My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, September 23, 2011

Roti Sosej Goreng & Donut Ball dari satu doh

Salam kembali.........baru berkesempatan untuk post n3...arghhhhh, sibukknyer tuan rumah ni. Resepi dua2 ni dari doh 'Donut Ball Resepi II Dayang Jack'. Masa mula2 buat resepi skodeng dapur izah ( Izah Muffin Lover ). Yang berbeza pada resepi ni,masa nak bentukkan jadi donut ball/roti sosej ni tak payah tunggu doh tu kembang, lepas uli, terus bulat2kan/bentukkan selepas tu baru tunggu ia kembang sikit baru goreng. Ida suka cara gini, sebab senang nak bentukkan dia. 
Anyway mekasih banyak2 pada dua2 pun...muahhh. Dah 3x kut buat, mmg best sgt la donut ni...lembut hingga esok hari. Kali ni ida doublekan doh, so boleh buat roti goreng sosej ngan donut ball sekali, puas hati makan bebudak ni. Esoknya tinggal sikit lagi utk sarapan....anak2 request buat lagi. Ummi dia bagi alasan tepung dah habiss...ha..ha..ha
Tak berapa comel rupa dia....namun tetap best!!
Resepi lebih kurang sama cam dulu gak...cuma ida lebihkan marjerin sikit.


DONUT BALL( Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : Izah Muffin Lover

bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein ( ida guna tepung roti )
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin....ida letak 1 1/2 sb
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :( Ida tak ikut cara ni, sbb guna BM, so ida masukkan jer sume bhn ke dlm mesin bread maker tu, tunggu siap uli baru bentukkan )
  • Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  • Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  • Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.( ida rehatkan lama sedikit, dalam 30 - 40 minit )
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  • Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
Kalau nk buat roti sosej goreng:
  • Sediakan sosej yang mencukupi dan celur sekejap
  • Toskan dan potong 2
  • Lapkan dgn tisu jika masih basah2
  • Ambil  doh tadi secukupnya, gentel panjang & lilitkan pada sosej.


*Tips dari Ida supaya donut tidak hitam semasa digoreng.....
-Panaskan minyak dgn api yg sederhana shj
-Jangan goreng dalam minyak yang terlalu panas
-Goreng dgn api yg perlahan sahaja
-Tutup kuali semasa menggoreng supaya donut masak sekata dalamnya dan sentiasa pantau semasa menggoreng, jangan tinggal
-Kerap kacau supaya donut tidak hangit dan masak sekata

Memang gebuss halus tekstur dalam donut ni.....ala2 'Dunkin Donut' sikit. Kawan ida kat sini cakap,macam rasa donut kat Mister Donut kat sini. Kalau ida gi Jusco, mesti lalu kat tepi kedai donut....tergoda iman bila tengok donut2nyer yg comei dan nmpk lazat tu...nak beli tak tau yg mana boleh. Nak tanya, tak reti sgt cakap nihongo..tengok jer la.

14 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam, senang kerjakan..satu bahan dapat dua jenis masakan .janji sedap.

AI said...

- wahhh anak2 mintak lagi ye...pergi beli tepung la mama...hehehe

kzai said...

salam ida...
dh sarapan dgn resepi 2 in 1..yg penting sedap..senang dan disukai anak2 kan

rahel said...

Salam Ida,comel2 semua donut tu...teringin la nak cuba resepi ni..

アヌム ちゃん said...

nmpk sedap tu..nakkk..ade lg x.heeee

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

gebu giler nampak....
lama x meroti ni since mendietkan diri ngeeee

Acik Erna said...

nila anak dah mintak lagi tu.dah tentu sedap tu ida..
nasib baik naka2 tak kata..pi la beli tepung ummi..boleh buat lagi..he he

DJ Dayang said...

ummi,
cepat belikan tepung 2kg. jiran sblh nk merasa gak donut n sosej tu...hihik.

trm ksh byk2 ye sudi mencube resepi ni. ank2 dyg pun br2 ni pun request donut ball ni gak tp buat2 x tau je...haha. cian dia org...nk wat cam mane, bz layan tamu.... :D

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ida...
wah nampak comel n sedap tu ... kalau ler irfan namapk nie.. mesti dia rqst gak nie.. hehehee.. kedua2nya fav irfan tu..

nuwairani ismail said...

jelesnye tengok roti org yg ada BM ni...senang keje kan...biar BM je yg buat keje. heheh

quinnie said...

kakida..terpikat dgn roti sosej mu iteww..dah lamanya tak makan....kelmarin makan yg org jual nye..pakcik bawak balik..alamak..sosej dia dibelah 6 rasanya..halus betul....aduiii

Amie said...

Salam Ida,
ini yang bestnya...satu doh dapat 2 jenis... kreatif tu, sambil nyelam minum air, sambil buat roti sosej, buat donut balll.... sedapkan donut tu, suka sangattt!

MOKCIK AZWA said...

waduh sedapnya...semua pun kegemaran azwa nie..

hehehe..alasan tepung habis ya..hahha bijak bijak

Nurhuda Damia said...

nak try la pasni mnarik betol tgk hehe