My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, July 19, 2012

Menu pilihan utk grand iftar kami nanti ...Nasi Minyak Ganu, Ayam Masak Hitam Tomato II & Acar Mentah

 Salam......
Menu ida buat yang masih fresh lagi ni......nak kena update segera sbb atas permintaan .....kaum lelaki nakkn resepi, sbb mereka akan masak nasi ni pada M'sian grand iftar kt masjid. Ida hanya letak resepi utk 6 pot/cawan beras aja yer.
Sebenarnya ia merupakan menu utama yg menjadi pilihan kami untuk Malaysian Grand Iftar di Fukuoka Masjid pada 29 hb Julai nanti.  29hb merupakan turn kami menyediakan menu utk majlis berbuka pada hari tersebut. Sasarannya lebih kurang utk 400 org. Jadi kami 16 keluarga + adik2 bujang akan bekerjasama menjayakan program tersebut. Semua tugas telah dibahagi2 kan. Cuma pada tahun ni, kaum lelaki me'offerkan diri utk masak nasinya, sediakn acar mentah serta adik2 bujang lak akan rebus telur sebagai penambah pelengkap set nasi ni 
Risau jugak ni, banyak nasi yg nak kena masak sebenarnya.... lebih kurang 30kg++. dalam pukul 2/3 ptg at least sumer dh dihantar ke masjid utk packing. Malam tadi ida ada buat tutorial utk en.asben masak nasi ni, nak kena guide dia sbb dia AJK bahagian makanan huhuu.....kita doakan semoga mereka berjaya memasaknya pada hari t'sebut.
Perancangan mengenai menu, apa bahan2 & kuantiti bahan2 ida dh buat draf beberapa hari lepas sambil dibantu juga oleh kawan2. Kuantiti bahan2 juga saya basekan kpd jumlah yg kami buat pada tahun lepas cuma ada lebihkan sedikit. Ida cuba bantu setakat yg terdaya bagi menjayakan program tersebut.Lagipun inilah iftar terakhir ida di Japan......awal tahun depan dh nak balik M'sia.

Jenis dan kuantiti beberapa bahan asas secara kasar:( Sbg panduan kpd yg memerlukan pada tahun2 yg akan datang/lain2 event )

Jumlah Sasaran : 400 orang
  1. Ayam boneless 60 kg
  2. Beras siam 30 kg ++ ( dah order 40 kg )... cth tu ida masak guna beras basmathi sbb tak der stok beras siam masa tu
  3. Telur rebus 400 biji
  4. 2 jenis kuih 400 ketul setiap satu ...buat masa ni kuih bakar & agar2
  5. Bahan acar mentah.....akan diupdate dan ida ada gak refer kt blog E-na..tqvm yer e-na
Lain2 akan diupdate later

 Yang ida masak ni guna beras basmathi yer sbb tak der stok beras siam....dlm resepi ida letak resepi beras siam senang utk rujukan kaum lelaki group kami nak masak. Kalau beras basmathi, kena rendam dahulu dlm 1/2 jam....ida letak air 7 1/4 cawan jer.

Nasi Minyak Ganu

Rujukan : Kak Noor Masri ( Coretan Dari Dapur )...tqvm kak

Bahan-bahan: ( Ida doublekan dari resepi asal & ida tak letak susu sbb takut cepat basi masa berbuka nanti...ada bahan yg ida lebihkan dan ada kurangkan)..utk resepi asal boleh klik link atas yer
  • 6 cawan beras Siam ( ida letak resepi beras siam ssb senang utk rujukan kaum lelaki group kami nak masak )
  • 7 1/2 cawan air ( letak 8 cwn pon ok lagi lembut )
  • 2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning telur
  • 2 helai daun pandan -disimpul...(jika ada)
Bahan utk menumis:
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar majerin
  • Tambah 1/4 - 1/2  cawan minyak masak sbb beras siam agak kering sikit
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis X 2 btg
  • 1 inci halia ]...mayang /hiris halus
  • 1 labu bawang besar / 6 ulas bawang merah] dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih]....dihiris nipis ...ida lebihkan dari resepi asal
Cara membuat: Ida ada edit sikit ikut kesesuaian
  • Beras dicuci kemudian ditoskan / buang airnya
  • Panaskan minyak masak, minyak sapi dan majerin dlm kuali. Masukkan bahan tumis
  • Goreng hingga naik bau/kekuningan dan tambah garam...kacau
  • Tuangkan ke dlm periuk yg ada beras tadi, + daun pandan
  • Masukkan air....kacau sekata
  • Tanak/masak hingga kering, pada 15 minit terakhir, tompok2kan pewarna kuning. Biarkan hingga nasi masak.
  • Kemudian baru gemburkan nasi guna garpu. 
  • Boleh tabur bawang goreng ke atas nasi semasa menghidang.
Sedia dihidangkan bersama pelengkapnya.

 Untuk ayam masak hitam tomato,ida pernah buat dulu kt SINI, digandingkan dgn nasi tomato berempah, TAPI kali ni ida ada tambah sedikit serbuk kari daging, serbuk kurma dan sos tiram.....supaya rasanya lagi ummpp!!..sesetgh bahan2 ada ida tambah kuantitinya juga dari yg buat sebelum ni.

AYAM MASAK HITAM TOMATO II
by : Ida @ Happy Cooking time
Bahan-bahan :
  • 1.5 kg ayam
  • 3 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia *
  • 1 batang serai * 
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1 1/2 sd besar cili kering kisar @ serbuk cili......boleh kurangkan jika takut pedas
  • 1/2 sk serbuk lada hitam...boleh dilebihkan
  • 1 1/2 cawan tomato puree ( kalau nk letak 1 cwn pun dah cukup rasanya ) + 1/4 cwn sos tomato
  • 1/2 cawan kicap pekat hitam....boleh dilebihkan ikut kehitaman yg dikehendaki
  • 1/4 cawan sos tiram
  • 1 1/2 sd bsr serbuk jintan putih ( cumin )
  • 1/2 sd besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sd besar serbuk ketumbar
  • 1 sd besar serbuk kari daging
  • 1 sd besar serbuk kurma
  • 2 btg serai...diketuk
  • Air yg mencukupi sebagai kuah....kali ni ida buat berkuah sikit.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 labu bwg besar....dihiris bulat nipis
  • 6 helai daun limau purut...potong2 
  • Optional...tomato segar( dibelah 4 )
* Kisar/blend bahan yg bertanda *

Bahan menumis :
  • 2 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 1/2 inci halia...dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih...dihiris nipis
  • 1/2 labu bawang besar...dihiris nipis kecil
CARA:
  • Bersihkan ayam dan potong saiz yg sesuai.
  • Gaul garam kunyit dan goreng sehingga masak dgn api sederhana.....jgn terlalu garing
  • Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali, tumis bhn menumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan bahan2 kisar, tumis sehingga masak, masukkan cili dan rempah2, tumis lagi sehingga masak...tambah sikit air jika nmpk agak kering.
  • Masukkan lain2 bahan, tambah 1 cawan air...biarkan mendididh.
  • Tambah air lg sebagai kuah dan masukkan serai ketuk .....biar pekat sikit
  • Masukkan ayam yg telah digoreng, gaul rata...biarkan mendidih seketika
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong nipis bulat, tomato segar & daun limau purut.......gaul rata sekejap
  • Cukupkan rasanya dan padam api.
 Psst :  
  1. Jangan letak garam awal2 sbb kicap dan sos tiram dah masin....rasa dulu last2 baru letak
  2. Jika guna kicap pekat manis, tak perlu letak gula lagi


 Terlebih kuning sgt la pulok huhuuu.......

ACAR MENTAH
by: Ida@Happy Cooking Time
Bahan-bahan acar mentah:
  • 2 biji timun.......potong ikut selera masing2 & rendam dengan sedikit air kapur ( tak rendam pun tak per )
  • 1 batang carrot....potong & rendam dengan air kapur juga ( tak rendam pun tak per )
    1/4 biji kobis saiz kecil ....hiris halus
  • 1/4 cawan cuka*atau secukup rasa
  • 4 -5 sd bsr gula* atau secukup rasa
  • garam secukupnya*...dlm 3 sudu kecil -+
  • 4 hiris nipis halia dihiris halus*
  • 1/2 labu bawang besar dihiris nipis juga*
    sedikit cili merah ( ida letak piman )
Cara-cara:
  • Satukan bahan yg bertanda * dalam mangkuk kecil,kacau sebati.
  • Dalam bekas,satukan timun,carrot, kobis & cili
  • Masukkan campuran yg bertanda * ke dalamnya..kacau sebati
  • Biarkan ia mesra seketika sebelum dimakan


    SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK UTK SEMUA........

6 comments:

tun_telani said...

Salam kak ida.. ada beza ek nasi minyak ganu ngan nasi minyak biasa? hihi.. org ganu sendiri pun xtau nih ;p

besar jugak muslim community kt sana ye. masa tun wat degree dulu selalu jugak kene rotation utk prepare iftar kt masjid. mmg penat seharian duk masak. tp biasa utk 200 org je. pastu xleh masak pedas sbb pak2 arab xleh mkn pedas langsung. nnti kene komplen. hihi

AZLITA AZIZ said...

Assalamualaikum Ida..
cantiknya nasik tu.. suka akak tengok warnanya yang kuning keemasan..

Menarik untuk di cuba ni.. mungkin akan menjadi hidangan akak dan keluarga untuk menyambut Ramadhan ni..

Lauk ayam tu.. pasti lazat tak terkata!

Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dari akak buat ida dan keluarga..
Semoga bulan yang mulia ini memberikan kerberkatan buat ida dan keluara ^_^

quinnie said...

Assalammualaikum kak ida...tengok nasi ni berselera betul saya...nanti boleh cuba,,:)

dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak ida sekeluarga...:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kenalan & salam ramadan... sedap2 menu.. leh cuba jugak nasi minyak ganu.. baru2 ni (sebelum puasa) jupe jugak nasi minyak ganu kat batu buruk beach resort masa bersarapan..

Izza Idayue said...

Hurm.. cm sedap je.Ida org trg ker?

Izza Idayue said...

Hurm.. cm sedap je.Ida org trg ker?