My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, October 13, 2011

Okonomiyaki


Slm semua.........nak tahu ni la dia salah satu makanan jepun yang semua anak2 ida suka sangat selain takoyaki dan udon. Kalau sushi, onigiri.....ada yang sgt gemar dan ada yang sikit2 gemar. Okonomiyaki atau dgn kata lain 'Japanese Style Pancake' atau 'Japanese Pizza'. Ia adalah salah satu makanan yang sgt femes pada masyarakat Jepun. Macam2 versi ada sebenarnya ....ada yang letak mee juga sebagai tambahan tapi ida buat yang menggunakan tepung gandum,kobis sbg bahan asas disamping bahan2 lain.. Jika nak gunakan tepung okonomiyaki pun boleh juga dan bancuhan hendaklah ikut arahan pada peket tepung tersebut k. Ida guna tepung gandum biasa jer, pun sedapp.


Topping atasnya ida hanya letak sos takoyaki( sepatutnya sos okonomiyaki ), mayonis, serbuk seaweed/nori dan dried bonito flakes/katsuobushi. Okonomiyaki ni nak kena makan semasa panas2....memang sedap. Sudah berkali-kali buat sbb mmg feberet yg amat anak-anak ida. Tapi yang heran budak2 ni, bila menda ni ada sayur kobis..makan la pulak, kalau cuba bagi sayur kobis yg digoreng jer/lain2 ....mmg tak makannyer.

Resepi ida juga ada rujuk kat japanesefood.about.com dan ida ubahsuai ikut kesesuaian ida. Len kali ida post resepi takoyaki lak k...bila tu?, takoyaki ada la beberapa kali buat, sbb agak leceh sedikit sms nk memasaknyer jadi bulat2.....lambat nak siap, tang masuk mulut kejap jer..
Ok la jom kita layan resepi yang mudah dan pasti sedap.

Note : Jika menggunakan tepung okonomiyaki, sila ikut arahan pada peket.
Resepi Okonomiyaki
saiz 1 biji sederhana
Bahan A:
  • 1 cawan tepung gandum( cawan yg sukatannya 200 mls)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air atau boleh lebihkan sedikit atau kurangkan sikit
  • 1/2 sk baking powder
  • Sedikit garam
  • 1 sk gula
  • 1 sk serbuk pati ikan bilis atau boleh letak serbuk dashi
  • 2 cawan hirisan halus kobis....kadang2 ida letak lebih
  • 1/2 batang carrot hiris halus/sagat 
  • 4 tangkai daun bawang dihiris
  • 1/2 labu bawang besar didadu
  • Hirisan sosej atau boleh letak udang, crabstick, hirisan nipis daging, sotong dan sebagainya
Contoh Topping:
  • Sos okonomiyaki ( ida pakai sos takoyaki jer )
  • Mayonis
  • Serbuk seaweed/nori/rumpai laut
  • Dried bonito flakes/ikan panggang sagat
  • Dried shrimp
Cara-cara:
  • Gaul sebati bahan A dlm mangkuk
  • Sediakan kuali leper, panaskan sedikit minyak seperti hendak goreng telur dadar jer.
  • Masak seperti hendak membuat lempeng Malaysia tapi tebal sikit.
  • Biarkan bahagian bawah agak sudah masak dan garing sedikit baru terbalikkan. Boleh lihat gambar kat bawah.



  • Setelah sudah masak angkat dan letak di dalam pinggan leper/dulang bulat. 
  • Picitkan sos okonomiyaki( ida letak sos takoyaki), tabur dgn bonito flakes serta serbuk nori/seaweed, kemudian picitkan mayonis.
  • Potong macam pizza.
  • Sedia dihidangkan panas-panas.
Psst : Jika tiada sos okonomiyaki, boleh buat sendiri dgn mencampur sedikit kicap pekat,  sos tomato dan worcestershire sauce, nak pedas, boleh tambah sos cili....rasa lain sikit la. ATAU boleh topping dgn sos cili dan mayonis shj.

25 comments:

Kak Sam said...

Bila le agaknya dapat makan benda cam gini

Sheila Shafeareen said...

Salam..lama betul x mkn n x buat....lupa pulak kat manu ni ..sdp ank2 suka...kena g cari bhn dula kat japanes food jusco

E-na Lovely Kitchen said...

fav bdk2 kt umah ni juge!!!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

keciwaaaaaaaaaaaaaa
uwaaaa meraung ni
saja nk rasa air tangan akak
maybe next time la kot

wawa abdullah said...

beshnye..next time boleh try ni.. :)

Wani Fadhilah said...

salam.. sedapnya! ni favourite wani jg..dah lama xmkan..tringin nak buat tp xbuat2 smpai la sekarang..k ida dah upload resepi, boleh la wani buat lepas ni...

anymz said...

salam ida,sedapnyaaaaa okonomiyaki.haha..akak dah rasa masa anie nagoya dari blog love balik mesia tu hari.tak puas rasanya..ermmm..teringin nak makan lagi.....huhuhu

Acik Erna said...

ida..memang sedap betul tu..sebab tengok kat komen ena..anak2 dia pun suka.

Juwita Jamaludin said...

kak ida suka juga okomiyaki.. tapi ita selalu buat takoyaki.. hihi lama tak buat leh la buat plak

Nieza said...

nampak sedap la kak ida...tak pernah mkn lagi....teringin nk rasa:)

quinnie said...

kak ida...kalau nak tengok saya buat resepi ni tah thn bila agaknya baru dicuba...hahhahah...

cik cek said...

Menarik....tapi memang ragam anak2 kan...sayo kobis cam tu je tak makan ek..bila masak cam ni makan pulak..he he....selera anak2...bila menu yg diorg suka makan tula yg kita selalu masakkan...:D

kasihredha said...

nanti ida masak kan unk akak ye.. :-)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ida.Kak Ros ni jakun sikit makanan jepun..asyik buat makanan org putih aje.Yang ni kak Ros pasti nak cuba,Nampak sedap.

Lieya said...

Iskkkk mcm sedap je... macam nak try jugaklaaaa....

Liza said...

salam..bila la liza nk merasa mkn benda alah ni...pos sini sikit blh..

Asmara said...

Kak Ida, rumah kami ni pun sama. wajib ada japanese food tiap minggu. nasib baik sng2 makanannya nak buat kan. hehe..

Mamasya said...

Aslmkum Ida..

belum pernah rasa....nampak menarik. biasa kalau budak2 suka....pasti sedap....

Amie said...

la....lewat sampai, flight asyik delay...mesti dah tak ada lagi okonomiyaki yang lazat ni... bawa balik tapau kosong ni... hu hu huuu

kzai said...

salam ida...mesti sedap okonimiyaki ni..sbb anak2 ida suka..tgk pun dh tau sedap..anak akak suka sgt mkn takoyaki..tp main beli je..termasuklah mak nye sekali..hehehe.yg ni x pernah jumpa lg..jakun sikit ni..
ida..kretif ida deko kek kt bwh tu..cantik..mesti empunya diri suka sgt2..

アヌム ちゃん said...

waa xpenah try lg buat okonomiyaki sendiri.huhu

ady said...

as-salam
ingatkan pizza tadi..npk sedaplah okonomiyaki ni..

nuwairani ismail said...

pernah makan masa kt sana hari tu...suke sangat bila dapat buat sendiri...

Ayu said...

Assalam ida,
wah berselera betul akak tengok okonomiyaki ..belum pernah try ...tentu sedap ni ida..

Wawa said...

Okonomiyaki memang TERBAEKKK!! Tapi kalau susah2 sangat nak cari bahan-bahan kering utk masak Okonomiyaki,skrg dh ada org jual secara online jenis set macam sushi kit tu.cuba google www.mamyaimi.com.my @ whatsapp je terus no ni 013-6012797.Bhn utk masak Takoyaki pun ada :)