My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, July 15, 2012

Carrot Walnut Cake

Salam semua.......apa khabar?
Quick n3 'Carrot Walnut Cake'.....actually ida buat kek ni utk program family day group kami kt sini tapi program terpaksa dibatalkan dia atas faktor cuaca. Tapi acara yg tidak rasmi BBQ diadakan juga pada hari tersebut memandangkan hari nmpk cerah....tapi tak melibatkan semua family la.

 Kek yg slice tu, ida bakar sikit dlm acuan kecik......sbg cth, sbb yg tu konon2 nya utk program family day
Sumber resepi dari dapur ibundo.......tqvvm kak....sedappp cuma tekstur kek yg ida buat tak brp gebu.


Carrot Walnut Cake
Sumber resepi : Dapur Ibundo ( K'pah )

Bahan A
  • 250 gm butter
  • 300 gm castor sugar

Bahan B
  • 1 tsp esen vanila
  • 5 biji telur gred B

Bahan C
  • 340 gm tepung super fine
  • 1 tsp baking powder ( lain kali ida nk tambah sedikit soda bikarbonat )
  • 1/2 tsp cinnamon powder

Bahan D
  • 150 gm kacang walnut , dipanggang sekejap dan di cincang kasar
  • 150 gm pineapple cubes - di dadu kecil
  • 350 gm carrot diparut dan diperah airnya
  • 100 gm chocolate chips....ida letak prune cincang

Untuk cream ( ida buat cream dari resepi kek tiramisu tapi resepi yg bwh ni rasanya lebih sesuai utk musim panas )
  • 250 gm cream cheese
  • 100 gm butter
  • 80 gm gula icing
Cara:
Pukul A sehingga creamy. Perlahan-lahan masukkan B. Fold in C dan masukkan D. Gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam dulang empat segi bersaiz 9 inci atau 10 inci kali 7 inci. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suku 175 deg C selama satu jam. Bila masak, sejukkan.

Untuk cream.
Pukul semua bahan sehingga kembang dan ringan. Sapukan di atas kek apabila kek sudah sejuk.

3 comments:

Asmara said...

Sedap ni kak! Yg meleleh tu caramel ke kak?

tun_telani said...

salam kak ida ^^ tun suka makan carrot cake~~~ tp tun selalu skip tang kacang2 tu.. hihi

rahel said...

Sedapnya kek carrot...