My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, December 31, 2010

Kuih Cara

Selamat malam buat semua pengunjung.......menu simple ni adalah penutup tirai tahun 2010. Selamat Tahun Baru 2011 buat semua.
Menu yang entah bila buat pun ida dah lupa.........kuih cara versi org dok kat Jepun je ni, sebab ida pakai acuan kuih takoyaki. Kuih takoyaki pun tertunggak2 nk N3...masa dok belek2 hard disk, amik menu senang ni je la....sebenarnya tgh dok bakar sweet corn cake, konon2 utk bawa bekal pergi jalan2 main snow......itupun kalau ada lagi, sementara kek masak..bole la n3 menu senang ni.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit essen vanilla
  • 1/2 sd besar gula
  • 1/2 sd teh garam
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • gula secukupnya sebagai inti

Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan dalam blender, blend sehingga sebati @ di dalam bekas kacau bersama semua bahan dengan menggunakan whisker sehingga sebati dan tepung tidak berketul.(tapis jika masih nmpk adunan berketul )
  • Panaskan acuan kuih cara.
  • Sapu sedikit minyak pada setiap lubang acuan *
  • Tuangkan adunan 3/4 penuh di dalam setiap lubang acuan.
  • Biar seketika sehingga nampak bahagian tepi kuih mula sedikit masak, baru sudukan 1/2 sd teh gula pada setiap kuih tersebut.
  • Tutup acuan untuk kuih lebih cepat masak.
  • Setelah masak, cungkil keluar kuih cara tadi. Ulangi langkah yg bertanda * dan seterusnya sehingga adunan habis.

2 comments:

izahdaut said...

comel kak ida kuih nya...suka gambar tu..cantik dan happy new year..

Ida Ddapur said...

thanks izah...Happy New Year too....