute boy ni sebelum birthday anak ida Qistina.

Kek gambar keta......alahai comot lak acik deco ya.....gomen ne ya Mujahid.



Resepi asal plain cheesecake : junjungbuih
Ubahsuai oleh : Happy Cooking Time
Resepi plain cheesecake
BASE
  • 150 gm biskut cracker...ida pakai jenama Ritz yg kat sini
  • 70 gm butter dicairkan
  • 1 sd besar honey/boleh letak 1/2 sb gula halus
ADUNAN CHEESE
Bahan:
  • 300ml whipped cream
  • 400g cream cheese (Philadelphia)
  • 140g gula halus
  • 45g tepung gandum
  • 4 biji telur ayam saiz LL / A atau 4 1/2 biji saiz M
  • 1/4 biji lemon, perah air atau 1  1/2 sb oren sunquick pekat
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sk essen vanilla
Ida guna loyang loose base saiz 20 cm
Cara membuat:
BASE
  • Panaskan oven dalam suhu 170 C selama 10 minit.
  • Kisar biskut bersama butter cair dan honey / gula dgn menggunakan blender kering sehingga hancur.
  • Tekankan padat rata serbuk biskut ke dasar loyang loose base/spring form yang dialas dgn cooking sheet dan bakar selama 8 minit.
ADUNAN CHEESE
  • Cara asal : Masukkan semua bahan ke dalam blender yang bersaiz besar.
  • Blend selama 2 minit atau hingga jadi krim
  • Sapu tepi dlm loyang dgn sedikit butter.
  • Tapis ke dalam loyang yg ada base biskut atau boleh juga terus tuang ke dlm loyang....kalau tapis lebih baik.
ATAU jika tiada blender bersaiz besar boleh buat cara bawah:
  • Pukul cream cheese bersama gula dan whipping cream sehingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum, garam, dan jus lemon/jus pekat oren sunquick....pukul sebati sahaja.
  • Masukkan pula telur dan essen vanilla...ida letak 4 biji sekaligus, pukul sekejap dan sebati sahaja dengan menggunakan low speed
  • Tuangkan ke dlm loyang yg disapu tepi dlmnya dgn sedikit butter.
  • Bakar secara water bath/steam bath dalam suhu 150 C selama lebih kurang 60 - 70 minit atau hingga masak iaitu loyang kek diletak ke dalam satu lagi loyang lebih besar yg diisi air panas.
  • Kalau boleh paras air separuh loyang kek, kalau tak dapat letak separuh air pun, pastikan loyang luar diletak air panas. PASTIKAN balut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tidak masuk.
  • Untuk elakkan permukaan kek gelap, pada saat2 akhir membakar atau lebih kurang 15 minit terakhir, tutup permukaan kek dengan aluminium foil.
  • ATAU jika tiada loyang yg lebih besar utk bawahnya, boleh guna loyang yg lebih kecil, pastikan loyang tersebut dimasukkan separuh air panas. Letak pula loyang kek ke atasnya dan bakar hingga masak. Loyang kek tak perlu dibalut dgn aluminium foil  sbb bahagian bawahnya tidak kena air.
  • Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
  • Lorekkan bahagian tepi kek dgn menggunakan pisau yg nipis sebelum kek dikeluarkan dari loyang
  • Hiaslah mengikut citarasa.....atau boleh juga buat cara ida
  • Simpan sejuk dahulu di dalam peti selama 4 jam/semalaman baru sedap dimakan

BAHAN UNTUK KRIM( boleh lebihkan jika nk deco banyak )
    • 200 mls whipping cream
    • 2 1/2 sd besar gula atau secukup rasa 
    • 1/4 sk garam
    • 1/2 sb jus pekat oren sunquick
    • Pewarna pilihan ( food colouring )
    Cara-cara:
    • Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali jus oren pekat dan pukul hingga hampir pekat baru masukkan jus pekat oren.
    • Pukul lagi hingga sedikit pekat ( jangan terlalu pekat, nanti susah utk hias pada kek )
    • Bahagikan kpd beberapa bahagian dan warnakan.
    • Guna pipping bag bersama noozle yang sesuai untuk menghias krim  pada kek

 Hepi belated birthday to Mujahid kun.......mekasih banyak2 kpd Aimi krn sudi order..dlm mood kemalas-malasan sebenarnya ni, tapi amik gak la ordernya....aimi tgh tunggu masa utk deliver baby yg ke-3, semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t yer...
TQVVM for visiting here.......mintak maaf byk2 sbb masa sgt terhad utk kunjung balas skrg ni....kunjungan dan komen dari kawan2 yg disayangi pada n3 yg lepas2 amat ida hargai...

7 comments:

rahel said...

Salam Kak Ida,lama tak singgah kat sini..klu yg namanya ciskek..tak kisahlah..yg plain k..yg...modern k..tetap Rahel suka..enak banget..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ida..cantik kek tu..dah lama kak ros tak jenguk dapur ida.Skolah dah buka sibuk memanjang le ka ros ni.

Asmara said...

kak Ida! moga sihat selalu. pengsan tengok kek2 kak ida yg cantik2. ni kalau dekat mmg saya amik order dr akak je. hehe..

Acik Erna said...

assalam ida..pandai dah tu ida mendeco..cantik..tak nampak comot pun..

Ucu Faridah said...

salam ida....cantik jer warna cars tu....

nOOrsha said...

salam kak ida..cantiikk!! akak memang pandai deco.. salute saya kat akak....leh bukak bakery ni :)

Gee® said...

cantek kek...