My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, December 10, 2010

Kek Pisang Gebu

Sape suka kek pisang yg gebuss....jom tengok sini, bubuh tepung jagung memang gebuss la, kita buat eksperiman beberapa hari lepas. Pas tu nak la tempek kat sini pulak untuk mempelbagaikan versi kek pisang ni.

Sape nak, amik la yer...

Bahan-bahan :

Bahan A
  • 220 gm t.gandum ( dlm 2 mug kecil )
  • 60 gm t.jagung
  • 2 sd besar susu tepung/kalau tak der boleh tukar kpd susu pekat & masukkan susu pekat ni bersama pisang nanti
  • 1 1/2 sd teh baking powder
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat
Ayak bersama bahan2 atas.
  • 150 mls minyak sayuran/minyak jagung ( dlm 3/4 mug kecil )
  • 170 gm gula ....boleh dilebihkan kalau suka lebih manis
  • 1 sd teh garam
  • 4 biji telur
  • 2-3 titik essen vanilla
  • 400 gm pisang/lebih kurang 3 1/2 biji pisang b'saiz besar....dilenyek hancur/kisar
Cara-cara :

  • Sebelum tu, panaskan oven
  • Pukul telur dgn mixer sehingga betul2 kembang, masukkan essen vanilla, gula dan pukul lagi
  • Masukkan minyak, garam.....pukul perlahan, kemudian ayakkan terus bahan A ke dalam adunan telur...pukul perlahan juga
  • Akhir sekali masukkan pisang lecek ...kacau sebati
  • Bakar dlm suhu 170 C lebih kurang 40-45 minit mengikut ketebalan kek. Jika loyang kecil, boleh bakar dlm 2 loyang sebab 1 adunan ni banyak juga....hari tu ida bakar dlm 2 loyang, satu saiz 18cm 4 segi, 1 loyang kecil bulat dlm 15 cm

1 comments:

kasihredha said...

dah lama tak makan kek pisang..sedapnya